You are on page 1of 11

Tajuk 13 : SUMBER PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN SAINS IV


Sumber pengajaran dan pembelajaran sains
merangkumi pelbagai sumber termasuk
sumber yang terdapat di luar bilik darjah
seperti taman sains, zoo mini, kolam dan
pusat sains.
Setiap sekolah membina satu taman
berkonsepkan sains dan alam sekitar bagi
memupuk minat murid terhadap sains yang
berkaitan dengan alam sekitar dan
menggalakkan pembelajaran berasaskan
sumber persekitaran.
Topik ini akan membimbing pelajar
bagaimana melaksanakan aktiviti di luar
bilik darjah dengan menggunakan sumber
pengajaran dan pembelajaran sains seperti
taman sains, zoo mini, kolam dan pusat
sains.
Kebaikan Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Sumber di Luar Bilik Darjah Seperti
Taman Sains, Mini Zoo, Kolam Dan Pusat Sains.

Meningkatkan minat dan penguasaan murid terhadap pembelajaran sains


melalui pengalaman secara konkrit yang berkaitan dengan persekitaran.
Memberi kefahaman kepada murid terhadap konsep keperluan asas haiwan
dan tumbuh-tumbuhan serta kaitannya dengan peranan manusia. Contohnya
dalam tajuk sains Tahun 4 Tema Menyiasat Alam Kehidupan.
Membolehkan murid berinteraksi dengan ekosistem melalui pendekatan
sosialisasi.
Merangsang minda dan kreativiti murid dalam pembelajaran sains semasa
mereka membuat pemerhatian secara kontekstual dan membuat perkaitan
diantara teori dan realiti.
Merangsang perasaan ingin tahu murid terhadap apa yang dipelajari dan apa
yang diperhatikan
Memupuk nilai-nilai murni kepada murid terhadap nikmat pencipta, flora dan
fauna dan membuat perkaitan antara tumbuhan dan haiwan seperti dalam
tajuk Tahun 5 Tema Menyiasat Alam Kehidupan.
Taman sains
Taman sains sekolah merupakan satu kawasan
yang mengandungi flora dan fauna untuk
menyediakan suasana pembelajaran yang
kondusif. Taman sains boleh merangkumi taman
orkid, taman kaktus, kolam ikan, kolam teratai
dan taman burung.
Contoh-contoh aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan taman sains
adalah seperti:
Flora
Murid boleh diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengelaskan jenis atau spesies
tumbuhan seperti taman kaktus, herba, orkhid, paku pakis dan lain-lain. Murid juga
boleh diberi pendedahan ringkas mengenai ciri-ciri tumbuhan mengikut jenis taman.
Fauna
Murid boleh diajar tentang anatomi luaran hidupan fauna yang terdapat di taman
sains. Guru dapat memupuk sifat sayang terhadap haiwan dan bertanggungjawab
dalam melindungi habitat tersebut.
Kipas Angin Ku
Murid boleh diberi pendedahan bagaimana menentukan arah angin di dalam taman
sains dengan membina kipas taman.
Tumbuhan Ku
Murid boleh diberikan tugasan untuk menamam tumbuhan dan membuat eksperimen
tentang keperluan asas tumbuhan tersebut dan cara tumbesaran tumbuhan.
Haiwan Peliharaan Ku
Murid boleh diberikan tugasan untuk memelihara haiwan seperti belalang, hamster,
arnab dan cicak dan membuat eksperimen tentang keperluan asas haiwan tersebut,
cara makan dan cara pergerakan haiwan tersebut.
Mini Zoo
Sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan
mini zoo merupakan tempat penempatan
contoh-contoh binatang bagi memberi
pendedahan kepada para murid mengenai habitat
haiwan.
Contoh-contoh aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan mini zoo
adalah seperti:
Anatomi Haiwan
Murid boleh diajar tentang anatomi luaran haiwan-haiwan yang terdapat di mini
zoo.
Kebersihan Haiwan
Murid menjaga kawasan penginapan, makanan dan kebersihan haiwan
Perlindungan Haiwan
Guru dapat memupuk sifat sayang terhadap haiwan dan bertanggungjawab dalam
melindungi habitat haiwan tersebut.
Kajian Setempat
Murid boleh diberikan tugasan kajian untuk melakukan pemerhatian terhadap
haiwan-haiwan yang terdapat dalam mini zoo dalam aspek cara pergerakan, cara
makan dan cara berinteraksi.
Kajian Kepupusan Haiwan
Murid boleh diberikan tugasan kajian untuk melakukan buku skrap bergambar
terhadap haiwan-haiwan yang telah pupus dan diancam kepupusan di dalam dan
luar negara.
Kolam
Sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan kolam dengan eleman air dan
hidupan merupakan tempat yang dapat memberikan pengalaman kepada murid
secara konkrit tentang kehidupan air di samping memberi kesejukan dan
ketenangan kepada murid kerana air merupakan terapi pikiran dan jiwa.
Kolam seluas 115 meter persegi, dengan kedalaman sekitar 50 sentimeter
dan tinggi permukaan air sekitar 35 sentimeter sudah memadai untuk sebuah
kolam ikan.
Kolam ikan memerlukan penjagaan yang rapi dalam aspek sistem saringan dan
pembuangan. Setiap minggu kolam ikan perlu dibersihkan dari lumut dan
sebulan sekali air perlu ditukar.
Contoh-contoh aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan kolam
adalah seperti:
Akuarium Ku
Murid boleh diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membina sebuah akuarium yang ringkas beserta dengan sistem
sokongan untuk sesebuah akuarium dan parameter yang sesuai untuk hidupan akuatik.
Anatomi Ikan
Murid boleh diajar tentang anatomi luaran dan dalaman seekor ikan atau hidupan air lain serta fungsi setiap
bahagian.
Membina Hidrometer Ringkas
Murid boleh diberi pendedahan bagaimana hidrometer berfungsi dengan membina model dan menjalankan
eksperimen.
Air Bersih
Membantu murid memahami bahawa air yang kotor dapat dibersihkan. Sungai, kolam, tasik dan laut adalah
habitat ikan dan kebersihan air perlulah sentiasa dijaga supaya kita dapat membantu melindungi habitat tersebut.
Katak dan Kodok
Guru boleh menerangkan kepada murid tentang perbezaan yang agak ketara diantara dua spesis yang sama.
Murid juga akan dibawa ke kolam ekologi dan diberi peluang untuk mengumpul telur dan anak katak dan mengkelasnya
mengikut peringkat umur.
Kolam dan Ekologinya
Murid boleh diberi tunjuk ajar tentang sistem sebuah kolam ekologi dan parameter yang sesuai untuk hidupan
akuatik sesebuah kolam ekologi.
Kadar Pernafasan Ikan
Murid boleh membuat pemerhatian terhadap pembukaan dan penutupan mulut serta operkulum ikan bagi
menentukan kadar pernafasannya. Di samping itu murid boleh membuat kajian samada suhu sejuk akan mempengaruhi
kadar pernafasan pada ikan tersebut.
Pusat Sains
Pusat sains merupakan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang menyediakan berbagai jenis bahan
pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan
mendorong para pelawat terutamanya pelajar untuk
menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi.
Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti hands-on yang
dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan
pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap
sains.
Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat pemerhatian,
ujikaji, mengumpul dan mentafsir data, membuat inferens
dan membuat kesimpulan mengenai yang mereka perolehi.

You might also like