You are on page 1of 2

LAPORAN PROJEK LATIHAN KUMPULAN KOIR SJK (C) KEOW KUANG

Pada 28 Februari 2018, saya dan rakan saya telah menjalankan latihan nyanyian koir
kepada murid-murid pancaragam. Tujuan latihan tersebut adalah dapat membantu SJK (c)
Keow Kuang menubuhkan sebuah kumpulan koir. Pada pukul 1.20 petang, murid-murid
berkumpul di kantin untuk bersedia beratur ke bilik muzik. Setelah murid-murid masuk ke
dalam bilik muzik, guru pembimbing pancaragam telah mengambil kehadiran mereka.
Terdapat lebih kurang 70 orang murid menghadiri perjumpaan ini. Guru pembimbing telah
menyediakan satu lagu yang bertajuk ” “. Selepas itu, saya dengan rakan saya pun
memulai latihan nyanyian lagu tersebut.

Semasa saya menjalankan latihan nyanyian, saya mendapati kebanyakkan murid


amat memberi perhatian kepada arahan saya. Salah satu kawan internship saya
memainkan piano dan saya dengan seorang kawan lain membimbing murid-murid
menyanyi lagu tersebut rangkap demi rangkap. Sekiranya saya mendapati murid-murid
tidak dapat menyanyi dengan tepat atau tidak dapat menyanyi dengan pernafasan yang
baik, saya akan memberi tunjuk ajar kepada mereka dan menjalankan latihan berturut-turut.
Saya memaparkan lirik lagu tersebut dengan menggunakan televisyen supaya murid-murid
dapat menyebut perkataan-perkataan dengan sebutan yang betul. Berikut adalah gambar-
gambar yang menunjukkan murid-murid sedang menjalankan latihan nyanyian lagu dalam
kumpulan koir:
Seterusnya, murid-murid dibahagi kepada dua kumpulan kerana terdapat dua
bahagian suara pada lagu yang dipilih. Oleh itu, saya melatih murid-murid menyanyi suara
pertama dan kawan-kawan saya melatih suara kedua. Saya memberi latihan kepada murid-
murid dengan iringan muzik piano. Manakala murid-murid yang menyanyi suara kedua
dilatih oleh kawan-kawan saya di kantin supaya tidak terganggu antara satu sama lain.
Setelah berlatih selama setengah jam, semua murid berkumpul di bilik muzik dan menyanyi
lagu tersebut. Saya dan kawan saya telah mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk
melatih kedua-dua kumpulan suara murid supaya mereka dapat menghasilkan suara yang
harmoni. Akhir sekali, kedua-dua kumpulan dapat menghasilkan pic yang tepat dan suara
yang berharmoni.

Kesimpulannya, projek ini telah memberi peluang kepada murid-murid untuk


bernyanyi dalam kumpulan koir dan bernyanyi dengan dua suara harmoni. Saya berharap
projek yang dijalankan ini akan memberi manfaat kepada proses pembelajaran dan
pemudahcaraan subjek Pendidikan Muzik di SJK (c) Keow Kuang, Bukit Mertajam.

You might also like