You are on page 1of 2

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

IPG Kampus Tuanku Bainun,


14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Kepada
Pengarah,
IPG Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Melalui
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. 24 April 2016

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN PENGGUNAAN GIMNASIUM DAN GELANGGANG-
GELANGGANG PERMAINAN BOLA TAMPAR, DAN SKUASY BAGI GURU
PELATIH WANITA SEPANJANG TAHUN 2016/2017

Sehubungan dengan perkara di atas, saya Hoo Jia Ling mewakili Exco Helwani
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2016/2017 memohon kebenaran penggunaan
gimnasium dan gelanggang-gelanggang permainan bola tampar, futsal dan skuasy
bagi guru pelatih wanita sepanjang tahun 2016/2017.

2. Berikut merupakan maklumat program ini.

Nama Program : Hari Wanita Aktif (Active Ladies Day)

Tempat : Gymnasium serta gelanggang bola tampar dan skuasy.

Waktu Program : Hari Rabu setiap minggu

Masa Program : 5.00 petang hingga 7.00 petang

Kumpulan Sasaran : Semua guru pelatih wanita IPGKTB


3. Objektif program ini adalah:

3.1 Memberi peluang kepada guru pelatih wanita untuk bersenam.

3.2 Menunjukkan kecaknaan guru pelatih wanita terhadap kepentingan


bersukan.

3.3 Mengembangkan kemahiran bersukan guru pelatih wanita.

3.4 Mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan guru pelatih wanita

4. Sehubungan itu, saya bagi pihak Exco Helwani Jawatankuasa Perwakilan


Pelajar memohon jasa baik Tuan Pengarah untuk meluluskan program kami agar
mencapai objektif program tersebut.

5. Segala jasa baik daripada Tuan Pengarah amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

(HOO JIA LING)

Pengerusi Exco Helwani Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

IPG Kampus Tuanku Bianun,

14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang.

You might also like