You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM

KAMPUNG BARU “B”


35900 TANJONG MALIM, HULU SELANGOR
SELANGOR DARUL EHSAN
Email : bba5008@btpnsel.edu.my
Tel: 05-4596787 Faks : 05-4585432
TEL: 054596787 FAKS: 054583452

Rujukan kami: SKHB 100-1/9/3/Jilid 3(69)


Tarikh : 16 APRIL 2019

Pn.Hajah Siti Sumaizah binti Ramli


Ketua Pustakawan
Perpustakaan Tuanku Bainun
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900,Tg.Malim
Perak

Tuan,

MEMOHON PANEL PAMERAN DAN BAHAN PAMERAN BERKENAAN DENGAN


PENDIDIKAN KHAS

Merujuk kepada perkara tersebut diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan


Hulu Bernam akan mengadakan Program Minggu Pendidikan Khas. Sehubungan dengan itu
kami ingin memohon peralatan 3 buah panel pameran dan bahan pameran berkenaan info
pendidikan khas. Program tersebut akan dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:.

2.1 Tarikh : 24 dan 25 April 2019


2.2 Hari : Rabu dan Khamis
2.3 Tempat : SK Hulu Bernam
2.4 Sasaran : Semua murid SK Hulu Bernam

3.Sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi Puan Mahani binti Mansor di
talian 019-5746201 atau Puan Norshatirah binti Mohd Kassim di talian 0126671975.
4. Kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai dan disanjung tinggi serta diharapkan segala
budi baik pihak tuan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Semoga kerjasama dan
keperihatinan pihak tuan bersama kami akan dapat diteruskan untuk program yang akan datang.

Sekian, Terima kasih.

“KE ARAH MASYARAKAT PENYAYANG”

Saya yang menjalankan amanah,

You might also like