You are on page 1of 3

ARTIKEL 1: AUDIT KEWANGAN SEKOLAH

PPP6114 - Pengurusan Kewangan Untuk Pentadbir Sekolah


Kumpulan Wang Kerajaan
Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. Penyata Penerimaan dan Pembayaran dan
Nota-nota Akaun.
Beberapa perkara yang berkaitan di dalam Lembaran Imbangan untuk diaudit ialah harta, tanggungan dan
Kumpulan Wang Terkumpul. Bagi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan pula perkara yang diaudit ialah
sumber pendapatan sekolah seperti LBPT/LPK, Perpustakaan dan penerimaan wang untuk mata pelajaran
serta pelbagai. Semuanya merupakan jumlah pendapatan. Manakala bagi perbelanjaan yang diaudit pula
ialah jumlah perbelanjaan termasuk LPBT/LPK , perpustakaan, penggunaan untuk mata pelajaran dan
pelbagai. Seterusnya bagi Penyata Penerimaan dan Pembayaran pula perkara yang diaudit ialah jumlah
penerimaan termasuk gaji/elaun, LPBT/LPK, perpustakaan, mata pelajaran, faedah bank, yuran
peperiksaan awam dan pelbagai. Manakala bagi jumlah pembayaran yang diaudit ialah perkara yang
berkaitan gaji/elaun, LPBT/LPK , perpustakaan, mata pelajaran, biasiswa, faedah bank, yuran peperiksaan
dan pelbagai. Bagi memudahkan juruaudit memeriksa akaun Lembaran Imbangan ia akan diberi nombor
dan diistilahkan sebagai nota. Di dalam hal ini nota yang dinomborkan di bahagian hadapan perkara.
Misalnya Pelbagai 5. Bagi menjelaskan lagi berkaitan nota dan perkara di dalam Lembaran Imbagan kita
lihat jadual di bawah:Dasar Perakaunan (Syarat-syarat yang telah ditetapkan)
Wang Pertaruhan
Kumpulan Wang Terkumpul
LPBT/LPK (Pendapatan)
Pelbagai (Pendapatan)
LPBT/LPK (Perbelanjaan)
Faedah Bank (Perbelanjaan)
Pelbagai (Perbelanjaan)
Di samping itu enrolmen murid bagi tahun semasa dan jumlah bantuan pelajaran mengikut pecahan mata
pelajaran turut disertakan sekali. Akhir sekali bagi perkara yang diaudit di dalam Kumpulan Wang
Kerajaan ialah Penyata Penyesuaian Bank. Semua perkara di atas dikira pada 31 Disember bagi tahun
berkenaan misalnya 31 Disember 1999.
Kumpulan Wang Suwa

ARTIKEL 1: AUDIT KEWANGAN SEKOLAH


PPP6114 - Pengurusan Kewangan Untuk Pentadbir Sekolah

Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran dan
Nota-nota Akaun.
Bagi Kumpulan Wang Suwa (Kumpulan Sumber Wang Awam) perkara yang diaudit di dalam Lembaran
Imbangan ialah harta, tanggungan dan Kumpulang Wang Terkumpul.
Manakala bagi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, ia berkaitan dengan jumlah pendapatan yang
diterima daripada yuran-yuran Khas, majalah, faedah bank, kantin dan pelbagai. Bagi jumlah perbelanjaan
pula ialah digunakan juga untuk membayar yuran-yuran khas, majalah, faedah bank dan pelbagai.
Penolakan di antara pendapatan dan perbelanjaan akan menghasilkan kelebihan ataupun kekurangan
pendapatan atas perbelanjaan. Penyata Penerimaan dan Pembayaran juga diaudit bagi memastikan jumlah
wang terdapat di dalam bank pada 31 Disember tahun semasa audit.
Di dalam pengauditan bagi Kumpulan Wang SUWA juga nota diberikan nombor bagi perkara-perkara
yang hendak diaudit.
Dasar Perakauan . Syarat-syarat yang ditetapkan
Baki Wang Di Tangan (Panjar Wang Runcit)
Wang Pertaruhan
Kumpulan Wang Terkumpul
Pendapatan Yang Diterima (Pelbagai)
Perbelanjaan Faedah Bank
Perbelanjaan Wang Kantin
Pelbagai Perbelanjaan
Selain daripada itu Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Disember tahun pengauditan juga disertakan
bersama untuk tujuan rujukan kepada penyata-penyata yang telah ditunjukkan.( Sila lihat lampiran )
Kumpulan Wang Asrama
Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran dan
nota-nota Akaun. Jika ada asrama.

ARTIKEL 1: AUDIT KEWANGAN SEKOLAH


PPP6114 - Pengurusan Kewangan Untuk Pentadbir Sekolah
Perkara-perkara yang dirujuk di dalam kumpulan wang ini ialah Lembaran Imbangan ialah harta,
tanggungan dan Kumpulan Wang Terkumpul. Bagi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan ia berkaitan
dengan pendapatan-pendapatan yang diterima dari pelbagai sumber untuk asrama dan wang itu juga
dibelanjakan untuk kegunaan berkaitan dengan asrama sahaja. Begitu juga dengan Penyata Penerimaan
dan Pembayaran ia berkaitan dengan wang yang diterima sebagai sumber pendapatan asrama misalnya
yuran asrama dan pembayaran dibuat tentang perkara yang berkaitan dengan asrama juga misalnya
pembayaran yuran makanan.
Kumpulan Wang Asrama juga seperti kumpulan wang yang disebutkan di atas ia juga mempunyai nota
dan perkara yang dapat membantu pengurusan kewangan dan pengauditan. Perkara tersebut boleh dirujuk
di bawah ini:Dasar Perakuanan. Syarat-syarat yang telah ditetapkan
Akaun Belum Terima
Simpanan Tetap
Akaun Belum Bayar
Kumpulan Wang Terkumpul
Pendapatan LPBT/LPK
Pendapatan Faedah Bank
Pelbagai pendapatan termasuk derma
Perbelanjaan LPBT/LPK
Perbelanjaan Faedah Bank

Bagi Kumpulan Wang Asrama ini enrolmen murid bagi tahun pengauditan diperlukan dan dinilai pada 1
Oktober tahun sebelumnya di samping jumlah bantuan pelajaran juga ditunjukkan bagi memudahkan
proses pengauditan. Akhir sekali Penyata Penyesuaian Bank juga mesti ditunjukkan.

You might also like