You are on page 1of 30

PENGUASAAN KONSEP DALAM KEPELBAGAIAN PELAJAR

1. KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL


Huraian konsep:
Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal
bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau
dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.
Secara umum, kontekstual membawa pengertian:
1.

Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung,

mengikut konteks.
2.

Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat
pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga
memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.
Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang
mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini
berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi
untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan
(iaitu kaedah syarahan yang abstrak),

namun mereka amat perlu memahami

konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga
dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani
kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat
kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.
Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu
proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah
jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.Menurut teori pembelajaran
kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat
atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud
atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman
bagi

memori,

pengalaman

dan

tindak

balas

mereka

sendiri).

Pendekatan

pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari


maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran
semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima
akal dan kelihatan bermakna.
Terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu
pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam
bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja,
atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina
persekitaran

pembelajaran

yang

menggabungkan

seberapa

banyak

bentuk

pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah


mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian,
pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi
praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses
penemuan,

pengukuhan

dan

menghubungkaitkan.

Contohnya,

pelajar

yang

mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin


mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi
jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu.
Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran
dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari
dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan
antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai
ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Ini dapat membantu dalam
menghadapi pelajar dari kelas yang pada peringkat sederhana dimana pelajar
dalam kelas ini berpotensi namun kurang motivasi.

2. KONSEP BILIK DARJAH YANG PELBAGAI BUDAYA


Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, etnik, agama
dan nilai. Budaya secara ringkasnya merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan
tingkah laku dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran
sosialnya. Tafsiran klasik budaya selalu dirujuk kepada Taylor (1871) dalam
Amir Hasan Dawi (2009), yang menyatakan budaya sebagai keseluruhan

yang

kompleks

yang

mengandungi

ilmu

pengetahuan,

kepercayaan,

kesesuaian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan


dan kebiasaan yang diperakui oleh seseorang sebagai ahi masyarakat.
Kurikulum sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara
kita adalah berorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai
kemalaysiaan.

Namun

ini

bukanlah

bermaksud

untuk

menolak

atau

menidakkan budaya sesuatu kaum dengan wujudnya nilai kemalaysiaan ini.


Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum di
negara

ini.

Kurikulum

yang

terdapat

dalam

sistem

pendidikan

juga

menerapkan dan mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima oleh


masyarakat di Malaysia. Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus
adalah mengikut pelbagai budaya kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka
dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua murid di sekolah yang
berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur
yang sama bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira
kaum, agama dan juga fahaman.
Pengajaran kepelbagaian pelajar merangkumi kepelbagaian pelajar
dari aspek budaya, etnik, agama, jantina dan sebagainya. Apabila seseorang
guru dapat memahami setiap budaya pelajar yang wujud di dalam bilik
darjah ia dapat mencari alternatif untuk menyatukan pelajar yang berlainan
budaya ini serta mengelakkan berlakunya sifat perkauman. Perhatian yang
sama rata harus diberikan kepada setiap pelajar tanpa mengira latar
belakang budaya, agama atau etnik serta guru perlu menjaga sensitiviti
sesuatu etnik. Guru perlu menjaga tutur kata agar tidak menyinggung
perasaan pelajar yang berlainan etnik contohnya menyatakan hitam seperti
orang India. Hal ini akan membuatkan orang India akan memprotes dan
perpaduan kaum akan musnah.
Kesimpulannya,

guru

harus

bijak

memainkan

peranan

dengan

memperbanyakkan aktiviti-aktiviti berkumpulan supaya pelajar-pelajar yang

pelbagai budaya ini dapat berinteraksi dan bergaul seterusnya dapat


menghilangkan rasa disisihkan bagi pelajar-pelajar yang minoriti. Guru harus
mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan di dalam bilik darjah bagi
menjadikan suasana yang menyeronokkan bagi pembelajaran yang terdiri
daripada pelajar yang pelbagai budaya seperti menghias bilik darjah dengan
poster yang melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.
3. EPISTEMOLOGI
Huraian Konsep :
Epistemologi merupakan satu cabang falsafah yang menekankan
ilmu. Ianya juga dikenali sebagai teori ilmu dan berteraskaan kepada
kebenaran. Persoalan yang difikirkan dalam epistemologi ialah termasuk sifat
serta proses mental dan kognitif dan juga mengesahkan kebenaran
sesuatu idea bagi dijelmakan menjadi ilmu (Abu Bakar Nordin, 2008).
Terdapat pelbagai aliran teori pengetahuan. Secara umumnya, boleh
dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan yang mempersoalkan
hakikat pengetahuan manusia ( Endang Saifudin, 1982). Golongan yang
pertama adalah yang mempersoalkan asal usul atau sumber pengetahuan
terdiri daripada golongan rasionalisme, empirisme, dan kritisme.
Secara berasingan pula, golongan rasionalisme berpendapat sumber
pengetahuan manusia ialah fikiran dan jiwa. Golongan empirisme pula
berpendapat pengetahuan manusia berasal daripada pengalaman
dari dunia luar atau persekitaran, yang diterima oleh pancaindera.
Manakala,

golongan

kritisme

pula

percaya

pengetahuan

manusia

berasal daripada gabungan dunia luar dan dari jiwa atau fikiran.
Golongan

kedua

pula

ialah

golongan

yang

mempersoalkan

hakikat

pengetahuan manusia. Golongan ini terdiri daripada golongan idealisme


dan realisme.
Pemilihan konsep ini adalah kerana ianya berkaitan dengan cara berfikir
para pelajar dimana setiap pelajar mempunyai gaya pemikiran yang berbeza
bersesuaian dengan golongan yang terdapat dalam cabang falsafah
epistemologi ini.

Kaitan konsep ini dengan pengajaran kepelbagaian pelajar adalah


pelajar juga terbahagi kepada beberapa golongan dengan gaya pemikiran
yang

berbeza.

empirisme,

Cara

kritisme,

berfikir

ini

idealisme

dikategorikan
dan

realisme.

seperti
Dengan

rasionalisme,
menyedari

kepelbagaian kefahaman pelajar dan cara pelajar memperolehi ilmu, guru


haruslah mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran agar tiada pelajar yang tercicir daripada memahami objektif
pembelajaran
4. KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
Menurut John Dewey (1933) dalam Jamal, Khuan, Marinah, Suzyanty dan
Zuraidah (2009), pemikiran ialah perilaku penyelesaian masalah. Sementara
de Bono (1985) mendefinisikan pemikiran sebagai satu kemahiran operasi
yang

menyaksikan

bagaimana

kepintaran

bertindak

berdasarkan

pengalaman. Kemahiran berfikir pula adalah apa sahaja proses kognitif yang
diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yang kemudiannya
digunakan untuk memandu pemikiran (Johnson, 2000b; Perkins, 1986).
Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak. Malah kemahiran
berfikir telah diajar secara tidak formal kepada pelajar-pelajar bermula dari
pembelajaran peringkat rendah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif dibentuk mengikut hierarki dari kemahiran asas kepada
kemahiran yang lebih kompleks.
Konsep kemahiran berfikir dipilih kerana kepentingan konsep ini dalam
menjana pemikiran dan idea-idea baru daripada pelajar sendiri. Kemahiran
berfikir terbahagi kepada dua iaitu kemahiran berfikir kritis dan kemahiran
berfikir

kreatif.

Kemahiran

berfikir

kritis

ialah

bebolehan

menilai

kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat penilaian. Berfikir secara kritis


dapat

menunjukkan

kecekapan

dan

keupayaan

seseorang

bagi

menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kelemahan sesuatu

hujah/fakta, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan


alasan dan bukti yang kukuh. Beberapa komponen penting dalam kemahiran
berfikir kritis ialah mencirikan, membanding dan membezakan, mengumpul
dan

mengelas,

membuat

urutan,

menyusun

mengikut

keutamaan,

menganalisis, mengesan kecondongan dan menilai.


Kemahiran

berfikir

kreatif

pula

ialah

kebolehan

mencerna

dan

menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui
ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Pemikiran kreatif merupakan
kebolehan

untuk

mencerna

dan

menghasilkan

sesuatu

idea/konsep.

Beberapa komponen penting dalam kemahiran berfikir kreatif ialah menjana


idea, membuat inferens, menghubungkaitkan, meramal, membuat hipotesis,
mensintesis, mengitlak, menganalogi dan membuat gambaran mental.

Konsep kemahiran berfikir adalah saling berkait dengan Pengajaran


Kepelbagaian Pelajar kerana tahap pemikiran pelajar dari kelas pertama dan
kelas terakhir adalah berbeza. Oleh itu, guru haruslah menyesuaikan aras
pemikiran pelajar dengan aras pembelajaran yang ingin dicapai. Contohnya,
sekiranya
perwatakan

guru

meminta

sesuatu

pelajar

watak

membandingkan

dalam

sesebuah

dan

novel,

membezakan
pelajar

akan

mengaplikasikan pemikiran aras tinggi. Untuk itu, guru perlu memecahkan


proses kognitif ini kepada beberapa langkah supaya pemikiran aras tinggi
akan menjadi lebih mudah.
Kesimpulannya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat
membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam pembelajaran, memupuk
pelajar yang berdaya fakir, memperkembangkan daya intelek pelajar dan
membantu

mereka

menghadapi

kehidupan

mencabar

dalam

dunia

berteknologi tinggi masa kini. Oleh itu, guru perlu menerapkan konsep
kemahiran berfikir ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
menggerakkan minda kreatif pelajar.

5. KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri adalah tanggapan individu terhadap dirinya
sama ada

positif atau negatif yang terbentuk hasil pengalaman

yang dilaluinya sejak kecil hingga dewasa. Shavelson, Hubner dan


Stanton (1976) mendefinisikan konsep kendiri sebagai persepsi seseorang
tentang dirinya hasil daripada pengalamannya dengan persekitaran dan
dipengaruhi oleh peneguhan yang diterimanya daripada orang-orang yang
penting di persekitarannya. Sementara Papalia, Olds dan Feldman (2001)
menjelaskan konsep kendiri sebagai imej diri individu itu sendiri atau
gambaran sebenar tentang kebolehan dan trait seseorang.
Menurut Noran dan Habibah (1997), konsep kendiri boleh dibahagikan
kepada konsep kendiri positif dan negatif. Individu yang mempunyai konsep
kendiri positif ialah individu yang bersikap riang, bercita-cita tinggi,
bersedia menerima kritikan dengan hati terbuka, mempunyai keyakinan diri
yang tinggi dan mudah bergaul dengan orang lain. Manakala individu yang
mempunyai konsep kendiri negatif biasanya mempunyai keyakinan diri
yang

rendah,

tidak

pandai

berdikari,

sering

mengalami

kegagalan,

mementingkan diri sendiri dan takut mencuba sesuatu yang baru.


Konsep kendiri dipilih kerana ia mempunyai perkaitan secara langsung
dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar. Di dalam sesebuah bilik darjah,
terdapat golongan pelajar yang mempunyai konsep kendiri positif dan juga
negatif. Oleh itu ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam
mendidik pelajar membentuk personaliti mereka ke arah membina konsep
kendiri yang positif. Kajian-kajian ahli psikologi membuktikan terdapat
hubungan yang signifikan dan positif antara konsep kendiri dengan
pencapaian tinggi dalam akademik (Henson dan Eller, 1999).
Pelajar yang pandai dalam pelajaran biasanya mempunyai konsep
kendiri positif berbanding pelajar yang lemah dalam pelajaran. Oleh itu guru
perlu membimbing pelajar untuk berjaya dalam pelajaran dengan memberi

galakan, motivasi dan mengadakan kelas tambahan. Guru juga perlu


sentiasa memberi peneguhan positif seperti memberi pujian kepada pelajar
apabila mereka berjaya membuat latihan atau menyelesaikan sesuatu
masalah. Selain itu, pelajar terutamanya remaja sangat mengambil berat
pendapat rakan-rakan terhadap dirinya. Oleh itu, guru perlu mengadakan
aktivit-aktiviti pembelajaran berasaskan kumpulan dan perbincangan untuk
menggalakkan interaksi antara pelajar dengan rakan sebaya. Guru juga perlu
mengenalpasti

dan mencungkil potensi pelajar dengan menggalakkan

pelajar mengikuti bidang yang mereka minati dan mempunyai potensi untuk
berjaya.
Kesimpulannya, konsep kendiri melambangkan personaliti sebenar
seseorang sama ada baik atau buruk. Konsep kendiri positif boleh menjadi
pendorong kepada pelajar untuk berjaya dalam bidang yang diceburi kerana
mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mencapai matlamat
yang telah ditetapkan. Konsep kendiri yang positif boleh dipupuk melalui
pembentukan personaliti seseorang. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu
memahami personaliti pelajar dan berusaha membina konsep kendiri positif
dalam diri mereka.
6. KONSEP KONSTRUKTIVISME
Huraian konsep:
Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana
manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para
pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya
menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina
pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini
dikenali sebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara
yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.
Teori Konstruktivisme menegaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh
wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman

sebenar. Teori Konstruktivisme juga mempunyai erti yang serupa dengan


Teori Konstruktivisme Kognitif.
Idea konstruktivisme ini berasal daripada Teori Perkembangan Kognitif
Piaget dan Teori Zon Perkembangan Proksimal Vygotsky. Menurut Vygotsky,
idea Zon Perkembangan Proksimal ialah prestasi pelajar, di bawah bantuan
orang

dewasa

atau

kerjasama

rakannya,

menunjukkan

kebolehan

penyelesaian masalah melebihi kebolehan diri sendiri dan dengan ini


mencapai perkembangan peringkat potensi yang lebih tinggi.
Menurut McBrien dan Brant (1997), konstruktivisme adalah satu
pendekatan

pengajaran

berdasarkan

kepada

penyelidikan

tentang

bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap


individu

membina

pengetahuan

dan

bukannya

hanya

menerima

pengetahuan daripada orang lain. Manakala menurut Briner, M. (1999),


murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya
kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh
dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Dalam teori konstruktivisme,
penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana
muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh
kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina
sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan
inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan.
Implikasi konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran ini
adalah,

guru

sebagai

fasilitator

yang

membantu

murid

membina

pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Di dalam pengajaran dan


pembelajaran, mengikut Teori Konstruktivisme, peranan guru merupakan
penolong, pemudahcara dan perancang. Sedangkan pelajar memainkan
peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Guru berperanan sebagai
pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid

untuk membina pengetahuan baru. Selain itu, Guru akan mengenalpasti


pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya
dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Model pengajaran-pembelajaran
yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secar koperatif dan
kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar seperti syarahan, menghafal dan
mengingat, adalah tidak sesuai digunakan untuk membentuk ilmu lagi.
Pengalaman

dan

kesediaan

pelajar

adalah

faktor

penting

yang

mempengaruhi proses pembentukan ilmu. Pengetahuan yang dipunyai oleh


murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan
bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Keutamaan pembelajaran
adalah

ditumpukan

kepada

hasil

perolehan

di

dalam

bidang

kontstruktivisme, khasnya dalam zon perkembangan proksimal. Bentuk dan


alat penilaian terhadap pembentukan ilmu hendaklah dibentuk bersamasama guru dan murid.
Mengikut

teori

konstruktivisme,

antara

intisari

teori

ini,

ilmu

pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara


pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di
bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan
melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat
baru dengan pengalaman yang sedia ada, supaya menyelesaikan sebarang
perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap
maklumat baru. Di samping proses kognitif, Teori Konstruktivisme juga
menegaskan

perkembangan

proses

metakognitif,

iaitu

operasi

yang

mengarahkan dan mengawal kemahiran serta proses kognitif. Ia melibatkan


operasi membimbing pelajar untuk mencari makna, terutamanya operasi
merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Ini bermakna, untuk
mencapai keberkesanan pembelajaran, pelajar perlu merancang strategi
pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran yang berkesan serta
menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya.

Faktor yang paling penting adalah, pelajar perlu menghubungkaitkan


pengalamannya dengan maklumat baru dalam proses pebelajarannya. Di
bawah konsep kontruktivisme, ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk
menjelaskan kebenaran. Sebaliknya, ia digunakan sebagai rasionalisasi
tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Oleh itu, di
dalam sesuatu situasi yang sam, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh
setiap orang individu, mengikut konstruktivisme, adalah tidak serupa. Melalui
konsep kontruktivisme ini, pelajar akan lebih berfikir, memahami, mengingat,
yakin, lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok.
Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk
menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak
dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini
boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal
pasti

masalah,

mengumpul

maklumat,

memproses

data,

membuat

interpretasi dan membuat kesimpulan. Kefahaman murid tentang sesuatu


konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam
pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang
dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam
kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan
dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara
aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Murid yang belajar secara
konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka
tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan
berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Murid
yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam
menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh
apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina
pengetahuan mereka. Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid
membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan

mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar
sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
7. MOTIVASI

Menurut Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008), motivasi ialah suatu
kuasa

dorongan

yang

membantu

setiap

individu

menjayakan

tugasan, kerjaya dan aspirasi hidup. Dalam sistem persekolahan,


motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan
pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh pelajar. Kuasa motivasi
sentiasa memandu pelajar menjayakan tugas-tugas harian di sekolah.
Motivasi dianggap suatu reka bentuk yang memenuhi aspek sosial, seksual,
artistik dan keselamatan (Tan et al. 2003). Menurut Santrock (2004) dalam
Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008), motivasi ialah proses menjana,
mengarahkan dan mengekalkan tingkah laku.
Menurut Mok Soon Sang (2008), motivasi terbahagi kepada dua iaitu
motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Motivasi ekstrinsik diwujudkan
daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk
melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Motivasi
ekstrinsik ini dirangsang dengan memberi peneguhan positif seperti pujian,
insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk
mendorong mereka belajar.
Motivasi intrinsik pula diwujudkan secara semulajadi daripada
rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu untuk
melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharapkan ganjaran. Bagaimanapun
tidak semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semulajadi. Terdapat juga
motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman
yang membawa kepuasan seperti tabiat membaca buku dan bermain alat
muzik.

Konsep motivasi dipilih kerana motivasi boleh memberi kesan kepada


murid seperti bimbang gagal untuk memenuhi harapan guru yang
mendorong kepada perubahan sikap iaitu sikap positif terhadap
usaha

sendiri,

meningkatkan

naluri

ingin

tahu,

meningkatkan

kepercayaan individu terhadap perkaitan tindakan diri dengan


akibatnya

serta

mengurangkan

sikap

putus

asa

dalam

pembelajaran.
Konsep motivasi juga sangat dekat dengan Pengajaran Kepelbagaian
Pelajar kerana dalam sesebuah bilik darjah terdapat pelajar yang mempunyai
tahap motivasi tinggi dan juga motivasi diri yang rendah. Oleh itu, guru
harus memahami perbezaan peribadi muridnya dan sentiasa memberi
bimbingan kepada murid yang berorientasi gagal, ini bertujuan memupuk
keyakinan mereka untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Antara strategi pengajaran-pembelajaran untuk mewujudkan
motivasi yang disarankan oleh Mok Soon Sang (2008) ialah menggunakan
set induksi yang menarik, menggunakan pengalaman sedia ada
pelajar untuk mengaitkan dengan pelajaran baru, membangkitkan
naluri ingin tahu pelajar dengan soalan mencabar, mewujudkan
semangat bersaing dalam aktiviti permainan dan pertandingan
serta

menggunakan

mengekalkan

teknik

motivasi

peneguhan

pelajar

dalam

untuk

memupuk

pembelajaran

dan
yang

selanjutnya.
Kesimpulannya,

pencapaian

pelajar

bergantung

kepada

motivasi

pelajar dan usaha guru yang mengajar dalam bilik darjah. Oleh itu guru perlu
menetapkan objektif pembelajaran yang ingin dicapai supaya peringkat
kesukaran isi pelajaran dapat disesuaikan dengan kebolehan pelajar. Kajian
juga menunjukkan bahawa harapan guru terhadap pelajar memberi kesan
yang mendalam dalam mengekalkan motivasi. Oleh itu, guru perlu sentiasa
memberi motivasi kepada pelajar yang lemah untuk memperbaiki kelemahan

diri dan memberi pujian apabila mereka berjaya menyiapkan tugasan kerana
melalui cara ini pelajar akan lebih berminat untuk belajar.
8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Huraian konsep:
Menurut

sumber

yang

diambil

dari

wikipedia,

pengajaran

dan

pembelajaran yang berlaku dalam kelas adalah merupakan interaksi antara


guru dengan pelajar. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk
memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar
atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan.
Ini

bermakna

guru

perlu

mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

dapat

meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan


keperluan pelajar.
Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terdapatnya konflik dimana,
guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka.
Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Untuk menghadapi perkara ini, guru boleh menentukan pendekatan,
memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi
memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Seorang guru perlu menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran
dimana aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai
potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang
diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan
minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu
mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan
objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang
mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan

kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu
membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para
pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang
akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan
serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
Kaedah sumbang saran
Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
Kaedah Audioligual
Kaedah kodkognetif
Kaedah projek

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu


pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar
terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan
bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik
yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap
kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak
mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah
dan

berkesan.

Kaedah

projek

yang

diasaskan

oleh

John

Deney

misalnya,

menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan


percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan
dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada
pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan
dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh
menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang,
teknik

mengkaji,

teknik

penyelesaian

mudah,

teknik

bercerita

dan

teknik

perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan


pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan
berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada
sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea
yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila
guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit.
Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita,
mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh
ditunjukkan

dalam

bentuk

visual,

lakaran,

ilustrasi

dan

lain-lain.

Dengan

pengetahuan tentang kaedah dan teknik yang pelbagai, maka pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian yang luas, guru dapat
membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang ingin disampaikan.

9. PENGURUSAN BILIK DARJAH


Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat di mana
sekumpulan manusia berkumpul dan melalui proses pembelajaran. Bilik
darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran, ia
merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru
dan murid. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai
koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai
perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun
persekitaran kelas yang efisyen, penyelia prestasi murid serta pengenalpasti
masalah potensi murid. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah
bermakna tindakan dan

strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik

darjah, mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkah


laku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.
Selain itu, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada corak dan
suasana interaksi bilik darjah, ketiga-tiga elemen ini saling melengkapi
antara satu sama lain iaitu elemen fizikal, sosial dan emosi. Persekitaran

fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif seperti mempunyai lampu,
bilik darjah yang dihias cantik serta di atur kemas dengan pelbagai alat
bantu mengajar, kebersihan kelas yang baik, saiz kelas yang luas,
pengudaraaan dan pencahayaan yang baik, susunan kerusi dan meja yang
bersesuaian dan kemudahan yang mencukupi dalam bilik darjah. Suasana
bilik

darjah

yang

kondusif

mendorong

kepada

keberkesanan

proses

pengajaran dan pembelajaran


Dari segi sosial merangkumi perhubungan dan corak interaksi antara
murid dengan murid yang memberi pengaruh besar terhadap keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam aktiviti berkumpulan.
Biasanya murid-murid yang berada dalam kelas sosial yang sama atau
hampir sama lebih mudah bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Oleh itu,
guru haruslah mengenalpasti corak interaksi sosial murid-murid di dalam
kelasnya bagi memudahkan pemahagian aktiviti berkumpulan.
Suasana emosi pula merujuk kepada perasaan murid terhadap guru
mereka.Gaya kepimpinan guru yang autoritarian misalnya mengawal murid
melalui ganjaran dan hukuman mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang tertekan dan tidak kondusif. Gaya kepimpinan guru yang
demokratik misalnya guru yang berkongsi tanggungjawab dengan murid
melalui

galakan

dan

bukannya

desakan

akan

dapat

menghasilkan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekaligus menjurus kepada


pencapaian murid yang tinggi. Sementara guru yang penyayang,lucu dan
tidak

pilih

kasih

akan

mendekatkan

murid-murid

kepada

guru

tersebut,murid-murid akan lebih mudah menumpukan perhatian, menerima


arahan dan nasihat guru,lebih mudah berdamping dan berkongsi masalah
dengan guru mereka.Melalui kaedah ini emosi murid-murid akan lebih
terkawal dan matlamat sesuatu P&P itu akan lebih mudah tercapai.
Kesimpulannya, guru mestilah membina suasana positif dalam bilik
darjah, melibatkan

secara aktif semua pelajar dalam sesuatu aktiviti,

membina hubungan yang baik dengan pelajar serta membentuk komunikasi


dua hala yang baik antara murid-murid dan guru. Pengurusan bilik darjah
yang berkesan dapat mengatasi masalah disiplin bilik darjah yang dicetuskan
oleh murid-murid.
10.

PINTAR CERDAS

Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai,


manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K.
Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs
berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang
tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi
kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat
dalam menghasilkannya.Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai
kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan
pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan
mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.
Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar
cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar
cerdas yang dikenali sebagai The Stanford-Binet Test telah memberikan
definisi

pintar

cerdas

sebagai

merujuk

kepada

keupayaan

individu

memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik.


Menurut Dr Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai
dan mempunyai kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada tujuh
kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam
bidang-bidang yang lain. Dr Sternberg di dalam bukunya Conception of
Giftedness pula berpendapat, kepintaran terdiri daripada tiga faktor iaitu :
1) kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif
2) kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis

3)

kepintaran

praktikal

iaitu

menggunakan

kepintaran

yang

dimiliki

menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.


Hasan Mohd Ali (2006) menjelaskan Konsep pintar cerdas sebenarnya
tidak tertakluk kepada kejayaan individu dalam bidang akademik sematamata. Kebolehan berkreatif dan bereksperimen termasuk menghasilkan
bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juga adalah manifestasi
kepintaran dan kecerdasan individu.
Konsep pintar cerdas dipilih kerana pelajar pintar cerdas adalah satu
aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu pelajar
pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah
satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat keseluruhannya.
Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan
bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang.
Faktor yang mempengaruhi pelajar pintar cerdas ialah faktor genetik dan
persekitaran. Oleh itu, asuhan dan pengayaan pengalaman memainkan
peranan penting untuk membantu mengembangkan dan meningkatkan
kepintaran seseorang. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat mengasah
dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.
Konsep pintar cerdas adalah saling berkaitan dengan Pengajaran
Kepelbagaian Pelajar kerana di dalam bilik darjah terdapat kepelbagaian
pelajar. Mereka berbeza dari segi keupayaan, kecerdasan, bakat, minat,
kecenderungan, sikap, emosi dan sebagainya. Terdapat pelajar yang pintar,
sederhana dan lemah dalam pelajaran. Oleh itu, sekiranya pelajar kategori
pintar cerdas dapat dikenalpasti lebih awal, guru dapat merancang strategi
pengajaran yang sesuai kerana jika pengajaran guru tidak mencabar
pemikiran mereka akan menyebabkan golongan pintar cerdas ini cepat
berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat mereka
untuk belajar.
11.

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Huraian konsep:
Penggunaan

komputer

dalam

pendidikan

telah

membawa

banyak

perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga


membawa kepada reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai
bidang pendidikan, khasnya dalam bidang teknologi pendidikan, teori
pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem
pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.
Konsep ini dipilih kerana di bawah konteks pendidikan, penggunaan
komputer boleh dibahagikan kepada beberapa bidang iaitu komputer
membantu pendidikan, komputer membantu pengajaran, komputer
mengurus pengajaran dan komputer membantu pengujian. Komputer
membantu pendidikan (Computer Aided Education, CAE) iaitu menggunakan
teknologi dan sistem komputer untuk melaksanakan tugas mengajar serta
mencapai objektif pelajarannya. Di samping itu, teknologi dan sistem
komputer

yang

canggih

pula

diaplikasikan

dalam

pelbagai

bidang

pengurusan pengajaran-pembelajaran.
Komputer membantu pengajaran (Computer Assisted Instruction, CAI)
pula secara amnya ialah penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam
proses pengajaran. Secara khususnya pula, teknologi dan sistem komputer
adalah digunakan oleh pelajar untuk mengikuti pelajaran terancang secara
sendiri tanpa kehadiran guru. Tugas utama guru di sini hanya mereka-bentuk
program perisian, pelajar menggunakan komputer belajar program itu dan
komputer

merupakan

alat

perantaraan

di

antara

guru

dan

pelajar.

Sehubungan itu, modul-modul adalah dirancang dalam pelbagai bentuk


seperti bentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secra individu,
permainan dan penyelesaian masalah.
Komputer mengurus pengajaran (Computer Manage Instruction, CMI)
merupakan

teknologi

dan

sistem

komputer

boleh

digunakan

untuk

mengumpul data dan membuat analisis serta menilai keberkesanan-

keberkesanan pengajaran, penggunaan bahan-bahan pelajaran, situasi


pengajaran-pembelajaran dan interaksi murid-murid dalam bilik darjah.
Dapatan-dapatan kajian ini akan digunakan untuk mengubahsuai rancangan
pelajaran dan membaiki kelemahan yang terdapat dalam aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Bagi komputer membantu pengujian (Computer Assisted Testing, CAT)
ialah teknologi dan sistem komputer juga boleh digunakan untuk menguji
keberkesanan pembelajaran. Pengujian ini biasanya dikendalikan dengan dua
cara. Pertama, murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam
borang komputer. Jawapan murid kemudian diperiksa dan diberi markah oleh
komputer. Kedua, komputer digunakan untuk memilih soalan-soalan dari
item bank

dan menayangkan soalan demi soalan dalam skrin monitor

komputer. Murid-murid menggunakan komputer menjawab soalan demi


soalan, kemudian diperiksa dan diberi markah oleh komputer. Dengan cara
ini, pencapaian pelajar dapat dikesan dalam masa singkat.
Budaya komputer (computer literacy) akan menjadi sama penting dan
serupa seperti penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
pada masa kini. Bagi generasi masa depan yang tidak ada budaya komputer
akan dianggap sebagai buta huruf dalam masyarakat mereka yang banyak
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT). Pembelajaran

berbantukan komputer tidak mengira tahap pelajar. Teknologi dan sistem


komputer tidak hanya dipelajari oleh pelajar-pelajar pintar cerdas, tetapi ia
juga turut dipelajari oleh pelajar dari kelas lemah. Selain itu, kaedah
pengajaran melalui komputer ini dapar menarik minat pelajar terutama
pelajar di luar bandar untuk belajar memandangkan pendekatan yang
digunakan

berbeza

yang

digunakan oleh

guru.

Malah, pembelajaran

berbantukan komputer juga dapat digunakan oleh guru mengubahsuai


rancangan pelajaran dan membaiki kelemahan supaya aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih menarik.

12.
PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
Huraian konsep ;
Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang
falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan
merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi
asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988), menyatakan
bahawa pendekatan merupakan satu kumpulan andaian yang saling berkait
tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran dan hakikat pembelajaran.
Terdapat

pelbagai

Pendekatan

jenis

deduktif,

pendekatan.

pendekatan

Antaranya

ekletik,

pendekatan

pendekatan

induktif.

komunikatif,

pendekatan interaksional, pendekatan pengalaman bahasa, dan pendekatan


bersepadu.
Kaedah pula pengertiannya menurut Mangantar Simanjuntak (1982),
merupakan satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu
bahan, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang
di gunakan. Selain itu, Parera (1986) menyatakan bahawa kaedah adalah
merupakan satu penyampaian bahan pengajaran secara teratur, dimana elemen di
dalamnya tidak bertentangan antara satu sama lain dan bersandarkan kepada
pendekatan. Menurut Ishak Ramly (2006), kaedah merupakan satu rancangan
tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu
objektif pengajaran. Antara contoh-contoh kaedah adalah kaedah terus, kaedah
semulajadi, kaedah askar atau tentera, kaedah ajuk-hafaz, kaedah linguistik,
kaedah oral-aural, kaedah terjemahan,kaedah psikologi, kaedah kod-kognitif dan
kaedah khusus.
Menurut kamus dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil. Manakala Kamaruddin Hj Husin (1988) menyatakan bahawa teknik adalah
pengendalian sesuatu organisasi yang benar benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara jenis-jenis teknik main
peranan, teknik permainan bahasa, teknik latih tubi, teknik bercerita, teknik inkuiri,
teknik perbahasan, teknik kuiz dan teknik sumbangsaran, teknik soal jawab, teknik
simulasi, teknik drama dan teknik perbincangan.
Dengan mengetahui terdapatnya pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang
boleh digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran, sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran dalam suasana kelas yang mempunyai kepelbagaian

pelajar. Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak
digunakan dan diaplikasi dalam bilik darjah kerana tiada satu pendekatan,kaedah
dan teknik yang spesifik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

13.

PENILAIAN FORMATIF

Huraian

konsep:

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu


sepanjang

proses

pengajaran

dan

pembelajaran,

untuk

menilai

keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk


yang diajar. Ciri ciri penilaian formatif adalah seperti dijalankan bagi tujuan
memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum, dijalankan sepanjang
masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara
terus menerus. Penilaian formatifvbercorak ujian diagnostik yakni yang dapat
memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti
pembelajaran. Dimana ianya dijalankan sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Dengan itu, maklumat yang diperolehi hendaklah
digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.
Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah
yang

tidak

ditentukan

gred.

Untuk melakukan penilaian formatif terdapat prosedur yang biasa


digunakan, kaedah tersebut adalah mengikut urutan seperti berikut :
1) Menentukan topik pembelajaran.
Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan
sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Dimana topik ini disusun
berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.
Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan
harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik
tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid
menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan

kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan
mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.
2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik
pembelajaran.
Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol,
membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek
berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan muridmurid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini
apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan
penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan
pelajar sudah menguasai topik berkenaan.
3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap
topik.
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik
pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan
taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan
selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang
terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.
4) Membentuk soalan ujian.
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan. Setiap elemen
berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
5) Mencadangkan langkah susulan.
Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping
kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Setelah itu, tindakan susulan
harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contoh:
murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik,
maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang

semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar


murid-murid boleh menguasai topik tersebut.
Penilaian atau ujian formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki
pengajaran pembelajaran dan meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir
sesuatu pelajaran. Selain itu, ianya memperlihatkan kelemahan-kelemahan
yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan
seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan
lebih baik. Prosedur ini dapat membantu murid-murid menguasai sesuatu
unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi
pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.
Selain

itu,

ujian

formatif

memperbaiki

kualiti

serta

dapat

meramal

pencapaian pelajar kerana menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru


apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke
semasa. Dengan itu, guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian
yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara
pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui
rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang
dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah
diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan
meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. Selain daripada
aspek pelajar, penilaian formatif dapat memberi kesan kepada seorang guru
dimana ianya boleh mengubah suai pengajaran seseorang guru. Tambahan
daripada itu, guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam
penyampaian. Dengan ini, guru dapat memberikan yang terbaik semasa
memberikan

bimbingan

pembelajaran

kepada

murid-murid.

Dan

ini

menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang


dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada
topik-topik pembelajaran
14.

STRATEGI PENGAJARAN

Huraian konsep :

Secara umumnya terdapat tiga strategi pengajaran utama iaitu:


1. Strategi pengajaran berpusatkan murid.
2. Strategi pengajaran berpusatkan guru.
3. Strategi pengajaran berpusatkan bahan.

Ciri-ciri Strategi pengajaran berpusatkan murid atau Pemusatan Pelajar


antaranya,dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid memainkan
peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang
membimbing

murid

menjalankan

aktiviti

pembelajaran.

Selain

itu,

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.
Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir
dan bertindak balas dengan memberi jawapan kepada mereka. Dari aspek
kepimpinan dalam bilik darjah menekankan ciri kempimpinan guru bersifat
demokratik dimana murid-murid sentiasa digalakan memberi pendapat
mereka. Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, dalam strategi ini, pengajaran dan
pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.
Ciri strategi pengajaran utama yang kedua adalah strategi pengajaran
berpusatkan guru. Ciri-ciri pemusatan guru adalah dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting, sedangkan
murid berperanan sebagai penonton sahaja. Dari aspek komunikasi pula,
komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala, dimana
guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru
bersifat autokratik dimana murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan
pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian
objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan
daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. Strategi ini
mementingkan

pencapaian

murid

berdasarkan

keputusan

ujian

dan

peperiksaan. Ekoran daripada itu, teknik mengajar guru ditumpukan kepada

penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak


berbentuk mengingat dan menghafal maka ini membentuk pelajar kurang
berupaya membuat interprestasi. Interaksi di antara murid adalah pasif dan
sifat-sifat

sosial

yang

positif

kurang

dapat

dipupuk.

Mementingkan

pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan


dan minat tidak diberi perhatian. Di bawah stratergi pemusatan guru, muridmurid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.
Satu lagi strategi pengajaran adalah strategi pemusatan bahan
pelajaran. Ciri ciri strategi pengajaran berpusatkan bahan pelajaran adalah
seperti bahan pelajaran memainkan peranan penting dimana terdapatnya
keadaan pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
Komunikasi/interaksi

berlaku

antara

guru/bahan

atau

murid/bahan

pembelajaran. Dalam strategi ini, Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan


pengajaran-pembelajaran diutamakan.

Penekanan pembelajaran

adalah

lebih kepada jasmani, rohani, dan kognitif dimana murid dilatih dalam
kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran adalah lebih bermakna,
menarik dan berkesan. Selain itu, peluang interaksi antara murid lebih
banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan
kecil seperti ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya. Tambahan
daripada itu, pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya
bahan-bahan

pelajaran.

Antara

contoh

kaedah

dan

teknik

strategi

berpusatkan bahan adalah seperti komputer, bahan cetak, modul, buku teks,
buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, graf, spesimen, slaid, video,
televisyen, projektor, dan sebagainya.
Dengan mengetahui strategi pembelajaran dan kesesuaian dengan
kepelbagaian pelajar yang terdapat dalam sesebuah kelas, guru dapat
mempelbagaikan strategi. Ini adalah untuk memastikan pelajar dapat
mencapai objektif pembelajaran disamping meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran pelajar.
15.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan

bermaksud

kebolehan

untuk

mendapatkan

satu

pencapaian tinggi serta prestasi yang baik dalam pembelajaran di sekolah.


Menurut

Kamus

kesempurnaan
kepandaian,

Dewan

akal

(2002),

(untuk

kecerdikan

dan

kecerdasan

berfikir,

boleh

mengerti

keintelektualan.

diertikan

dan

lain-lain)

Kecerdasan

sebagai
seperti

bermaksud

keupayaan manusia untuk menyelesaikan masalah dan keberkesanannya


dalam mengadaptasi ke dalam pengalaman hidup seharian seseorang
(Santrock, 2004). Manakala menurut Gardner (1983,1993,2002), kecerdasan
adalah kemampuan menciptakan produk bermanfaat dan berkeupayaan
dalam menyelesaikan masalah sehari-hari.
Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner
pada tahun 1983. Menurut Gardner, kecerdasan yang terdapat pada
seseorang bukanlah hanya diwarisi semata-mata kerana jika ibu bapa
dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran ujian IQ, tidak
semestinya anak mereka juga tidak cerdas. Terdapat sembilan kecerdasan
pada manusia yang telah diperkenalkan oleh Gardner iaitu verbal-linguistik,
logik-matematik,

visual-ruang,

kinestetik,

muzik,

interpersonal,

intrapersonal, naturalis dan eksistensialisme.


Konsep teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner dipilih kerana ia
saling berkait rapat dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar. Ini kerana para
pelajar mempunyai kecenderungan yang berbeza dalam pelbagai bidang
sama ada verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik,
interpersonal, intrapersonal, naturalis ataupun eksistensialisme.
Pengetahuan guru tentang teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan
guru merancang strategi pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan
baik. Hal ini kerana kecerdasan yang terdapat pada seseorang pelajar boleh
dijadikan sebagai petunjuk potensi yang terdapat pada seseorang pelajar itu.
Contohnya, pelajar yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik yang
menonjol biasanya mempunyai potensi yang tinggi dalam penulisan kreatif,

perbahasan

dan

bidang

pengacaraan.

Apabila

pelajar

mengetahui

kecenderungan kecerdasan pelbagai yang terdapat dalam diri, ia dapat


membantu mereka memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengaplikasian pengetahuan teori kecerdasan pelbagai berupaya
membangunkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Hal ini kerana
seseorang

pelajar

yang

dikatakan

bijak

tidak

boleh

diukur

melalui

kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja, sebaliknya kecerdasan


emosi yang ada dalam dirinya semasa mengendalikan sesuatu perkara juga
adalah amat penting. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan cara penilaian
terhadap pelajar. Kefahaman guru terhadap jenis kecerdasan ini akan
membantu guru mengatur rancangan pengajaran yang menjurus kepada
kelompok pelajar yang terdiri daripada pelajar pandai atau lemah di dalam
bilik darjah.
Kesimpulannya, melalui teori kecerdasan pelbagai, guru mangakui
bahawa setiap pelajar adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.
Oleh

itu,

guru

boleh

menjalankan

pengajaran

berdasarkan

sembilan

kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner. Suasana pembelajaran


sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi dan bersemangat untuk
belajar. Keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana yang kolaboratif
antara guru dan pelajar di sekolah.

You might also like