You are on page 1of 10

SOALAN LAZIM BERKAITAN MS ISO 9001 : 2008 Print

Email
Category: Soalan Lazim
Published on 25 July 2012
Written by Super User
Hits: 5145
1. Apakah pekekeliling yang berkaitan dengan peaksanaan MS ISO
9000 dalam
perkhidmatan awam?
i) PKPA Bil 2 Tahun 1996: Garis Panduan Pelaksanaan MS ISO 9000
dalam
Perkhidmatan Awam
ii) Garis Panduan Bagi Melaksaan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan
Awam
iii) Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2 Tahun 2002: Garis
Panduan Bagi
Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam

2. Apakah rasional BPL dan ILKKM melaksanakan MS ISO 9000?


i) Untuk memenuhi kehendak pelanggan dan memastikan produk
atau
Perkhidmatan yang dihasilkan berasakan kepada Sistem
Pengurusan Kualiti
ii) Sebagai asas peningkatan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) BPL
dan ILKKM

3. Apakah nama agensi yang menganugerahkan sijil MS ISO kepada


BPL dan
ILKKM?
SIRIM QAS Internasinal Sdn. Bhd.

4. Apakah maksud perkhidmatan berkualiti?


Antara contoh bagi menjelaskan perkhidmatan berkualiti bagi BPL
dan ILKKM ialah:
i) mematuhi jadual kursus yang telah ditetapkan
ii) Maklumat dan fakta yang diberikan semasa kuliah adalah tepat
iii) sentiasa responsif kepada kehendak pelatih
iv) Bersopan santun semasa berurusan dengan pelanggan
v) menepati temu janji
vi) tidak membazir

5. Apakah pengertian ISO dan ISO 9000?


i) `ISO` yang bermaksud `equal` ialah satu nickname bukan
acronym untuk
internasional Organisasion for Standardisation (IOS)
ii) Internasional Organisasion for Standardisation adalah pertubuhan
bukan kerajaan
ditubuhkan pada 28/2/1947

6. Apakah fungsi utama IOS?


i) Tujuan penubuhan badan ini adalah untuk menggalakkan
pewujudan standard
antarabangsa. pewujudan standard ISO 9000 adalah untuk
memastikan produk
dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara-negara ahli
diiktiraf di
peringkat antarabangsa

ii) Menghasilkan siri standard yang boleh diguna pakai dalam


semua jenis industri/
perkhidmatan di pelbagai negara
Jenis standard : simbol, kod sukatan, saiz dan kelajuan

7. Apa itu ISO?


i) sistem pengurusan kualiti
ii) bukan standard bagi produk atau perkhidmatan
iii) berasakan kepada prinsio kepastian kualiti
iv) berasaskan dukomentasi. "Document what you do. Do what you
document and
prove it"
v) konsep pencegahan
vi) konsep kualiti yang universal
vii) Dikenalpasti melalui pengiktirafan oleh pihak ketiga

8. Apakah yang dimaksudkan standard MS ISO 9000?


ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang menetap dan
menerangkan keperluan
asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti bagi
memastikan perkhidmatan
yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi
kehendak pelanggan

9. Apakah maksud Pengurusan Kualiti?

Penurusan kualiti adalah fungsi pengurusan bagi menentu dan


melaksanakan dasar
kualiti

10. Apakah maksud Sistem Kualiti?


Sistem Kualiti adalah struktur organisasi, tanggungjawab, prosedurprosedur,
proses-proses dan sumber-sumber bagi melaksanakan Sistem
Pengurusan Kualiti

11. Mengapa MS ISO 9000 penting kepada BPL dan ILKKM?


SPK BPL dan ILKKM yang diuruskan dengan cekap memberi kesan
positif.
Antaranya:
i) kepuasan pelanggan BPL dan ILKKM yang antaranya terdiri
daripada pelatih,
anggota BPL,anggota ILKKM, bahagian-bahagian KKM, agensi
sektor awam,
agensi sektor swasta dan keluarga pelatih
ii) pengendalian kerja yang cekap. sebagai contoh urusan
penempahan bilik kuliah,
penyediaan peralatan dan penyelenggaraan peralatan/
kemudahan BPL dan
ILKKM
iii) Penjimatan kos. sebagai contoh kos mengendalikan kursus,
penyediaan makanan
dan minuman
iv) Reputasi yang baik. sijil yang diperolehi oleh BPL dan ILKKM

meningkatkan imej
BPL dan ILKKM hingga ke peringkat antarabangsa

12. Apakah Standard yang terdapat dalam family MS ISO 9000?


MS ISO 9000 : Quality Management System - Fundamentals and
vocabulary
MS ISO 9001 : Quality management system - Requirements
MS ISO 9004 : Quality management system - Guidance for
Performance
Improvement
MS ISO 19011 : Guidlines on Quality and Environmental Auditing

13. Apakah keperluan yang diberi penekanan dalam MS ISO 9001 :


Quality
Management System - Requirement?
Standard ini menjelaskan lagi keperluan yang perlu dipatuhi bagi
membentuk Sistem
Pengurusan Kualiti (SPK) berkaitan perkara berikut:
i) penambahbaikan yang berterusan
ii) penekanan kepada peranan pengurusan atasan
iii) mengambilkira keperluan perundangan dan peraturan
iv) pewujudan objektif yang boleh diukur di fungsi serta tahap yang
berkaitan
v) pemantauan maklumat mengenai kepuasan/ ketidakpuasan
pelanggan sebagai
kaedah pengukuran prestasi

vi) Meningkatkan tumpuan kepada keupayaan sumber


vii) penentuan keatas keberkesanan latihan
viii) Pengukuran di perluaskan kepada sistem, proses dan produk
ix) Analisis data terkumpul ke atas prestasi SPK

14. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh BPL dan ILKKM bagi
melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti?
Tiga jenis dokumen yang diperlukan bagi membentuk SPK iaitu
Manual Kualiti,
Prosedur Kualiti dan Dokumen Sokongan

15. Apakah prosedur mandatori yang telah ditetapkan oleh standard?


Ada enam prosedur mandatori yang mesti disediakan oleh BPL dan
ILKKM iaitu :
i) Prosedur Kawalan Dokumen (klausa 4.2.3)
ii) Prosedur Kawalan Rekod Kualiti (klausa 4.2.4)
iii) Prosedur Audit Dalaman (klausa 8.2.2)
iv) Prosedur Kawalan Ke Atas Produk Tidak Menepati Spesifikasi
(klausa 8.3)
v) Prosedur Tindakan Pembetulan (klausa8.5.2)
vi) Prosedur Tindakan Pencegahan (klausa 8.5.3)

16.Apakah dokumen yang telah disediakan oleh BPL dan ILKKM?


Untuk tujuan pensijilan BPL dan ILKKM telah menyediakan dokumen
Sistem

Pengurusan Kualiti yang terdiri daripada :


Manual Kualiti, Prosedur Kualiti Teras, Prosedur Kualiti Pengurusan
dan Prosedur
Kualiti Sokongan

17. Bolehkan salinan dokumen Sistem Pengurusan Kualiti Dibuat?


Anggota tidak dibenarkan membuat salinan kepada mana-mana
dokumen kerana
dokumen tersebut adalah dokumen kawalan

18. Bolehkah dokumen Sistem Pengurusan Kualiti Dipinda?


Ya. Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti boleh dipinda. Cadangan
pindaan kepada
mana-mana bahagian dalam dokumen boleh dibuat berpandukan
kepada prosedur
BPL.KKM.PK(S) 01: Kawalan Dokumen

19. Kepada siapa dokumen Sistem Pengurusan Kualiti Diedarkan?


Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti telah diedarkan kepada mereka
yang terdapat
dalam senarai edaran di dalam Manual Kualiti. Senarai ini diluluskan
oleh SUB (PL)

20. Apakah
9001:2008?

peranan

pengurusan

dalam

perlaksanaan

MS

ISO

Standard MS ISO 9000 versi tahun memerlukan pengurusan atasan


memainkan

berikut :
i) membuktikan komitmen terhadap usaha pambangunan dan
penambahbaikan
yang berterusan
ii) menyediakan saluran komunikasi untuk memaklumkan kepada
anggota BPL dan
ILKKM mengenai
pentingnya memenuhi kehendak pelanggan, pematuhan kepada
peraturan dan
undang-undang
iii) memastikan Dasar Kualiti yang disediakan mempunyai
komitmen kepada
penambahbaikan yang berterusan
iv) mewujudkan objektif kualiti Bahagian/Unit, boleh diukur
(measurable)
v) memastikan kehendak dan ekpektasi pelanggan sentiasa
dikenalpasti dan
dipenuhi
vi) memastikan tanggungjawab dan kuasa anggota yang memberi
kesan tahap
kualiti produk
organisasi

dihebahkan untuk makluman semua anggota

vii) Mengebahkan pelaksanaan sistem kualiti dan proses


viii) memastikan input kajian semula pengurusan adalah jelas dan
meati
mengandungi penemuan audit, maklumbalas pelanggan, prestasi
proses, analisis
prestasi produk, status tindakan pembetulan dan tindakan
pencegahan,

tindakan susulan kajian pengurusan sebelumnya, dan sebarang


perubahan yang
memberi kesan kepada SPK organisasi.

21. Apakah peranan anggota BPL dan ILKKM dalam perlaksanaan MS


ISO
9001:2008?
Anggota BPL dan ILKKM memainkan peranan seperti berikut :
i) fahami keperluan asas pembentukan SPK seperti dinyatakan
dalam MS ISO
9001:2008
ii) fahami manual kualiti, prosedur kualiti serta lain-lain dokumen
sokongan yang
telah disediakan
iii) pastikan fail serta dokumen perlaksanaan SPK disenggara
dengan supaya mudah
diperolehi,tidak rosak dan mudah dibaca
iv) pastikan rekod-rekod kualiti seperti dinyatakan dalam manual
kualiti dan rekod
kualiti disenggara supaya mudah diperolehi, tidak rosak dan
mudah dibaca

22. Apakah skop pensijilan MS ISO 9001:2008 BPL dan ILKKM?


"Latihan Pra Perkhidmatan yang melibatkan disiplin Sains Kesihatan
Bersekutu,
peringkat diploma dan sijil kecuali diploma kejururawatan
pergigian, diploma

juruteknologi pergigian dan sijil pembantu pembedahan pergigian"

23. Adakah sistem ini dilaksanakan di semua ILKKM?


Sistem ini dilaksanakan di BPL dan semua ILKKM kecuali Kolej
Latihan Pergigian di
Pulau Pinang

24. Siapakah jawatankuasa yang terlibat di dalam pelaksanaan MS ISO


9001:2008 di BPL dan ILKKM?
Jawatankuasa Pemandu yang terlibat secara langsung adalah
seperti berikut :
i) Wakil Pengurusan
ii) Timbalan Wakil Pengurusan
iii) Ketua Audit Dalaman
iv) Pasukan Audit Dalaman
v) Pegawai Dokumen
vi) Penolong Pegawai Dokumen

You might also like