You are on page 1of 2

Latihan 1

SOALAN MENCARI ELEMEN KEPERLUAN ISO 9001:2015

Kefahaman terhadap keperluan-keperluan MS ISO 9001 : 2015. Anda dikehendaki mencari


keperluan-keperluan MS ISO 9001 : 2015 dan tuliskan klausa yang tepat diruang yang
disediakan berdasarkan kenyataan yang diberikan.

1. Organisasi perlu menentukan isu dalaman dan luaran yang


berkaitan dengan tujuan dan perancangan strategik dan boleh _____________
menghalang kebolehan organisasi untuk mencapai keputusan
yang diingini terhadap Sistem Pengurusan Kualiti

2. Organisasi perlu memantau dan membuat semakan maklumat _____________


pihak yang berkepentingan dan keperluan pihak yang
berkepentingan dalam Sistem pengurusan Kualiti.

3. Pihak pengurusan perlu bertanggungjawab untuk memastikan _____________


keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dan memastikan ianya
mencapai keputusan yang diingini.

4. Polisis kualiti hendaklah dihebahkan tersedia sebagai maklumat _____________


berdokumen, dikomunikasi dan difahami oleh keseluruhan
kakitangan dan tersedia kepada pihak yang berkepentingan.

5. Penentuan risiko dan peluang-peluang perlu mengambilkira _____________


keperluan isu dalaman dan luaran.

6. Perancangan untuk mencapai objektif kualiti hendaklah dilakukan _____________


dengan mengambilkiran apa yang perlu dilakukan, sumber-
sumber, tanggjungjawab, tempoh masa dan penilaian terhadapnya
dilakukan.

7. Perubahan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti hendaklah dikawal _____________


mengikut perancangan yang ditetapkan.

8. Ketidakcukupan sumber manusia untuk pelaksanaan Sistem _____________


Pengurusan Kualiti adalah halangan yang besar untuk operasi dan
kawalan keatas proses-prosesnya.

9. Peralatan komputer dan kenderaan yang digunakan untuk tujuan


operasi hendaklah diselenggara dengan berkesan. _____________

10. Kakitangan di organisasi seringkali dilihat bekerja dalam keadaan


tertekan di mana diskriminasi jelas diamalkan dalam syarikat. _____________
11. Organisasi telah mengarahkan Pegawai Sumber Manusia untuk
melaksanakan pengumpulan bahan bacaan seperti standard,
buku-buku rujukan, serta mempamerkan kejayaan projek-projek _____________
penambahbaikan yang telah dilakukan dalam organisasi mereka.

12. Kenalpasti dan analisis keperluan latihan serta pembangunan


kerjaya ialah sebahagian dari proses untuk menilai kelayakan _____________
seseorang pekerja menjalankan tugas.

13. Keperluan pelanggan mestilah disemak terlebih dahulu sebelum


komitmen membekalkan produk kepada pelanggan dipenuhi. _____________

14. Carta Gantt, carta proses boleh digunakan bagi menggambarkan


perancangan dan kawalan untuk penyampaian perkhidmatan. _____________

15. Maklumat berdokumen hendaklah mengandungi kaedah


pengesahan, pengedaran, semakan semula dan status terkini _____________
adalah diwajibkan di dalam pelaksanaan sistem pengurusan
kualiti.

16. Brosur, sebutharga, pertanyaan, proposal ialah dokumen- _____________


dokumen (audit evidence) yang melibatkan pelanggan.

17. Jenis dan kawalan terhadap penyedia perhidmatan luar hendaklah _____________
mempertimbangkan kesan berpotensi perkhidmatan yang
diberikan dan keberkesanan kawalannya.

18. Nombor fail, no. akaun, tarikh pengeluaran boleh digunakan _____________
sebagai identifikasi unik bagi kebolehcarian produk.

19. Output proses yang didapati tidak memenuhi spesifikasi syarikat


akan diasingkan dan dipulangkan semula serta dimaklumkan _____________
kepada pihak pelanggan. Setelah dibuat pembetulan, ianya akan
diperiksa semula sebelum penghantaran.

20. Bancian kepuasan pelanggan, pelanggan yang berulang (repeated _____________


customer) merupakan kaedah untuk menganalisa kepuasan
pelanggan.

21. Audit Dalaman mestilah mengandungi skop, kekerapan dan


kaedah audit, pelaporan audit dan pembetulan dan tindakan
pembetulan.

22. Semakan Pengurusan mestilah mempunyai agenda yang khusus


bagi menilai keberkesanan sistem pengurusan kualiti.

23. Organisasi mungkin perlu mengemas kini risiko dan peluang yang
ditentukan semasa perancangan sebagai salah satu tindakan _____________
pembetulan ke atas ketakakuran.

You might also like