You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG

70450, SENAWANG, SEREMBAN, NEGERI SEMIBILAN







TEMPOH: SEPANJANG TAHUN BERMULA 21 MAC 2011.
SASARAN: SEMUA MURID DAN GURU SK SENAWANG.

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN
JAWATANKUASA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
DAN JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH
PENASIHAT
JAMALUDIN BIN JAAPAR

PENGERUSI
EN HAMDAN BIN MOHD NOR

PENGANJUR
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENYELARAS I
EN ALIAS OMAR

PENYELARAS II
PUAN RAHIMAH IBRAHIM
DAN JAWATANKUASA

PELAKSANA
SEMUA GURU BERTUGAS MINGGUAN DAN SEMUA MURID

BANTUAN DAN SUMBANGAN
SAJI SRI ENTERPRISE (PUAN ZULIAH BT MOHD ZIN)
PENGUSAHA KANTIN SK SENAWANG
KEBERSIHAN SEKOLAH: TANGGUNGJAWAB BERSAMA
PENGENALAN

Pihak sekolah memang mengutamakan kebersihan. Sekolah yang bersih akan menjadikan
pembelajaran lebih selesa dan menyeronokkan. Selain daripada itu, kebersihan sekolah akan
meningkatkan imej sesebuah sekolah. Masalah pembuangan sampah-sarap dan sisa-sisa buangan lain di
kawasan sekolah bukanlah satu perkara baru; bahkan ia telah wujud bersama-sama kewujudan
sesebuah sekolah itu sendiri. Pihak Pentadbir sekolahbertanggungjawab untuk merancang dan
memastikan kebersihan sekolah. Malahan setiap sekolah mempunyai pekerja yang bertanggungjawab
menjaga kebersihan sekolah. Namun, usaha ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama murid dan guru.
Murid-murid harus diberi tanggungjawab bersama-sama menjaga kebersihan sekolah.
Contohnya mereka perlu menjaga kebersihan kelas sendiri dan kawasan sekolah. Penglibatan murid
secara menyeluruh bererti bahawa mereka dididik untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab
dalam aspek kebersihan.
Masyarakat setempat terutama PIBG tidak harus berpeluk tubuh kerana sekolah ialah tempat
untuk anak-anak mereka menuntut ilmu. Mereka juga perlu bertanggungjawab dalam menjaga
kebersihan sekolah. Perkara ini boleh dilakukan dengan mengadakan program gotong royong diantara
guru dan ibubapa dari masa ke semasa. Dengan kerjasama dan kesedaran dari semua pihak tiada sebab
sesebuah sekolah tidak boleh menjadi bersih. Sekiranya sekolah bersih, imej sekolah akan meningkat
dan seluruh warga sekolah akan menjadi bangga.
Sekolah bertanggungjawab dalam segala segi tentang kekotoran dan kebersihan sekolah bagi
memenuhi salah satu peranan pentingnya.Persoalannya, adakah masih wajar dan relevan
tanggungjawab mengurus sisa-sisa buangan ini dibebankan sepenuhnya kepada sekolah? Siapakah
warga sekolah. Murid dan guru. Ibarat sebuah organisasi keluarga, tanggungjawab memakmurkan
keluarga tersebut bukanlah terletak dibahu bapa dan ibu semata-mata. Setiap ahli dalam keluarga
tersebut mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Jika dalam rumah anda tidak kemas, anda pasti berasa tidak selesa. Jika halaman rumah anda
tidak bersih, orang lain akan mengakatan anda pengotor. Tanggapan yang sama oleh pengunjung dari
luar sekiranya mereka mendapati sekolah tidak bersih.
Jika persekitaran sekolah sentiasa bersih, indah dan hijau, seluruh warga Sekolah akan
mendapat penghargaan dan pujian setiap orang termasuk para pelancong dalam dan luar negara.

Jika persekitaran Sekolah sentiasa bersih, indah dan hijau, tahap kesihatan warganya akan meningkat
daripasa kedua-dua aspek jasmani dan rohani. Hanya warga yang sihat sahaja mampu memberi
sumbangan kepada sekolah.
Dengan perkataan lain, jika persekitaran sekolah anda kotor, banyak keburukan yang akhirnya hanya
akan merugikan banyak pihak, antaranya:-
Imej yang tidak baik;
Masalah penyakit akan mudah berjangkit;
Pencemaran alam sekitar akan berlaku seterusnya akan menjejaskan kehidupan generasi akan
datang;
Masalah bencana alam seperti kebakaran, banjir kilat, kemalangan dan sebagainya mudah berlaku;

Peranan dan tanggungjawab guru yang boleh dilaksanakan dalam aspek kerbersihan dan kesihatan
awam dalam sekolah.

Ketika anda berada di sekolah
Jika anda seorang guru, ajar dan didik anak murid anda untuk menggunakan bakul sampah dan tong
sampah dengan betul.
Jika anda seorang ketua, ajar dan didik pekerja supaya tidak membuang sampah merata-rata ketika
di tempat kerja, di perjalanan atau di rumah.
Jika anda seorang kakitangan/pekerja, patuhi polisi majikan anda tentang kebersihan.
Anda juga boleh menganjurkan kempen kebersihan di peringkat organisasi anda dengan melibatkan
semua kakitangan/pekerja anda, atau majikan dan rakan-rakan sekerja anda.
Jika perlu, sediakan peraturan bagi mendenda pekerja/kakitangan atua murid yang didapati
membuang sampah dengan cara yang tidak betul ketika di tempat kerja.
Kumpul semua bahan boleh kitar seperti surat khabar, buku-buku dan majalah lama, kotak kertas
dan sebagainya dalam keadaan kering. Serahkan bahan-bahan tersebut kepada ejen-ejen kitar
semula.






Ketika anda berada di perjalanan

Jika anda sedang berada di atas kenderaan sama ada kenderaan sendiri atau kenderaan awam,
jangan campakkan sampah keluar dari kenderaan yang anda tumpangi.
Jika anda berjalan kaki, jangan buang sampah merata-rata, masukkan sampah/sisa buangan anda
seperti puntung rokok, kulit gula-gula, bungkusan makanan dan sebagainya ke dalam tong sampah.
Jika anda sedang berjalan-jalan atau bersiar-siar, elakkan membuang puntung rokok, bekas
makanan dan sebarang sampah di tangan anda secara merata-rata. Elakkan juga daripada memetik
daun-daun dan bunga-bungaan kerana ini akan mencatatkan keindahan sesuatu tempat.


Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan adalah sebagai berikut :

1. Guru selalu memberi contoh bila membuang sampah selalu di tempatnya.
2. Guru mestilah menegur dan menasihati murid yang membuang sampah terutama pada murid-
murid yang makan dan minum dalam kelas, sampahnya diletak dalam meja.
3. Mencatat nama murid-murid yang membuang sampah sembarangan pada buku salah laku.

OBJEKTIF.

1. Membersihkan kawasan sekolah samada dari segi kebersihan dan juga keceriaan.
2. Memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang bersih dan selesa.
3. Proses mendidik murid-murid mencintai kebersihan.
4. Meningkatkan imej sekolah di mata pelawat.

You might also like