You are on page 1of 2

JOB SCOPE PENGHANTAR NOTIS

Lapor kepada : Pengurus Pentadbiran, Penolong Pegawai Pentadbiran

Jabatan : Pentadbiran

Sikap dan Adab

1. Menjalankan sepenuhnya tanggungjawab seorang Penghantar Notis.


2. Sentiasa memberi salam dengan sopan kepada anggota syarikat dan orang luar.
3. Sentiasa menghormati anggota syarikat yang lain dan orang luar.
4. Tidak mendedahkan apa-apa rahsia dan makluman dalam syarikat kepada orang luar tanpa
kebenaran dari Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Pentadbiran.
5. Ringan tulang dan sentiasa boleh bekerjasama dengan semua anggota dalam menjalankan
aktiviti syarikat.
6. Sentiasa menepati masa dan waktu bekerja dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Kehadiran

1. Menghadirkan diri mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.


2. Bersedia untuk menghadirkan diri ke tempat kerja atas arahan Ketua Pegawai Eksekutif.
3. Permohonan cuti hendaklah dibuat dalam masa 3 hari bekerja. Sekiranya kurang, ia akan
dianggap sebagai EL (emergency leave) dan akan menjejaskan pemarkahan KPI.

Pakaian

1. Sentiasa berpakaian formal dan kemas sepanjang berada di pejabat.


2. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan penampilan diri.
3. Sentiasa menjaga penampilan diri Ketika berurusan dengan pihak luar, agensi atau jabatan
kerajaan bagi menjaga imej syarikat.
4. Sentiasa memakai kasut, berstokin dan berseluar slak warna gelap Ketika membuat
penghantaran surat.

Penghantaran Surat

1. Menerima senarai tugasan daripada Jabatan Pentadbiran dan Kewangan sebagai


menghantar surat rasmi syarikat, menghantar cek untuk ditandatangani dan menghantar cek
ke bank.
2. Menulis dalam buku log senarai tempat yang akan dan tugasan yang perlu dilakukan.
3. Menulis senarai tempat yang akan dihantar ke dalam buku log keluar staf.
4. Memohon tandatangan dan pengesahan daripada Penolong Pegawai Pentadbiran dan
Pengurus Pentadbiran.
5. Menghantar surat dan cek yang telah disenaraikan pada hari yang sama.
6. Membawa pulang salinan surat yang telah dicop terima oleh jabatan atau agensi luar.
7. Memulangkan salinan surat, salinan tandatangan dan pengesahan terima cek kepada
Jabatan yang sepatutnya.
8. Memastikan surat dan cek dihantar dengan tepat dan selamat.
9. Memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab jika terdapat cek atau surat yang
tidak dapat disampaikan kepada pihak yang terbabit.

Pentadbiran

1. Menerima arahan dan tugasan daripada Pengurus Pentadbiran.


2. Memastikan kawasan pejabat sentiasa kemas dan teratur.
3. Memastikan kenderaan syarikat dibawa dengan berhemat dan selamat.
4. Sentiasa bekerjasama dan mengambil bahagian dalam acara yang diadakan oleh syarikat.

Lain-Lain Hal

1. Sentiasa bersedia menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengurus Pentadbiran.

You might also like