You are on page 1of 4

Rujukan : xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Tarikh : xxxxxxxxxxxxxxxx SEMUA STAF FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BIL.

01 TAHUN 2014 - Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber di Fakulti Kejuruteraan

1.

Tujuan Tujuan Surat Pekeliling Am ini ialah untuk memaklumkan tatacara penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber di Fakulti Kejuruteraan. Tujuan utama mewujudkan tatacara ini adalah sebagai garis panduan penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber kepada semua staf. Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Yang Berkaitan (a) Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Kejuruteraan (tingkat 8); (b) Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (tingkat 7); (c) Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Awam (tingkat 8); (d) Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (tingkat 8). Am Semua aspek-aspek lain adalah disebutkan dalam Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber turut terpakai kepada pengguna selain daripada staf Fakulti Kejuruteraan. Tarikh Berkuatkuasa Surat Pekeliling Arahan ini perlulah dilaksanakan mulai dari tarikh Surat Pekeliling ini dikeluarkan.

2.

3.

4.

MARUAH, KEWAJIPAN, INTEGRITI

() Dekan Fakulti Kejuruteraan s.k. Pendaftar

TATACARA PENGGUNAAN KEJURUTERAAN

BILIK

MESYUARAT/BILIK

SUMBER

FAKULTI

1. PENDAHULUAN Tujuan tatacara penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber ini dikeluarkan untuk memberikan panduan kepada Penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Fakulti Kejuruteraan. 2. SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN a) Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber boleh digunakan setiap hari Isnin-Jumaat sahaja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan terhad mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sebarang tambahan atau lanjutan masa boleh dipertimbangkan dengan tertakluk kepada kekosongan dan kelulusan Dekan. Walau bagaimanapun, lanjutan tempoh penggunaan hanya dibenarkan sehingga jam 12 malam sahaja. b) Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Fakulti Kejuruteraan tidak boleh digunakan bagi tujuan pengajaran bersama pelajar. c) Pengguna tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber yang tidak ditempah tanpa kebenaran. d) Pengguna hendaklah memastikan segala peralatan dan kemudahan digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku kerosakan, kemusnahan atau kehilangan terhadap peralatan akibat kecuaian pengguna, Fakulti berhak menuntut gantirugi berdasarkan kos pembaikan atau nilai gentian peralatan tersebut. e) Pengguna tidak dibenarkan menambah atau mengurangkan sebarang peralatan teknikal sedia ada dalam Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber yang digunakan tanpa kebenaran Fakulti. f) Fakulti tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan, kehilangan atau kerosakan harta benda milik pengguna yang diletakkan dalam Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber. g) Fakulti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam tempoh penggunaan.

h) Pengguna adalah bertanggungjawab Mesyuarat/Bilik Sumber yang digunakan.

untuk

menjaga

kebersihan

Bilik

i) Pengguna tidak dibenarkan menampal/melekat bahan-bahan hebahan seperti poster, iklan atau gambar di mana-mana bahagian dinding atau cermin bangunan melainkan setelah mendapat kebenaran Fakulti. j) Pengguna hendaklah mengeluarkan semua harta benda milik penyewa daripada Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Fakulti Kejuruteraan selepas tamat masa penggunaan. k) Fakulti berhak untuk mengambil tindakan atau membatalkan tempahan jika didapati pengguna gagal mematuhi garis panduan atau melanggar peraturan yang disediakan dan tidak akan membayar.

3. ETIKA PENGGUNAAN KEJURUTERAAN

BILIK

MESYUARAT/BILIK

SUMBER

FAKULTI

a) Dilarang berada dalam Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber tanpa kebenaran. b) Sila pastikan telefon bimbit ditutup atau berada dalam mod senyap ketika mesyuarat diadakan. c) Sila pastikan peralatan dan dokumen tidak ditinggalkan selepas perbincangan. d) Sila pastikan papan putih bersih setelah digunakan. e) Sila pastikan kerusi dan meja keadaan tersusun selepas digunakan. f) Buang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan dan pastikan bilik bersih setelah digunakan. g) Pastikan suis ditutup selepas penggunaan bilik.

4. PROSES PERMOHONAN PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT/BILIK SUMBER FAKULTI KEJURUTERAAN a) Permohonan perlu dikemukakan tiga (3) hari sebelum penggunaan. b) Permohonan perlu dimajukan kepada Pegawai yang telah diberi tanggungjawab menjaga tempahan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Fakulti Kejuruteraan, seperti dijadual. Bil Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber 1. 2. 3. Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Kejuruteraan Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Awam Pegawai Bertanggungjawab Pembantu Tadbir Pejabat Am Fakulti Kejuruteraan Pembantu Tadbir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Pembantu Tadbir Kejuruteraan Awam Jabatan

4.

Bilik Sumber Jabatan Elektrik dan Elektronik

Pembantu Tadbir Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

5. PENUTUP Dengan adanya tatacara penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber dapat memberi panduan penggunaan dan penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber dapat dimaksimakan mengikut peraturan sedia ada.

You might also like