You are on page 1of 3

DOKUMEN POLISI FKEE UMP

No Dokumen: 01 Tarikh dokumen: 05/01/2009

POLISI: PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


1.0 Tujuan Polisi

Polisi ini ditulis bagi memberi garis panduan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti penyelidikan di FKEE.

2.0

Daftar Istilah dan Takrifan

Istilah yang digunakan di dalam polisi ini berdasarkan Daftar Istilah umum yang digunapakai.

3.0

Penyata Polisi

3.1

Fasal AM

Setiap aktiviti penyelidikan Fakulti hendaklah diselaraskan di bawah naungan kumpulankumpulan pakar FKEE dan tertakluk kepada polisi penyelidikan Universiti.

Permohonan penyelidikan hendaklah mengikut prosedur yang dikeluarkan oleh pihak RMC. Kertas kerja cadangan penyelidikan perlu mendapatkan kelulusan kumpulan pakar dan seterusnya diluluskan oleh JK R&D peringkat Fakulti sebelum dibawa ke RMC.

Setiap kumpulan pakar digalakkan membuat kerjasama penyelidikan dengan institusi/industri lain.

3.2

Fasal Pernerbitan dari Hasil Penyelidikan

Penyelidikan bergeran hendaklah menghasilkan sekurang-kurangnya satu penerbitan bagi setiap penyelidikan kecuali: a. Ditentukan sebaliknya secara khusus oleh syarat penyelidikan bergeran tersebut, atau b. Ditentukan sebaliknya secara bertulis oleh dekan Fakulti tanpa menjejaskan sebarang syarat-syarat geran penyelidikan tersebut.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Mukasurat 1 / 3

DOKUMEN POLISI FKEE UMP

No Dokumen: 01 Tarikh dokumen: 05/01/2009

3.3

Fasal Perlibatan Staf di dalam Aktiviti Penyelidikan

Staf akademik perlu melakukan kerja-kerja penyelidikan bagi meningkatkan kompetensi di dalam bidang atau jurusan mereka.

Setiap Pensyarah hendaklah memohon geran penyelidikan dan sekiranya diluluskan, Pensyarah tersebut hendaklah, kecuali ditentukan sebaliknya oleh Dekan Fakulti, mengetuai penyelidikan bergeran yang telah diluluskan itu sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun.

Staf akademik dan staf kumpulan teknikal di Fakulti boleh dipertimbangkan untuk menjadi ahli penyelidik.

3.3

Fasal Perlantikan Ketua Penyelidik

Hanya Pensyarah sepenuh masa layak mengetuai aktiviti penyelidikan di Fakulti.

Penyelidik layak mengetuai tidak lebih daripada dua penyelidikan pada satu-satu masa. Permohonan baru akan dipertimbangkan hanya setelah penyelidik menghantar laporan akhir penyelidikan yang terdahulu.

3.4

Fasal Perlantikan Ketua Bidang Pakar dan Ketua Kumpulan Pakar

Ketua Bidang Pakar dipilih oleh JK R&D untuk dikemukakan kepada pihak Universiti.

Ketua Kumpulan Pakar Fakulti dipilih oleh ahli kumpulan pakar berkenaan untuk dikemukakan kepada pihak Pengurusan Fakulti. Tempoh lantikan bagi Ketua Kumpulan Pakar adalah selama dua (2) tahun.

Setiap individu tidak digalakkan menjawat jawatan Ketua Kumpulan Pakar dan Ketua Bidang Pakar secara serentak.

4.0

Lampiran

Lampiran 1: Tanggungjawab Ketua Penyelidik


Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Mukasurat 2 / 3

DOKUMEN POLISI FKEE UMP

No Dokumen: 01 Tarikh dokumen: 05/01/2009

Lampiran 1: TANGGUNGJAWAB KETUA PENYELIDIK

1. Ketua penyelidik hendaklah menyediakan profil penyelidik terkini bagi setiap ahli penyelidik dalam kumpulan tersebut. 2. Ketua penyelidik hendaklah membentangkan kemajuan penyelidikan kepada jawatankuasa R&D Fakulti setiap tiga (3) bulan. 3. Ketua penyelidik hendaklah menyerahkan laporan akhir kepada JK R&D selewat-lewatnya sebulan selepas tempoh penyelidikan tamat. 4. Ketua penyelidik berhak mengganti, menambah atau menamatkan ahli penyelidik sekiranya perlu. 5. Ketua penyelidik hendaklah menyerahkan tanggungjawab penyeliaan penyelidikannya kepada pengganti dari kalangan penyelidik yang terlibat dalam penyelidikan berkenaan sebelum cuti belajar atau menamatkan perkhidmatan atau apabila diarahkan oleh JK R&D Fakulti atas sebab-sebab yang munasabah.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Mukasurat 3 / 3

You might also like