You are on page 1of 12

CONTOH PERAKUAN TAHAN KERJA

SULIT Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh :

Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1-5, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA. Melalui dan Salinan : Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 88604 Kota Kinabalu SABAH. Melalui dan Salinan : Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah _________________________ _________________________ Tuan, PERAKUAN PERINTAH TAHAN KERJA TERHADAP (NAMA PEGAWAI DAN NO. KP) (JAWATAN DAN GRED) (TEMPAT BERTUGAS SEKARANG) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Encik [nama pegawai, jawatan, gred dan tempat bertugas] telah ditangkap oleh polis pada [tarikh pegawai ditangkap] dan ditahan reman selama [jumlah] hari mulai dari [tarikh] hingga [tarikh]. Beliau telah dibebaskan pada [tarikh] oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM [jumlah]. Seterusnya beliau telah dihadapkan di mahkamah [nama mahkamah] pada [tarikh] atas pertuduhan berikut : Nyatakan pertuduhan/pertuduhan-pertuduhan yang dihadapkan ke atas pegawai berkenaan.

-2-

3. Berdasarkan Peraturan 32(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, selaku Ketua Jabatan saya mengesyorkan supaya Encik [nama] dikenakan Perintah Tahan Kerja berkuatkuasa mulai dari tarikh beliau ditangkap iaitu [tarikh] dengan dibayar separuh daripada emolumen bulanannya. Ini adalah kerana [NYATAKAN ALASAN-ALASAN TUAN MENGAPA PEGAWAI BERKENAAN DISYORKAN PERINTAH TAHAN KERJA SELARAS DENGAN PERATURAN 44(2), PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993] ATAU 4. Berdasarkan Peraturan 32(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, selaku Ketua Jabatan saya mengesyorkan supaya Encik [nama] tidak dikenakan Perintah Tahan Kerja. Ini adalah kerana [NYATAKAN ALASAN-ALASAN TUAN MENGAPA PEGAWAI BERKENAAN DISYORKAN TIDAK DIKENAKAN PERINTAH TAHAN KERJA] 5. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti berikut : 5.1. 5.2. 5.3. 5.4. Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemas kini. Salinan surat pertuduhan mahkamah Salinan surat mahkamah [Lain-lain maklumat yang berkaitan.]

Sekian, terima kasih.

. [Pegawai Pelapor dan Cop Rasmi Jawatan

CONTOH PERAKUAN GANTUNG KERJA


SULIT Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh :

Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1-5, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA. Melalui dan Salinan : Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 88604 Kota Kinabalu SABAH. Tuan, PERAKUAN PERINTAH GANTUNG KERJA MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 TERHADAP (NAMA PEGAWAI DAN NO. KP) (JAWATAN, GRED DAN TEMPAT BERTUGAS) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa (Nama Pegawai, Jawatan, Gred dan Tempat Bertugas) telah dituduh melakukan kesalahan (Nyatakan Kesalahan) di bawah Seksyen (Kod Seksyen) Enakmen Jenayah Syariah di Mahkamah Rendah Syariah.. atas pertuduhan berikut : Nyatakan pertuduhan Mahkamah Rendah Syariah tersebut. Disertakan salinan surat pertuduhan tersebut. 3. Dalam perbicaraan yang telah diadakan pada (tarikh), Mahkamah Rendah Syariah ....berkeputusan (nama pegawai) telah disabitkan atas kesalahan tersebut dan didenda (nyatakan keputusan mahkamah). Disertakan salinan surat keputusan mahkamah.

-2-

4. Sehubungan itu, selaras dengan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, selaku Ketua Jabatan saya mengesyorkan supaya (nama pegawai) dikenakan Perintah Gantung kerja berkuat kuasa mulai dari tarikh beliau disabitkan kesalahan iaitu pada (tarikh keputusan mahkamah). 5. Selain itu selaku Ketua Jabatan (nyatakan ulasan tuan terhadap keseriusan kesalahan yang telah dilakukan berbanding dengan setakat sabitan itu telah memburukkan nama perkhidmatan awam) Sekian, terima kasih.

. (Pegawai Pelapor dan Cop Rasmi Jawatan)

CONTOH PERAKUAN KES KELUAR NEGARA TANPA KEBENARAN KETUA JABATAN


SULIT
Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1-5, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA. Melalui dan Salinan : Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 88604 Kota Kinabalu SABAH. Tuan, PERAKUAN TATATERTIB MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 TERHADAP (NAMA PEGAWAI DAN NO. KP) (JAWATAN DAN GRED) (TEMPAT BERTUGAS) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa (nama, jawatan, gred, tempat bertugas) telah didapati melakukan kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. BUTIR-BUTIR PEGAWAI 3.1. 3.2. 3.3. 3.4. 3.5. 3.6. 3.7. 3.8. 3.9. 3.10. 3.11. 3.12. 3.13. Nama Dan No. Kad Pengenalan : Tarikh Lahir/Umur : Tarikh Mula Dilantik dalam Perkhidmatan Kerajaan : Tarikh Dilantik Dalam Jawatan Sekarang : Tarikh Disahkan Dalam Jawatan Sekarang : Jawatan Sekarang : Jawatan Semasa Pelanggaran Tatatertib : Taraf Jawatan : Gaji Sekarang/Tangga Gaji : RM Tarikh Pergerakan Gaji : Jabatan Sekarang : Jabatan Semasa Pelanggaran Tatatertib : Rekod Tindakan Tatatertib : Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh :

Bersama-sama ini disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang lengkap dan kemaskini sebagai Lampiran A.

-24. LATAR BELAKANG KES 4.1. Adalah dimaklumkan bahawa satu laporan telah diterima daripada Badan Pencegah Rasuah melalui surat BPR/PK:30/5/11.9 bertarikh 7.10.2005 seperti mana di Lampiran B berkaitan dengan tindakan (nama, jawatan, gred, tempat bertugas) yang telah didapati keluar Negara tanpa mendapat kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu seperti berikut : Bil. 1. 2. 3. 4. 4.2. Tarikh 17.12.2007 hingga 24.12.2007 19.7.2008 hingga 20.7.2008 13.12.2008 hingga 18.12.2008 7.11.2009 hingga 5.12.2009 Korea Brunei Mindanao, Filipina Kalimantan, Indonesia Negara

Saya telah mengemukakan surat kepada pihak Imigresen bagi mendapatkan pengesahan jabatan tersebut berkaitan dengan tarikh-tarikh serta negara yang dilawati oleh pegawai melalui surat (nyatakan rujukan surat dan tarikh). Salinan surat tersebut sebagai Lampiran C. Pihak Imigresen melalui surat (nyatakan rujukan surat dan tarikh) telah memaklumkan bahawa ..(nyatakan perkara yang terdapat dalam surat Imigresen). Salinan surat tersebut sebagai Lampiran D. Berikutan itu pada (nyatakan tarikh) selaku Ketua Jabatan saya telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai serta mengemukakan surat bagi mendapatkan penjelasan belliau secara bertulis berhubung perkara tersebut melalui surat (nyatakan rujukan surat dan tarikh). Salinan surat tersebut sebagai Lampiran E. Pegawai berkenaan ada mengemukakan penjelasan berhubung perkara tersebut. Beliau memaklumkan (nyatakan penjelasan yang diberikan pegawai. Nyatakan sama ada penjelasan tersebut secara lisan/bertulis). Salinan surat sebagai Lampiran F dan salinan passport sebagai Lampiran G. Oleh yang demikian tindakan pegawai berkenaan yang telah keluar negara tanpa mendapat kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu adalah tidak mematuhi surat Pekeliling Am Bil.1 Tahun 1984. Perbuatan beliau itu telah melanggar Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu ingkar perintah atau berkelakukan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.

4.3.

4.4.

4.5.

4.6.

5. Selaku Ketua Jabatan saya berpendapat *Nyatakan ulasan serta syor tuan terhadap pelanggaran tatatertib yang dilakukan oleh pegawai berkenaan]

Sekian, terima kasih.

Pegawai Pelapor dan Cop Rasmi Jawatan]

-3-

s.k.

Pengarah Badan Pencegah Rasuah ___________________ ___________________ ___________________

Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah ______________________ ______________________

CONTOH SURAT PERAKUAN PENAMATAN PERKHIDMATAN


Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh : Ketua Pengarah Pendidikan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Perkhidmatan Aras 6-7, 3 Blok C2 Parcel C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA. Melalui dan Salinan : Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sumber Manusia Aras 1-5, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA. (u.p. ) Melalui dan Salinan : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 88604 Kota Kinabalu SABAH. Tuan, Cadangan Perakuan Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam di Bawah Peraturan 49 Peraturan-Peraturan Pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Terhadap En.. No. KP: Pekerja Rendah Awam Gred R1 SMK .. Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa EnPekerja Rendah Awam Gred R1 di SMK merupakan seorang pegawai yang bermasalah. Selain dari itu, beliau juga sering kali tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab-sebab yang munasabah pada tempoh tertentu mulai tahun 2007 hingga sekarang.

-23. Butir-Butir Diri Pegawai


3.1. 3.2. 3.3. 3.4. 3.5. 3.6. 3.7. 3.8. 3.9. 3.10. 3.11. 3.12. Nama Dan No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir/Umur Jawatan/Gred Tarikh Mula Dilantik dalam Perkhidmatan Kerajaan Jawatan Sekarang Tarikh Dilantik Dalam Jawatan Sekarang Tarikh Disahkan Dalam Jawatan Sekarang Taraf perkhidmatan pegawai Memilih KWSP/Pencen Jawatan semasa pelanggaran Tatatertib dilakukan Gaji sekarang dan mata gaji Tarikh Pergerakan Gaji : : : : : : : : : : : :

Bersama-sama ini dikemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemaskini seperti di Lampiran A. 4. Latar Belakang Kes En.. telah dilantik sebagai Pekerja Rendah Awam Gred R1 pada 1.6.2005. Pada 1.6.2006 beliau telah disahkan dalam jawatan sebagai Pekerja Rendah Awam Gred R1. En. telah berkhidmat di SMK pada 1.6.2005 hingga sekarang. 4.1. Masalah Kesihatan En didapati menghidap penyakit psikiatrik (Schizophrania). Tempoh yang dikenal pasti beliau menghidapi penyakit tersebut ialah pada Mei 2007 hingga sekarang. Beliau telah menerima rawatan di Hospital Daerah dan juga Hospital Mesra, Bukit Padang, Kota Kinabalu. Biasanya walaupun pekerja ini tidak menunjukkan prestasi kerja yang tinggi, namun beliau masih mampu untuk menjalankan tugas-tugas minimum di bawah pengawasan pentadbiran sekolah. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini adalah diperhatikan beberapa ciri kelakuan yang membimbangkan pihak sekolah. 4.2. Prestasi Kerja Merosot 4.2.1. Dimaklumkan bahawa En.. telah menunjukkan prestasi kerja yang merosot sejak tahun 2008. Beliau tidak menjalankan tugas-tugas yang diarahkan malah akan bersikap agresif dan marah-marah apabila ditegur oleh pihak pentadbir. En juga lebih suka duduk bersendirian dan kadangkala tersenyum seorang diri. 4.2.2. Semasa datang bertugas beliau tidak mengenakan pakaian yang sesuai. Beliau datang ke sekolah dengan rupa diri yang tidak terurus. Beliau juga pernah datang ke sekolah dengan hanya memakai kain sarong dan seluar pendek.

-34.2.3. Keadaan En.semakin merosot apabila beliau mula meninggalkan tugas. Belia tidak mengikut peraturan waktu bekerja dan datang ke sekolah secara otomatik termasuk hari Ahad dan Kelepasan Am. En berada di kawasan sekolah hanya untuk beberapa jam sahaja dan biasanya beliau akan balik awal. Beberapa surat amaran dan peringatan telah dikeluarkan kepada En mengenai perkara di atas tetapi keadaan beliau masih tidak berubah. Dikepilkan surat-surat amaran dan teguran yang telah dikeluarkan kepada beliau berkenaan sebagai Lampiran B. 4.3. Tidak Hadir Bertugas Pada Tahun 2009 4.3.1. Dimaklumkan bahawa En.. telah didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab-sebab yang munasabah pada tarikh-tarikh berikut : Tahun 2009 Bulan Jun Julai Ogos September : : : : Tarikh 16,17,18,19,22,23,24,25,26,29,30 1 hingga 31 (1 bulan) 1 hingga 31 (1 bulan) 2,3,4,7,8,9,10,11

Disertakan salinan fotostat Rekod Jadual Kedatangan Pekerja Sekolah SMK. .. bagi tahun 2009 sebagai Lampiran C. 4.3.2. Sehubungan itu, dua pucuk surat arahan panggil balik bertugas secara A.T Berdaftar telah dikemukakan beliau: (i) Ruj. Bil.. yang bertarikh ...sebagai Lampiran D (ii) Ruj. Bil.. yang bertarikh ...sebagai Lampiran E 4.3.3. Pengetua SMK.. telah berusaha menangani masalah ketidakhadiran pegawai tersebut dengan pelbagai cara seperti memberikan nasihat serta teguran supaya pegawai lebih bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai seorang kakitangan kerajaan. Mulai dari 13.10.2009 pegawai telah kembali bertugas ke sekolah tetapi hanya duduk di atas tangga bangunan sekolah tanpa membuat kerja. 4.4. Kesihatan Yang Tidak Memuaskan 4.4.1. Selain itu kesihatan mental pegawai adalah di dalam keadaan yang tidak memuaskan. Dalam tahun-tahun tertentu En telah mengambil cuti sakit panjang kerana mendapat rawatan di Hospital Daerah dan Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah. Berikut dinyatakan tarikh-tarikh cuti sakit yang diambil oleh pegawai:-

-4Tahun 2006 Bulan Jan/Februari Mac Tahun 2007 Bulan Mei Tahun 2008 Bulan Jun/Julai Tahun 2009 Bulan September : Tarikh 13/9 hingga 29/9 (13 hari) : Tarikh 3/6 hingga 3/7 (30 hari) : Tarikh 19/5 hingga 10/6 (23 hari) : : Tarikh 21/1 hingga 14/2 (15 hari) 15/2 hingga 25/2 (17 hari) 26/2 hingga 8/3 (10 hari) 9/3 hingga 16/3 ( 8 hari)

5. Pihak sekolah telah merujuk ke Jabatan Pelajaran Sabah supaya ditubuhkan Lembaga Perubatan untuk memeriksa kesihatan bagi Persaraan Atas Sebab Kesihatan Di Bawah Seksyen 10(5), Akta Pencen 1980 (Akta 227), melalui surat yang bertarikh . tetapi pihak sekolah menghadapi kesukaran untuk membawa En untuk menjalani pemeriksaan perubatan bagi tujuan di atas. Surat temu janji juga telah dikeluarkan sebanyak tiga kali untuk pemeriksaan ke atas En. tetapi pegawai ini gagal untuk hadir ke hospital berkenaan. Dikemukakan salinan surat berkaitan sebagai Lampiran F. 6. Sehubungan itu berdasarkan kuasa di bawah Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, saya dengan ini memperakukan supaya En ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam. Dengan yang demikian, kes En. dikemukakan untuk pertimbangan tuan sewajarnya. 7. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, Pertimbangan dan kelulusan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

(Nama :

Pengetua SMK..

You might also like