You are on page 1of 3

CONTOH PERAKUAN GANTUNG KERJA

SULIT Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh :

Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1-5, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA. Melalui dan Salinan : Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 88604 Kota Kinabalu SABAH. Tuan, PERAKUAN PERINTAH GANTUNG KERJA MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 TERHADAP (NAMA PEGAWAI DAN NO. KP) (JAWATAN, GRED DAN TEMPAT BERTUGAS) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa (Nama Pegawai, Jawatan, Gred dan Tempat Bertugas) telah dituduh melakukan kesalahan (Nyatakan Kesalahan) di bawah Seksyen (Kod Seksyen) Enakmen Jenayah Syariah di Mahkamah Rendah Syariah.. atas pertuduhan berikut : Nyatakan pertuduhan Mahkamah Rendah Syariah tersebut. Disertakan salinan surat pertuduhan tersebut. 3. Dalam perbicaraan yang telah diadakan pada (tarikh), Mahkamah Rendah Syariah ....berkeputusan (nama pegawai) telah disabitkan atas kesalahan tersebut dan didenda (nyatakan keputusan mahkamah). Disertakan salinan surat keputusan mahkamah.

-2-

4. Sehubungan itu, selaras dengan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, selaku Ketua Jabatan saya mengesyorkan supaya (nama pegawai) dikenakan Perintah Gantung kerja berkuat kuasa mulai dari tarikh beliau disabitkan kesalahan iaitu pada (tarikh keputusan mahkamah). 5. Selain itu selaku Ketua Jabatan (nyatakan ulasan tuan terhadap keseriusan kesalahan yang telah dilakukan berbanding dengan setakat sabitan itu telah memburukkan nama perkhidmatan awam) Sekian, terima kasih.

. (Pegawai Pelapor dan Cop Rasmi Jawatan)

You might also like