Professional Documents
Culture Documents
Tuan/Puan,
Sukacitanya Suruhanjaya ini menawarkan tuan/puan pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
seperti berikut:
Syarat-syarat Tawaran
2. Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut dan tuan/puan dikehendaki:
Sebelum melapor diri:
(a) melengkapkan dan menandatangani Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan ;
(b) menjalani pemeriksaan kesihatan dan diperakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar (pegawai
perubatan kerajaan/swasta) dengan menggunakan Borang Pemeriksaan Perubatan;
(c) membuat Akuan Berkanun di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah dengan
menggunakan Surat Akuan Sumpah;
Semasa/ Selepas melapor diri:
(d) melengkapkan dan menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Ketua Jabatan dengan menggunakanSurat
Aku Janji; dan
(e) menjalani dan lulus tapisan keselamatan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
(KPKK) sama ada sebelum disahkan dalam perkhidmatan atau dalam tempoh setahun mulai tarikh
tuan/puan disahkan dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun, tuan/puan hendaklah mengemukakan
borang tapisan keselamatan ke Pejabat KPKK dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri bertugas.
*Peringatan:
(a) Surat tawaran ini terbatal sekiranya tuan/puan tidak melapor diri BERTUGAS dalam tempoh 30 hari dari
tarikh arahan penempatan.
(b) Tuan/Puan dinasihatkan untuk menyimpan satu salinan semua dokumen seperti di perenggan 2 bagi tujuan
rekod.
Syarat hadir dengan jayanya PTM yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan adalah dikecualikan bagi
pegawai-pegawai yang telah menghadiri dengan jaya PTM atau hadir dengan jaya Kursus Induksi atau lulus
Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.
5. Sebarang permohonan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman terdahulu hanya
akan dipertimbangkan sekiranya dikemukakan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh lantikan.
6. Suruhanjaya ini boleh meminda tawaran pelantikan ini sekiranya maklumat lantikan yang tidak tepat atau
membatalkan tawaran pelantikan ini jika didapati maklumat yang dikemukakan adalah palsu.
7. Tawaran pelantikan tuan/puan ini adalah tertakluk kepada apa-apa semakan oleh Kerajaan kepada terma dan
syarat perkhidmatan dari semasa ke semasa.