You are on page 1of 10

Laporan Pertandingan Futsal Kolej Kediaman

Pada 17 Mei 2015, Majlis Tertinggi Kolej Kediaman (MTKK) dengan kerjasama
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menganjurkan pertandingan futsal
kolej kediaman pelajar di gelanggang futsal Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM). Terdapat 5 buah pasukan yang menyertai pertandingan ini dan permainan diadakan
secara liga manakala pemenang akan diadili melalui pungutan mata pada setiap jaringan gol
yang diperoleh. Setiap pasukan terdiri daripada 8 orang pemain iaitu 5 pemain tetap, 2
simpanan dan seorang pengurus pasukan.
Acara dimulakan dengan penerangan khas oleh pengarah program mengenai peraturan
permainan kepada setiap pengurus pasukan. Kemudian, setiap kumpulan diberi masa selama
15 minit untuk mengadakan sesi regangan sebelum permainan dimulakan. Masa perlawanan
adalah 7-1-7 dimana 7 minit sesi pertama, 1 minit rehat serta pertukaran gelanggang dan 7
minit sesi kedua. Pertandingan bermula pada pukul 9 pagi dan berhenti sebentar pada pukul
11.00pagi kerana turunnya hujan membasahi lantai futsal dan menyukarkan perlawanan
pertandingan berlangsung.
Perlawanan diteruskan lagi 15 minit selepas itu dan berakhir pukul 12.30tengah hari.
Markah dikira oleh Pengarah program, dan keputusan untuk Johan pertandingan futsal ini
adalah milik pasukan Lipan Bara manakala di tempat kedua adalah pasukan Lintah Besi dan
tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Blacks. Johan telah menerima wang tunai sebanyak
RM300.00 beserta medal emas dan naib johan menerima wang tunai sebanyak RM150.00
beserta medal berwarna perak. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua
Unit Kebudayaan merangkap sebagai Felo Kolej Kediaman, Cik Safina bt Dzulkepli diiringi
oleh Felo Kolej Kediaman, Encik Rizal b Abu Bakar.
Disediakan oleh,

(Syarifah bt Bahraini)
Setiausaha Agung
Majlis Tertinggi Kolej Kediaman,
Universiti Pertahanan Nasional Mslaysia.

You might also like