You are on page 1of 8

1.

0 Sebelum Pada penggal 13 mac 2013 institiut Pendidikan Guru Bahasa Antarabangsa telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) kali ke-11. Antara tujuan utama kejohanan ini diajurkan adalah untuk mencari bakat guru pelatih didalam bidang kesukanan. Pada penggal ini seluruh warga Pismp Ambilan Januari 2011 telah

dipertanggungjawabkan menjadi penganjur. Hal ini juga selaras dengan kehendak sukatan atau proforma pengajian bagi kursus WAJ3112 Olahraga yang dihadapi oleh pelajar Pismp Ambilan Januari 2011.selain itu juga ia merupakan sebagai pededahan awal kepada bakal guru tentang kaedah untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan disekolah nanti. Setelah taklimat selesai dilaksanakan tentang tugasan menganjurkan kejoahan Olahraga tahunan ,ke semua pelajara Pismp Ambilan Januari 2011 ,telah mengadakan satu mensyuarat perlantikan ahli jawatankuasa pengajur kejohanan. Semua pelajar dikehendaki terlibat kerana ia merupakan satu tugasan yang akan dinilai oelh pensyarah yang mengelola mata pelajaran ini dan penglibatan ini adala diwajibkan . hasil daripada mensyuarat tersebut , senarai ahli jawatankuasa pelaksanaan kejohanan yang terpilih adalah seperti berikut: Ketua Penolong Ketua Setiausaha Penolong Setiausaha Ahli Jawatankuasa Balapan Padang Statistik Padang Dan Teknikal : : : Hazim Syahmi Razif Bin Bin Kaur Sajali Abu (Tesl B)

Muhammad Reshmi

Hassan (Tesl

(Math) C)

: Nora Amirah Bt. Dollah : : Tuan Mohamad Syahidan Bin Tuan Ismail (Tesl E) : : : Nurul Izzah Bt Tanin Bin Bin Bin Bin Mat (Tesl Shukri Mohamad Omar Abu (KS (KS (Tesl Yusof B) A) B) D)

Gwendolyn Muhamad Mohamad Syamer

Naqiuddin Syafeez Razif

Protokol

Mohd Muhammad

Hassan

(Math)

Perbarisan

Abdul

Aziz

Bin

Mohd

Taha

(Tesl

A)

Sponsor

: Nuru Nadia Hidayani Bt Nor Mahamad (Tesl D) Muhammad Syazwan Bt Bin Hamdan Muharam (Tesl D)

Buku Program & Dokumentasi

Haryani

(PSV)

Setelah tamatnya pemilihan ahli jawatan kuasa ,satu perjumpuan telah diadakan oleh ketua kejohanan iaitu Hazim Syahmi bersama-sama ahli-ahli jawatan kuasa yang lain ini bertujuan untuk menerangkan kepada ahli-ahli lain tentang tugas-tugas dan peranan bagi setiap ahli jawatankuasa. Peranan bagi ketua kejohanan adalah memantau dan memastikan ahli-ahli jawatankuasa yang lain memahami dan menjalankan tugas yang telah diberikan. Manakala peranan penolong ketua pula adalah membantu kerja-kerja pemantauan dan pemerhatian semasa ketiadaan ketua. Setiausaha dan penolong setiusaha pula berperanan untuk mengeluarkan memo mesyuarat, membuat kertas kerja, dan mencatat segala isi perbincangan semasa mesyuarat diadakan. Manakala untuk setiap ahli jawatankuasa kecil peranan adalah berbeza mengikut tugasan yang telah diberikan. Antara tugas Ajk Balapan ialah bertanggungjawab dalam mengawal kelancaran sesuatu acara yang berkaintan dengan balapan serta menjadi pengawai kepada setiap acara balapan. Manakala, Ajk padang pula bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran acara padang serta menjadi pegawai kepada acara pada. Begitu juga dengan tugasan Ajk-Ajk yang lain. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam setiap bahagian acara yang bakal dilaksanakan. Setelah penerangan selasai kepada setiap ahli jawatankuasa, mereka dikendaki menerangkan pula kepada pembantu-pembantu mereka yang terdiri daripada ahli kelas masing-masing. Kelas kami kajian sosial B telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakn trek pada bersama-sama kelas Kajian Sosial A. Kami dikehendaki membuat trek larian pada berdasarkan ukuran yang telah diberikan oleh pensyarah sebelum memulakan tugasan sedikit taklimat telah diberkan oleh pensyarah bagi memastikan kami jelas tentang bagaimana kaedah perlaksanaan trek dilakukan. Ini

bertujuan untuk memudahkan kami supaya tidak melakukan kesilapan semasa melaksanakan tugasan. Setelah selesai taklimat tersebut kami memutuskan untuk melaksanakan tugasan penyediaan padang pada minggu itu juga. Pada permulaan tugasan keadaan agak menjadi kucar kacir kerana ia merupakan pengalaman pertama kali dalam melaksanakan tugasan ini. Selain itu faktor alam yang kurang mengizinkan menyebabkan tugasan ini tergendala beberapa ketika akibat hujan . Hal ini telah mengakibatkan masa yang diambil untuk menyiapkan trek padang agak memakan masa. Selain peralatan yang digunakan semasa membuat garisan pada sudah lapuk dan sukar untuk digunakan hal ini menyebabkan keadaan garisan yang dihasilkan agak tidak setabil dan bengkok. Namun setelah beberapa rujukan dibuat kepada pensyarah yang berpengalaman serta berkat komitmen yang dipertonjolkan oleh kesemua ahli ,akhirnya tugasan tersebut telah berjaya disiapakan juga. Seterusnya setelah kesemua perancangan telah dilaksanakan oleh setiap bahagian Ajk maka kesemua ahli sudah bersedia memulakan kejohanan. Pada 4

hingga 5 Mac 2013 sukan tara telah diadakan dua hari secara berturut-turut. Pada 4 haribulan rumah sukan yang terlibat ialah rumah hijau dan biru manakala untuk 5 haribulan pula rumah yang terlibat ialah rumah kuning dan rumah merah. Tujuan perlaksanaan sukan tara pada dua hari ini adalah untuk mengelak terjadinya kesesakan pada satu-satu acara sebagaimana terjadi pada kejohanan sukan tara pada tahuntahun lepas. Pihak penganjur telah mendapat reaksi yang positif dari pensyarahpensyarah sebaik sahaja tamat sukan tara ini. Hal ini kerana kecekapan setiap ahli dalam mengelola bahagian masing-masing telah berlaku secara lancar tanpa sebarang masalah. Seterusnya selepas terlaksananya sukan tara, kami beralih semula ke acara berikutnya iaitu acara merentas desa . Kelas yang terlibat dalam pengajuran kejohanan merentas desa ini ialah daripada kelas Pismp PSV dan Pismp Tesl A. Jalan untuk larian telah dipilih oleh pihak penganjur dan sebulat suara untuk melalui jalan mengelilingi IPG KBA daripada sebelah luar dan juga dalam. Oleh kerana mengalami kekakangan masa tidak dapat menghubungi polis untuk bantuan trafik maka trek ini dijadikan pilihan pihak

penganjur untuk melaksanakan acara ini. Markah yang diperolehi oleh setiap ahli rumah sukan akan dikumpul dan dimasukkan secara keseluruhan rumah sukan. Melalui perancangan yang rapi, kejohanan merentas desa berakhir dengan jayanya tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Seterusnya beberapa acara saringan turut dipertandingkan antaranya ialah acara sukan yang dipertandingkan sebelum hari kejohanan termasuklah acara lari 1500 m, lari 800 m, lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing, lompat jauh, lompat tinggi dan tarik tali. Hal ini kerana agak mustahil untuk menyempurnakan kesemua acara ini pada hari kejohanan nanti. Walaupun pada akhirnya acara ini dapat berjalan baik namun,ianya tetap tidak boleh lari daripada situasi yang memaksa pihak penganjur untuk menunda acara ini kerana masalah keadaan cuaca yang kurang mengizinkan untuk para peserta turun ke padang. Setelah beberapa hari ditunda, akhirnya acaraacara ini berjaya juga diselesaikan mengikut pelan perancangan sebelum ini. Berakhirnya acara saringan maka selesailah sudah persiapan utama pihak penganjur untuk melansungkan acara yang bakal dilansungkan.penentuan pada hari kejohanan yang bakal dilansungkan nanti iaitu pada 13 Mac 2013 . Sehari sebelum menjelangnya hari Kejohanan Olahraga Tahunan, satu raptai telah diadakan pada petang 12 Mac 2013. Tujuan raptai ini diadakan bertujuan untuk memastikan segala perangcangan dan teknikal dapat berfungsi dengan baik serta berjalan dengan lancar pada hari kejohanan sebenar . Hasil daripada raptai yang telah dibuat,beberapa asal terpaksa diubah kerana kuatir akan menjejaskan kelancaran perjalanan majlis pada keesokan harinya. Rehearsal pada petang itu tamat pada jam 7.00 petang. 2.0 Semasa Pada tarikh 13 mac 2013 maka bermulalah Kejohanan Olahraga Tahunan yang telah dinantikan . Ini merupakan kejohanan yang pertama dianjurkan dari kumpulan kumpulan Pismp Ambilan Januari 2011. Hal ini membuatkan KOT ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.Lokasi kejohanan ini dilaksanakan di padang Institiut Perguruan Bahasa Anatarabangsa seperti tahun sebelumnya. Ia bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan ketibaan VIP yang terdiri daripada Pengarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antara Bangsa iaitu Raja Azizah Hanim Bt. Raja Abd Aziz serta timbalan pengarah iaitu Puan Zuraidah Bt. Abd Majid. Ini turut diiringi oleh ketuai unit kokurikulum Encik Baseni Bin Jantra dan para pensyarah-pensyarah lain. Kedatang Tuan Pengarah disambut dengan persembahan silat yang dipersembahkan oleh saudara Mohd Izzat dari Pismp Kajian Sosial Ambilan Januari 2011. Sebaik sahaja selesai persembahan Tuan Pengarah beserta pensyarah lain dijemput untuk duduk di khemah VIP yang telah disediakan. Seterusnya ,bermulalah upacara Perbarisan Lintas Hormat yang di ketuai oleh saudara Ajmal yang diiringi oleh para pengawai dari setiap rumah yang membawa bendera kejohanan telah dijalankan menggelilingi padang IPG KBA. Linatas hormat yang pertama dimulakan oleh dari kontijen pengakap dan diikuti oleh pasukan Padu Putri. Seterusnya diikuti dengan kontijen Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kadet Remaja Sekolah. Bagi perbarisan rumah sukan, rumah sukan Syahbandar iaitu rumah kuning diketuai oleh saudara Aziz telah memulakan perbarisan diikuti rumah merah iaitu Bendahara diketuai oleh saudara Syafiq Fauzan dan rumah biru Laksamana dan terakhir rumah hijau iaitu Temenggung. Perbarisan ini turut disertakan dengan persembahan kawad kaki formasi yang mantap oleh setiap kontijen rumah sukan. Acara diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan bacaan Doa oleh saudara Alif Talaha dari Pismp Kajian Sosial Ambilan Januari 2011. Seterusnya sebaik sahaja selesai bacaan doa ia dteruskan bacaan ikrar kejohanan daripada wakil pelajar IPG KBA iaitu saudara Zulfikar dilafazkan. Bacaan ikrar sukan menyatakan peserta-peserta Kejohanan Olahraga Tahunan akan mengambil bahagian dengan semangat kekitaan dan mendukung cita-cita murni ke arah kejayaan institut. Ucapan pengarah dilansungkan sebaik sahaja tamat bacaan doa sebagai ucapan perasmian KOT kali ke 11. Kemudian ia diikuti dengan simbolik dengan larian membawa obor oleh saudara Zulfikar mengeliling padang dan menyerahkan obor tersebut kepada Pengarah IPG KBA untuk menyalakan obor perasmian menandakan kejohanan telah bermula. Bagi meneruskan lagi gimik perasmian , Tuan pengara beserta timbalannya mendandatangani kain rentang yang tertulis Kejohanan Olahraga

Tahunana Kali Ke-11. Sebaik sahaja selesai proses mendatangani diatas kain rentang tersebut beberapa buah belon dilepaskan ke udara membawa banner kejohanan

menghiasi ruang udara IPG KBA. Setelah upacara perasmia selesai, upaca penyampaian cenderahati oleh Ketua KOT iaitu saudara Hazim Syahmi bin Sajali kepada pengarah IPG KBA. Setelah selesai sahaja ucapan pengarah maka bermula acara yang dinantikan , acara kejohanan dimulai dengan senam erobik selaku pembuka tirai kepada acara yang telah dinantikan .Senam robik mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada para pensyarah dan semua peserta pada kejohanan. Senamrobik ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubangan antara penysarah dan pelajar di institiut perguruan. Seterusnya aktiviti lain yang turut dijalankan adalah pertandingan teka kacang . pertandingan ini juga turt mendapat sambutan yang baik kerana sangat menghiburkan peserta walaupun agak sukar untuk dipertandingkan kerana ia mempunyai cabaran tersendiri. Penyertaan yang meggalakkan daripada para pensyarah dan juga guru-guru pelatih yang sedaya upaya meneka jumlah kacang dengan pelbaga cara dan gelagat masing-masing. Selain itu, promosi produk kesihatan daripada Salonpas memeriahkan lagi KOT IPG KBA kali ke-11 ini. Produk turut memberi bungkusan percubaan kepada para hadirin. Tepat pada jam 9.15 pagi maka berlansunglah acara trek padang . Ia dimulakan dengan acara 100 meter perempuan dan lelaki. Acara ini sangat mencuri tumpuan kerana ia merupakan acara utama pada setiap kali Kejohanan Olahraga Tahunan . Sebaik sahaja selesai acara tersbut upacara penyampaian hadiah terus dilangsungkan bagi acara-acara yang telah dipertandingkan seperti lontar peluru dan lempar cakra. Seterusnya kejohanan ini juga diteruskan lagi dengan acara 400 meter perempuan dan lelaki yang juga turut disambut baik dan meriah. Setelah itu, upaca penyampaian hadiah bagi acara larian jarak jauh. Seterusnya kejohan ini diteruskan lagi kemeriahannya dengan persembahan seni silat IPG KBA yang diketuai oleh saudara Mohd Izzat B Norazam . Persembahan yang cukup bersemangat cukup memukau penonton yang menontonnya. .

Persembahan ini mengimbau semangat orang dahulu dalam mempertahankan negara dan sehingga ke hari ini silat menjadi seni mempertahankan diri yang dapat diguna pakai untuk mempertahankan diri. Setelah selesai persembahan seni silat , kejohanan diteruskan dengan ppertandingan Cheerleading. Ia dimulakan dengan wakil dari kumpulan rumah merahh dan seterusnya diikuti biru, hijau dan kuning. Setiap rumah mengenakan pakaian yang menarik dan bersesuai dengan tema masa hadapan. Selain mempamerkan pergerakkan yang cukup memukau ia juga juga memasukkan tema dan gaya persembahan yang mengasyikkan yang disertakan dengan rentak muzik terkini. Seterusnya sekali lagi acara penyampaian hadiah dilansungkan bagi kali ketiga. acara 100 meter lari berpagar bagi lelaki dan perempuan dilangsungkan sebelum upacara penyampaian hadiah bagi sesi keempat. Kemudian acara terakhir bagi KOT adalah acara trek berpasukan iaitu emapt kali 100 meter lelaki dan perempuan. Acara ini cukup hebat kerana setiap peserta

sememangnya sama hebat dalam larian mereka masing. Cabaran yang diberikan oleh pelari-pelari sangat terbaik dari setiap rumah masing-masing. Hal ini menghangatkan lagi kemeriahan suasana KOT pada kali ini. Sorakan padu daripada setiap ahli rumah sukan dan pensyarah-pensyarah. Seterusnya pada pukul 12.00 tengah hari, maka berlangsunglah acara staf dan pegawai. Acara ini dapat memberi peluang kepada para pegawai menunjukkan bakat dan kehebatan yang tidak sempat ditunjukkan kerana menggalas tanggungjawab untuk mengendalikan KOT. Seterusnya acara untuk pensyarah juga diadakan pada hari kejoahanan tersebut. Acara tersebut merupakan acara sukaneka yang memerlukan semangat kerjasama yang jitu oelh setiap ahli rumah sukan. Gelanggang kejohanan ditutup dengan acara tarik tali akhir melibatkan rumah merah dan rumah biru yang telah dimenangi oleh rumah merah. Bagi tempat ketiga dan kempat ditentukan oleh rumah hijau dan rumah kuning dan dimenangi oleh rumah kuning.

Akhirnya setelah tamat segala acara dan aktiviti yang dipertandingkan, acara yang berlansung seterusnya adalah penyampaian hadiah dan pengumuman

kemenangan kesuluruhan oleh rumah sukan. johan keseluruahan KOT kali ke-11 yang telah di menangi oleh rumah biru menduduki tempat pertama, rumah kuning kedua, diikuti oleh rumah hijau dan merah. Penyampain hadiah juga telah diberikan kepada olahragawan dan olahragawati. 3.0 Selepas Sebaik sahaja bersurai, sekali lagi Ajk dipertanggungjawabkan untuk mengarah rakan-rakan lain untuk bergerak ke kawasan masing-masing untuk mengumpul dan menyimpankan semula barang-barang yang telah dinjam daripada stor GERKO IPG-KBA di suatu kawasan yang telah dikhaskan. Terdapat beberapa kumpulan kelas lain seperti PISMP Matematik telah mengambil barang-barang ini dan berkerjasama menyimpan semula di setor GERKO. Barang-barang ini melibatkan kon, kayu penanda, tilam, pagar untuk acara larian dan lain-lain.

You might also like