You are on page 1of 2

LAPORAN PERTANDINGAN FUTSAL

Sebelum kejohanan bermula, Ahli Jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada


guru pelatih elektif Pendidikan Jasmani Pismp Ambilan Jun 2015 telah merancang beberapa
perkara yang perlu di ambil kira bagi memastikan kejohanan ini berjalan lancar. Antaranya
ialah telah bermesyuarat terlebih dahulu untuk melantik ahli jawatankuasa bagi mengelola
kejohanan ini. Kemudian, pembahagian tugas dijalankan dan kolaborasi antara para pelajar
dan pensyarah penasihat program dijalankan secara berterusan. Kejohanan ini telah
melibatkan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPG Kampus Tawau) dan
siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam mesyuarat tersebut juga pengarah program telah dilantik, beliau yang
dimaksudkan ialah saudara Mohamad Akmal Arif bin Che Awizan dan dibantu oleh saudari
Caly Goan Georgeting. Setiausaha pula disandang oleh Ezlan bin Mansah. Manakala Nurul
Atiyah binti Pring sebagai Bendahari. Saya pula sebagai ketua bagi pendaftaran peserta
futsal.

Selain itu, ahli jawatankuasa yang terlibat seperti ajk makanan dan minuman, dan ajk
persiapan tempat dan alatan perlu bersiap sedia bagi menyediakan keperluan-keperluan
yang sewajarnya. Manakala, bagi Ajk Persiapan Tempat dan Alatan pula ditugaskan
menyediakan segala peralatan dan memastikan gelanggang futsal lengkap dan selamat.
Setiap ahli perlu berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan program
ini. Ketua-ketua setiap jawatankuasa yang telah dilantik perlu bijak mengatur strategi bagi
memastikan tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan berkesan dan sempurna.
Penganjuran kejohanan ini telah berjaya menarik 7 buah pasukan yang terdiri daripada guru
pelatih IPG Kampus Tawau dan UiTM.

Kejohanan ini telah dimulakan seawal jam 4 petang selepas sesi pendaftaran
bermula pada jam 4.30 petang. Kejohanan ini menggunakan sistem separuh liga iaitu
pasukan dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Terdapat 5 buah
pasukan di dalam kumpulan A manakala terdapat 4 buah pasukan di dalam kumpulan B.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan berjaya mara ke separuh akhir.
Pegawai bertugas telah menunjukkan komitmen yang jitu bagi memastikan kejohanan ini
berjalan lancar. Kejohanan ini berakhir pada jam 6 petang.
Tepat jam 6 petang, kejohanan ini telah melabuhkan tirainya. Segala penat lelah
selama berminggu-minggu merancang agar kejohanan ini berjalan lancar akhirnya
termakbul. Kerjasama yang erat antara pegawai-pegawai bertugas telah menjadikan
kejohanan/aktiviti pertama Kelas Elektif Pendidikan Jasmani Pismp Ambilan Jun 2015 ini
mencapai objektifnya. Suatu mesyuarat post mortem telah diadakan pada keesokan harinya
bagi membincangkan segala aspek bagi memperbaiki kelemahan sepanjang kejohanan ini
berlangsung.

Disediakan oleh,

______________________

(AZWAN SUZAIRY BIN ASRI)

PISMP BAHASA MELAYU ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2015,

IPG KAMPUS TAWAU.

You might also like