You are on page 1of 3

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Institut Perguruan Raja Melewar,


Jalan Sikamat,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tuan Pengarah,
Institut Sukan Negara ,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur. 26 FEBRUARI 2010

Melalui,

Puan Pengarah,
Institut Perguruan Raja Melewar,
Jalan Sikamat,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.

En Hazidi
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Perguruan Raja Melewar,
Jalan Sikamat,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Sukan


Negara (ISN)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk,

2. Dimaklumkan bahawa saya, Thilakawathi a/p Narainasamy (No. K/P: 830428-08-


6240) selaku setiausaha mewakili pelajar-pelajar Program Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah Semester 1 (KPLI IPGM) Unit Pengajian Tamil, Unit Pendidikan Agama Islam
dan Unit Bimbingan ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk mengadakan
‘Lawatan Sambil Belajar ke ISN’

3. Bagi pengetahuan pihak tuan, pada semester ini, kami mengikuti subjek elektif
Pengurusan Gerko. Oleh itu, kami perlu mengadakan lawatan ini bagi memenuhi
sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Lawatan ini juga sangat penting kepada guru
pelatih kerana memberi markah sebanyak 60% daripada keseluruhan..
4. Oleh itu, saya mencadangkan lawatan ini diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 30 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Bilangan Peserta : 64 orang
Pengiring Pensyarah : En Hazidi

5. Antara tujuan utama lawatan ini adalah:

5.1 Memenuhi sukatan pelajaran yang telah diberi oleh pihak Institut
Pendidikan Guru, (IPG).
5.2 Menyediakan medium kepada guru pelatih untuk melengkapkan diri
dengan ilmu-ilmu berkaitan sains sukan.

5.3 Membantu para pelatih dalam mendapatkan pengetahuan sebenar


tentang Pengurusan Gerko.
5.4 Menbantu guru pelatih dalam mengenal pasti bahan-bahan atau
alatan-alatan yang berkaitan dengan sains sukan.
5.6 Menikmati perkhidmatan sains sukan, penyelidikan dan
pembangunan serta pendidikan berterusan.
5.7 Mengambil peluang mengunjungi ISN yang merupakan satu pusat
pengurusan maklumat yang mengumpul, menyimpan dan
mengagihkan informasi sukan.

6. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk
meluluskan permohonan ini.

Segala sokongan dan perhatian yang pihak tuan berikan, saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. Sekian.

“Eksplorasi Ilmu Pemangkin Guru Berkualiti”


“ Majulah Sukan Untuk Negara”
Yang menjalankan tugas,

.................................................
( Thilakawathi A/P Narainasamy )
Setiausaha,
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Induk KPLI -IPGM (Semester 2)
Unit Pengajian Tamil, Pengajian Agama Islam dan Unit Bimbingan

s.k : 1) Jab. Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Perguruan Kampus Tengku Ampuan
Afzan, Kuala Lipis
2) Pensyarah Pengurusan Gerko
3) Pengerusi AJK Tertinggi Induk KPLI -IPGM (Semester 2)
Unit Pengajian Tamil, Pengajian Agama Islam dan Unit Bimbingan
4) Setiausaha AJK Tertinggi Induk KPLI-IPGM (Semester 2)
Unit Pengajian Tamil, Pengajian Agama Islam dan Unit Bimbingan

You might also like