You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST.

JOHN JALAN BUKIT NANAS 50250, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA HARI FIZIK 2013 ANJURAN PANITIA FIZIK DENGAN KERJASAMA PERSATUAN SAINS, PRSATUAN MAEMATIK PANITIA BIOLOGI, PANITIA KIMIA, PANITIA FIZIK DAN PANITIA MATEMATIK TARIKH HARI TEMPAT : : : 8 - 11 APRIL 2013 ISNIN - KHAMIS SMK ST JOHN

1.0 Tajuk Kertas kerja : Kertas kerja sempena Hari Fizik 2013, anjuran Panitia Fizik dibawah Bidang Sains dan Matematik.

2.0 Pengenalan

Hari Fizik

diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan

menghayati mata pelajaran Fizik. Bidang ini biasanya dilabel sebagai bidang abstrak dimana hanya mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid. Justeru, bagi mendedahkan semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra, Hari Fizik diadakan. Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada muridmurid agar lebih bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran Fizik dengan lebih baik daripada sebelumnya. 3.0 Matlamat Melahirkan pelajar yang kreatif dan kreatis serta cemerlang kearah menjana inovasi pendidikan menjelang 2015. 4.0 Objektif Program :

4.1

Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis dalam kemahiran Fizik sekaligus meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan.

4.2

Menerapkan rasa minat serta cintakan Fizik selaras dengan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah Fizik dalam Bahasa Inggeris.

4.3 4.4

Menggalakkan pelajar menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Meningkatkan kreativiti dan mengasah bakat serta minda murid melalui pelbagai program yang dirancang.

4.5 4.6

Memupuk semangat kerjasama dikalangan guru dan murid. Membuka peluang meneroka bidang Fizik di luar kelas melalui pertandingan dan permainan.

4.7

Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa lawatan ke pameranpameran yang dianjurkan.

4.8

Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Fizik bagi semua murid dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam menerusi

` 4.9

aktiviti - aktiviti yang dijalankan. Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Fizik adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.

4.10

Memberi pengalaman menarik kepada murid melakukan hands-on experiment melalui aktiviti yang dijalankan.

4.11

Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan murid.

5.0 Tarikh Aktiviti 08 April 2013 (Perasmian) 10 April 2013 (Pameran) 11 April 2013 (Hari Fizik) 12 April 2013 ( Penutup)

6.0 Masa Aktiviti : 8.00 pg 1.10 ptg (Sesi Pagi)

7.0 Tempat Aktiviti Sekolah Kebangsaan Menengah St. John

8.0 Senarai AJK Pengelola :

Penaung Penasihat Pengerusi Penyelaras Ahli Jawatankuasa

: : : : :

Encik Lim Hean Hwa Pengetua Puan Azizah bt Yahya Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum Puan Siti Najwa Hj Sahri Guru Kanan Sains dan Matematik En Jesu Iruthaya Nathan a/l Joseph Gratian Ketua Panitia Fizik Semua guru Fizik.

Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Hari Fizik ( Pagi) Ahli Jawatan kuasa Simbolik Perasmian Guru Bertugas 2013 En Jesu Iruthaya Nathan En Mohamad Faisal bin Ismail Perincian Tugas 1. Merancang acara yang akan dibuat semasa perasmian. 2. Menyediakan peralatan perasmian 3. Menguruskan perjalanan majlis perasmian semasa perhimpunan. Pameran/ Aktiviti/ Pertandingan/ Kuiz/ Teka Berat/ Cabutan Bertuah Fizik : Penyelaras En Jesu Iruthaya Nathan AJK: Pn Norlia bt Yahaya Puan Rismawati bt Ismail En Mohamad Faisal bin Ismail 1. Merancang aktiviti sepanjang pameran dijalankan 2. Menjadi mentor kepada murid yang terlibat dalam pameran. AJK : 1. Membantu dan menjana idea bersama-sama KP dalam merancang aktiviti 2. Membuat penggiliran tugas dengan Ketua Panitia 3. Menjadi pembantu dalam mengendalikan murid ketika pameran/pertandingan

9.0 Program Tentatif Pagi Tarikh 08.04.13 (Isnin) Tempat Dataran SMK St.John Masa 7.20 -7.30 pg 7.40-7.45 pg 7.45- 7.50 pg 7.50- 7.55 pg 10.04.13 (Rabu) Dewan SMK St.John 7.55-8.00 pg 8.10-1.10 ptg Aktiviti - Perhimpunan rasmi sekolah - Pembukaan oleh Pengerusi -Simbolik Perasmian -Persembahan khas - Kuiz spontan Pameran Fizik

-Archimedes Principle - Resonance -Electrostatic -Heat -Atmospheric Pressure En. Jesu Iruthaya Nathan Pn Norlia bt Yahaya Puan Rismawati bt Ismail En Mohamad Faisal bin Ismail 11.04.13 Dataran SMK (Khamis) St John Concourse 7.25-7.35 pg Waktu Rehat (Ting 4- 5) Saintis Muda ( Pn Rismawati bt Ismail) Program Smart Physics (En. Mohamad Faisal bin Ismail)

10.0 Penyertaan Terbuka kepada semua murid Tingkatan 4 hingga 6 di SMK St John, KL

11.0 Cara Aktiviti Dijalankan : 11.1 Pameran Pameran akan diadakan di Dewan Sekolah. Ia melibatkan pameran berbentuk eksperimen Fizik dari Tingkatan satu hingga Tingkatan Lima di bawah Panitia Fizik. Jadual penggiliran tugas dan lawatan terutamanya dari kelas-kelas yang mempunyai relief akan

ditentukan kemudian supaya murid berpeluang menyaksikan pameran tersebut.

11.2 Pertandingan Semua pertandingan akan dijalankan selepas waktu persekolahan kecuali pertandingan Kuiz yang boleh dipertandingkan sewaktu P dan P. Sebarang pertandingan akan dibuat pengumuman dari masa ke semasa semasa perhimpunan atau melalui pengumuman waktu rehat.

12.0 Anggaran Perbelanjaan Bil 1 2 Pertandingan Simbolik Perasmian Smart Physics Kuantiti 1 Tempat pertama Tingkatan 4 & 5 (2 x Rm 10.50) Tempat kedua Tingkatan 4 & 5 (2 x Rm 8.50) Tempat ketiga Tingkatan 4 & 5 (2 x Rm 6.00) 10 x Rm 4 JUMLAH BESAR Harga(RM) 25 21 17 12 40 115

Saintis Muda

Sumber kewangan : PCG Jumlah Anggaran Perbelanjaan : Rm 115.00

13.0 Penutup Hari Fizik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Pihak penganjur akan sentiasa berusaha supaya aktiviti yang dirancang sepanjang minggu ini akan memberi impak yang besar di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan padu dan sumbangan dari pihak pentadbir

diharapkan prestasi Fizik sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi.

Disediakan oleh, (En Jesu Iruthaya Nathan) Ketua Panitia Fizik SMK St.John

Disemak oleh, . (SITI NAJWA HJ SAHRI) Guru Kanan Sains Matematik SMK St.John

Disahkan oleh, (LIM HEAN HWA) Pengetua SMK St.John

You might also like