You are on page 1of 12

LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PANITIA SAINS 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI

Aktiviti-aktiviti Tahunan

Aktiviti-aktiviti tahunan telah dijalankan mengikut perancangan strategik panitia


dengan begitu lancar atas kerjasama guru-guru dan murid-murid.
Beberapa program telah dirangka dan dapat dilaksanakan dengan baik. Antaranya ialah:

1) Info Sains
2) Taklimat Pengukuhan Kemahiran Proses Sains
3) Kelas Tambahan (Tahun 6)
4) Gerak Gempur UPSR
5) Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR
6) PEKA Sains
7) Info Bulletin Board
8) Kuiz Sains
9) Pameran Sains (Karnival Pusat Sumber)
Aktiviti : Info Sains

Tempat : Dataran Perhimpunan

Tarikh : Sepanjang Tahun

Pelaksanaan :Aktiviti Info Sains telah dijalankan di tapak perhimpunan pada sesi
perhimpunan rasmi mengikut takwim minggu sains. Pada tahun ini, Panitia Sains SKTP telah
membuat 4 persembahan Info Sains oleh murid-murid dengan bimbingan guru. Antaranya
ialah persembahan Bercerita Sains yang berjudul ‘Magnet’, persembahan pantomin dengan
judulnya ‘Dolphin Saves His Friends’, demonstrasi berkaitan magnet serta taklimat berkaitan
mikroorganisma dan HINI.

Impak : Aktiviti ini berjaya mencungkil bakat murid sekaligus dapat menyampaikan
maklumat yang berguna dan berinformatif kepada murid-murid secara amnya.
Keberkesanannya dapat dilihat melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh
murid-murid untuk mengembangkan bakat dan mereka mudah untuk
mengingat fakta-fakta yang disampaikan melalui teknik persembahan Info
Sains.

Penambahbaikan : Mempelbagaikan bentuk persembahan dan melibatkan murid-murid


Tahun 1 hingga Tahun 6.
Aktiviti : Amazing Scinces

Tempat : Tapak Perhimpunan

Tarikh : Setiap hari khamis (sepanjang tahun berselang seli dengan fakta sains)

Aktiviti Info Sains telah dijalankan di tapak perhimpunan pada sesi perhimpunan rasmi
mengikut takwim minggu sains. Panitia Sains SKAT telah membuat beberapa demonstarasi
sains oleh murid-murid dengan bimbingan guru. Antaranya ialah sifat bahan (pepejal, cecair
dan gas)- demostarasi pengembangan gas dan pepejal. Ketumpatan bahan (floating egg) dan
penunjuk asid alkali dan neutral (menggunakan kertas litmus dan kobis unggu)

Impak : Aktiviti ini berjaya mencungkil bakat murid sekaligus dapat menyampaikan
maklumat yang berguna dan berinformatif kepada murid-murid secara amnya.
Keberkesanannya dapat dilihat melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh
murid-murid untuk mengembangkan bakat dan mereka mudah untuk
mengingat fakta-fakta yang disampaikan melalui teknik persembahan Info
Sains.

Penambahbaikan : Mempelbagaikan bentuk persembahan dan melibatkan murid-murid


Tahun 1 hingga Tahun 6.
Aktiviti : Kelas Tambahan

Tempat : kelas tahun 1 dan makmal vle skat

Tarikh : Februari hingga September

Pelaksanaan : Selain itu, program Kelas Tambahan yang melibatkan murid Tahun 6 telah
diadakan pada setiap Rabu petang bermula Februari sehingga September. Sehubungan itu,
kelas tambahan ini turut melibatkan cuti sekolah pertengahan tahun. Murid dibekalkan dengan
soalan-soalan berkualiti seperti soalan yang dibuat dan diperakui oleh Jurulatih Utama Sains
dan soalan-soalan peperiksaan UPSR yang lepas. Murid-murid dibimbing oleh guru mengikut
tahap pencapaian murid.

Impak : Program ini banyak memperbaiki kelemahan murid terhadap bentuk-


bentuk soalan yang sukar dijawab seterusnya meningkatkan prestasi murid.

Penambahbaikan : Kelas Tambahan untuk Tahun 5 juga boleh diadakan sebagai persediaan
awal untuk menghadapi UPSR.
Aktiviti : Gerak Gempur UPSR

Tempat : Kelas Tahun 6

Tarikh : Julai-September

Pelaksanaan :Program Gerak Gempur UPSR yang dijalankan turut membantu


meningkatkan prestasi murid-murid tahun 6 dalam subjek sains. Pelbagai bentuk soalan
didedahkan dan dibincangkan bersama murid secara latih tubi. Antara soalan yang menjadi
pilihan untuk program ini adalah soalan percubaan negeri-negeri lain,soalan peperiksaan tahun-
tahun lepas, dan soalan peperiksaan peringkat Negeri Selangor sendiri. Memandangkan
program ini dibuat menjelang UPSR, aktiviti ini dilakukan secara berterusan. Secara tidak
langsung, murid-murid akan dapat membiasakan diri dengan bentuk soalan sekaligus dapat
membantu mereka menjawab soalan dengan lebih yakin.

Impak : Murid-murid dapat membiasakan diri dengan bentuk soalan sekaligus dapat
membantu mereka menjawab soalan dengan lebih yakin. Prestasi subjek Sains
juga meningkat berbanding peperiksaan awal tahun.

Penambahbaikan: Memberi fokus yang lebih kepada murid-murid pemulihan dengan soalan
gerak gempur yang bersesuaian dengan aras mereka.
Aktiviti : Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR

Tempat : Kelas Tahun 6

Tarikh : Julai-September

Pelaksanaan :Bagi memantapkan pencapaian murid dalam subjek Sains terutamanya calon
UPSR, satu program telah berjaya dilaksanakan iaitu Bengkel Teknik Menjawab Sains
UPSR yang diadakan di makmal komputer 2 dengan kumpulan sasarannya adalah murid-murid
Tahun 6. Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains ini telah diadakan pada 23 Jun 2010 oleh
Allahyarham Pn Maziah bt Harmin yang baru menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29
Oktober 2010 yang lalu. Beliau merupakan seorang guru Sains yang cukup berpengalaman
melebihi 20 tahun, dan juga seorang Ketua Pemeriksa kertas peperiksaan Sains UPSR. Beliau
telah menjadi penceramah tetap di SKTP selama 6 tahun dan hasil ceramahnya sangat
bermakna buat murid-murid. Selain itu banyak info-info terkini berkaitan sains UPSR dan
pendedahan tentang teknik-teknik menjawab soalan sains dikongsi bersama murid-murid
SKTP. Semoga rohnya dirahmati dan jasa beliau tidak akan dapat dilupakan dan perjuangan
murni beliau moga dapat direalisasikan oleh generasi hari ini.

Impak : Murid-murid dapat mengaplikasikan teknik menjawab soalan sains dengan


berkesan.

Penambahbaikan : Memberi peluang kepada murid Tahun 5 terutamanya sebagai persediaan


awal menghadapi UPSR.
Aktiviti : PEKA Sains

Tempat : Tahun 3 hingga 6

Tarikh : Sepanjang Tahun

Pelaksanaan : PEKA Sains melibatkan penilaian yang dilakukan oleh guru terhadap aktiviti
‘hands-on’ murid-murid, hasil kerja amali dan nota. Selain itu, murid juga dinilai dari sikap
dan sahsiah sewaktu menjalankan eksperimen serta kemahiran proses sains. Murid-murid yang
terlibat adalah murid Tahun 3 hingga 6. Bagi murid Tahun 6 markah PEKA mereka akan
dihantar ke Lembaga Peperiksaan dan keputusan penilaian PEKA akan dicetak bersama slip
UPSR. Bagi Tahun 3 hingga 5, markah yang dinilai akan dibawa ke tahun berikutnya dan
murid yang tidak mencapai tahap lulus akan dibimbing oleh guru sehingga lulus PEKA.

Impak : Keberkesanan program ini dapat dilihat melalui sikap murid yang bersungguh-
sungguh melakukan aktiviti hands-on mahupun pembelajaran dalam kelas
kerana mereka sedia maklum bahawa sikap, sahsiah dan nilai saintifik akan
dinilai dan dipantau oleh guru Sains selaku pentaksir sekolah..

Penambahbaikan: Murid- murid diberi pendedahan berkaitan dengan aktiviti dan kaedah
penilaian PEKA agar murid-murid lebih serius menjalankan eksperimen.
Kepelbagaian bentuk P&P dan Projek Sains juga boleh dilaksanakan bagi
memantapkan nilai saintifik murid-murid.
Aktiviti : Info Bulletin Board’

Tempat : Papan kenyataan Sains

Tarikh : Sepanjang Tahun

Pelaksanaan :Bagi aktiviti ‘Info Bulletin Board’, pembaharuan maklumat di papan


kenyataan telah dilaksanakan pada bulan-bulan yang ditetapkan agar minda murid-murid terisi
dengan pengetahuan yang lebih mantap. Bahan maklumat diperolehi daripada majalah-
majalah, sumber internet mahupun hasil karya murid melalui aktiviti pembentangan dalam
kelas.

Impak : Kesan positifnya, murid-murid dilihat suka membaca info-info pada papan
kenyataan panitia Sains yang mana ini dapat mengisi masa terluang mereka
dengan berfaedah sewaktu rehat atau semasa menunggu untuk berkumpul
di dataran perhimpunan dan sebagainya.

Penambahbaikan: Memperbanyakkan info daripada pelbagai sumber dan menampalkan


beberapa info dan soalan yang menguji minda murid.
Aktiviti : Kuiz Sains

Tempat : Papan kenyataan Sains

Tarikh : Tiga bulan sekali

Pelaksanaan : Panitia Sains turut mengadakan pertandingan Kuiz Sains untuk murid-murid
daripada Tahun 1 hingga 6 dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
Aktiviti ini berjaya menarik ramai minat murid dan secara tidak langsung mewujudkan budaya
persaingan yang sihat bagi murid untuk menjawab soalan secara bertulis. Kuiz ini telah
diadakan sekali dalam 3 bulan dan soalan kuiz telah ditampal pada papan buletin panitia Sains..
Murid-murid perlu mendapatkan borang penyertaan daripada guru-guru Sains dan menghantar
jawapan kuiz pada akhir minggu berkenaan di mana setiap hari, satu soalan yang dipamerkan
pada papan bulletin. Jadi dalam seminggu ada 5 soalan yang berbeza yang harus dijawab
dengan betul. Pihak panitia menyediakan 10 hadiah iaitu 5 hadiah bagi tahap 1 dan 5 hadiah
bagi Tahap 2. bagi pemenang-pemenang sebagai galakan dan dorongan motivasi untuk mereka.

Impak : Aktiviti ini amat memberangsangkan dan meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran sains. Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-
murid.

Penambahbaikan: Menyediakan skema jawapan kuiz dan menampalnya pada papan


kenyataan panitia Sains selepas pertandingan kuiz Sains. Jadi ini
membolehkan murid-murid membuat rujukan jawapan bagi soalan Kuiz
Sains.
Aktiviti : Karnival Pusat Sumber

Tempat : Makmal sains satu dan makmal sains 2

Tarikh :

Pelaksanaan : Karnival Pusat Sumber (kolaborasi dengan panitia Sains dan mata pelajaran
yang lain) turut berjaya diadakan. Panitia Sains terlibat dalam pameran bahan panitia. Pelbagai
alatan dan instrument sains dipamerkan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pameran
sains ialah sesi soal jawab guru bersama murid dan pameran bertema "keajaiban cahaya dan
fenomena alam" di mana murid akan diberikan peluang untuk menjalankan pelbagai ujikaji
berkaitan dengan tema pameran disamping itu juga dapat menarik minat murid untuk
mempelajari matapelajaran sains.

Impak :

Penambahbaikan :
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, segala aktiviti yang dirangka pada tahun ini dapat dijalankan dengan
baik. Segala penambahbaikan akan diteliti agar pelaksanaan program dan aktiviti dapat
dijalankan dengan lebih baik dan sempurna pada tahun berikutnya.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru amnya dan guru sains khususnya serta
murid-murid yang telah memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti-aktiviti
panitia Sains.

Semoga panitia Sains akan terus maju dan prestasi panitia dapat dipertingkatkan lagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


----------------------------------------- -------------------------------------
(PN FAIZATUNAZIYAH MOHD JAIS) (EN.AMIR HAMZAH BIN SALLEH)
Setiausaha Panitia Sains SKAT Guru Besar SKAT

You might also like