You are on page 1of 46

PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG

DI SEKOLAH DALAM ASPEK


TANGGUNGJAWAB BERJAGA-JAGA ,
SAMAN MAHKAMAH DAN BANTUAN
GUAMAN
20 Mei 2011
KURSUS WARDEN DI HOTEL SRI MALAYSIA GENTING
MOHD KHAIDIR ABDULLAH
JABATAN PELAJARAN SELANGOR

PENGAJARAN DI KUALA
DIPANG

SURAT KEBENARAN IBUBAPA


PENJAGA

Terdapat sekolahsekolah yang


menyatakan
mengenai klausa
penafian (disclaimer
clause) dalam Surat
Kebenaran
ibubapa/penjaga
bahawa sekolah tidak
bertanggungjawab
terhadap kemalangan

Klausa penafian
tersebut jika terdapat
dalam Surat Kebenaran
Ibubapa/Penjaga tidak
sesekali melepaskan
tanggungjawab pihak
sekolah terhadap jagaan
dan keselamatan murid
semasa aktiviti luar bilik
darjah dilaksanakan dan
ia hanya berkuatkuasa
jika kemalangan berlaku
dimana segala usaha,
jagaan dan kawalan
yang semunasabahnya
yang dapat dilakukan
oleh pihak sekolah telah

RUJUKAN KEPADA KPM


Semua perkara
berkenaan dengan
permohonan dan
penerimaan
sumbangan pihak
swasta atau individu
hendaklah dirujuk
kepada KPM bagi
maksud pemeriksaan
aspek teknikal,
kesesuaian, hakmilik,
keselamatan dan
sebagainya untuk
kelulusan KSU selaku

TANGGUNGJAWAB BERJAGA-JAGA
Prinsip Undang-Undang
-Undang-undang yang menguat kuasakan
tanggungjawab ini
ialah TORT.
-TORT secara ringkasnya memperihalkan kewajipan
berjaga-jaga (DUTY OF CARE) oleh seseorang
terhadap seseorang yang lain.
-Sekiranya berlaku kegagalan /kecuaian dalam
menjalankan kewajipan berjaga-jaga ini sehingga
mengakibatkan KERUGIAN/KECEDERAAN
(LOSS/INJURY) kepada orang tersebut, maka orang
yg mempunyai kewajipan berjaga-jaga dikenakan
membayar gantirugi kpd orang yang mendapat
kerugian tersebut.

Dalam konteks seorang Pengetua/G.B sesebuah


institusi pendidikan, DUTY OF CARE justeru
mengkhendaki Pengetua/G.B memastikan murid-murid
di institusi pendidikan di bawah tanggungjawabnya
berada dalam keadaan selamat.
(dari sebarang bahaya yang boleh dijangka)

STANDARD DUTY OF CARE GURU TERHADAP


MURID
Standard duty of care adalah berbeza-beza dalam
setiap kes bergantung kepada tahap risiko bagi setiap
kes. Dalam kes guru dan murid, undang-undang
meletakkan guru sebagai berada IN LOCO PARENTIS
(IN PLACE OF A PARENT) kepada murid-murid di
bawah jagaan dan kawalannya.
- Oleh yg demikian, standard duty of care yang perlu
dipatuhi oleh guru adalah seperti standard berjagajaga seorang bapa yang mempunyai keluarga yang
besar terhadap anak-anaknya.

* Melakukan sesuatu atau tidak melakukan


sesuatu yang boleh dilihat sebagai
mendatangkan kecederaan kepada pelajar.
Darjah tanggungjawab yang terbeban ke
atas bahu guru tidak sama bagi semua
keadaan
dan
bergantung
kepada
faktorfaktor berikut:

Bilangan pelajar yang diselia


Keadaan aktiviti yang dilakukan
Umur dan kemahiran yang ada
Keadaan alatan yang disediakan
Ketrampilan dan kemampuan pelajar;
dan
Faktor lain yang berbeza mengikut
keadaan

Memandangkan murid-murid sekolah, terutamanya


sekolah rendah adalah terdiri daripada kanak-kanak,
secara amnya mereka adalah mentah, dan tidak
mengenali/menyedari apa-apa bahaya di sekeliling
mereka.
Bagi maksud mematuhi standard of care guru terhadap
murid, Pengetua/GB dan guru-guru hendaklah sentiasa:
(i) mengingatkan murid-murid agar menjaga keselamatan
diri mereka; dan (ii)mengambil apa-apa langkah yang
perlu bagi memastikan tiada apa-apa perkara yang
membahayakan keselamatan murid daripada berlaku.
- Apa-apa perbuatan/peninggalan (act/omission)
Pengetua/GB yang tidak memenuhi standard of conduct
yang ditentukan akan menyebabkan breach of duty of
care, di mana Pengetua/G.B boleh
dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang
terhadap kerugian (loss) atau kecederaan (injury) oleh
seseorang murid.

ANTARA TANGGUNGJAWAB PENGETUA


DALAM MEMENUHI STANDARD DUTY OF
CARE:
(1) Memastikan kawasan sekolah, termasuklah
infrastruktur, kelengkapan dan peralatan
berfungsi dengan betul dan
berada dalam
keadaan yang selamat.
Sebagai contohnya;
- memastikan tangga, kipas, tandas dan peralatanperalatan yang rosak diperbaiki dengan segera.
- peralatan-peralatan sukan, makmal dan bengkel
dalam keadaan yg sempurna dan berfungsi dengan
baik seperti tiang gol, alat lontar peluru dsb.
- memastikan sekolah bebas dari open trap seperti
lubang-lubang yang tidak ditutup, peralatan/sisa
binaan yang ditinggalkan dalam kawasan sekolah,
dll.
- memastikan kebersihan makanan yang dijual di
kantin pada setiap masa.

Contoh Kes:
Headmistress, Methodist Girls School & Ors
-Seorang murid (9 tahun) dilanggar oleh sebuah bas
sekolah dalam kawasan sekolah. Murid mengalami kecederaan
serius.
-Murid mengambil tindakan undang-undang ke atas
pemandu untuk
menuntut gantirugi .
-Pemilik bas dan pemandu kemudian menamakan Pengetua
Sekolah dan Kerajaan sebagai turut bertanggungjawab
(contributory negligence) kerana telah membenarkan bas
sekolah masuk ke dalam kawasan sekolah/school compound.
- Mahkamah Persekutuan memutuskan:
(a) sebagai tuan punya (Kerajaan) dan penghuni
(Pengetua) premis
(sekolah), mereka bertanggungjawab
memastikan kawasan
persekitaran sekolah adalah selamat.
(b) Walau bagaimanapun, kesalahan pihak sekolah adalah
lebih
rendah berbanding kesalahan pemilik dan pemandu
bas memandangkan sekolah setakat membenarkan bas masuk
ke kawasan sekolah.
(c) Tanggungan keseluruhannya hendaklah dibahagikan
sebagai
30% bagi Kerajaan dan Pengetua dan 70% bagi tuan
punya dan
pemandu bas.

Kes ini menunjukkan walaupun kecuaian yang


berlaku adalah
di pihak yang bukan di bawah kawalan
pengetua, namun disebabkan ianya berlaku
dalam kawasan sekolah, pengetua boleh turut
sama dipertanggungjawabkan sebagai cuai
kerana gagal memenuhi standard duty of care
yakni untuk memastikan kawasan sekolah dan
persekitaran adalah selamat.

DUTY of CARE UTK MEMASTIKAN KESELAMATAN


KAWASAN SEKOLAH JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB
PEMILIK/PENGHUNI PREMIS (OCCUPIERS LIABILITY)
- Tanggungan seorang penghuni (OCCUPIERS
LIABILITY) adalah satu konsep/prinsip undangundang.
- Di bawah prinsip ini, orang yang memiliki atau
mempunyai kawalan ke atas sesuatu premis
bertanggungjawab memastikan premis tersebut
adalah selamat bagi sesiapa yang memasuki
premis tersebut.
- Sebagai orang yang mempunyai kawalan ke atas
sekolah, maka tanggungjawab ini terpakai kepada
Pengetua/G.B.

- Pengetua/G.B bertanggungjawab memastikan


keselamatan premis bagi mereka yang dari segi
undang-undang layak masuk ke dalam kawasan
sekolah iaitu:
(i) inviteemereka yang diundang dan tujuan
undangan adalah utk kepentingan bersama
(mutual interests) seperti
ibu bapa utk
menghadiri mesyuarat di sekolah
(ii) Entry by virtue of contract- orang yang masuk
atas hubungan kontraktual
(iii) Licensee- orang yang dibenar masuk di sisi
undang-undang atau sebagai social visitors

# Bagi kumpulan (i) dan (ii), penghuni mempunyai


tanggungjawab memelihara keselamatan premis secara
munasabah (reasonable care) untuk mengelakkan apaapa bahaya yang dia tahu/sepatutnya tahu (cth:
kebocoran gas/ kerosakan tangga dll)
[dan bahaya-bahaya ini tidak diketahui oleh orang
berkenaan)
# Bagi kumpulan (iii), tanggungjawab penghuni adalah
sama tetapi at a lower/lesser degree, di mana TANDATANDA AMARAN mengenai apa-apa bahaya dalam
premis (dalam kawasan sekolah)hendaklah dipasang.
# Walau bagaimanapun bagi penceroboh, penghuni
adalah tidak
bertanggungjawab di bawah prinsip ini kerana
kemasukan mereka adalah atas risiko sendiri.

Mengawasi murid-murid sewaktu pengajaran dan


pembelajaran dan sewaktu menjalani apa-apa aktiviti
praktikal/fizikal seperti Pendidikan Jasmani, Kemahiran
Hidup dan aktiviti-aktiviti luar seperti lawatan sambil
belajar, perkhemahan, bengkel dan sebagainya.
KES:
1. Mohamed Raihan & Anor v. GOM [1981]
2 MLJ 27
- M.Raihan (perayu) mengalami kecederaan
apabila kepalanya terkena cangkul yang
dihayun murid lain semasa menjalani
practical gardening course.
- M. Raihan menyaman Kerajaan menuntut
gantirugi
keranakegagalan sekolah untuk
mengawasi pelajar- pelajar lain dengan baik semasa
kelas tersebut.

Mahkamah Persekutuan memutuskan:


(a) Sekolah telah cuai untuk mengambil tindakan yang
wajar dan baik (reasonable and proper steps) utk
mengelakkan drp berlakunya kemalangan
sedemikian
(i) guru kelas didapati tidak memastikan cangkul
dan peralatan berkebun yang lain berada dalam
keadaan yang baik dan selamat digunakan, serta
tidak mengadakan suatu sistem yg sesuai bagi
menjalankan kelas tersebut;
(ii) guru telah tidak memberi amaran kepada
murid-murid mengenai penggunaan peralatan yg
merbahaya dan beliau juga telah tidak memastikan
kedudukan murid-murid dijarakkan antara satu
sama lain bagi mengelakkan kemalangan.

2. GOM v. Jumat bin Mahmud & Anor 2 MU 103


- Seorang murid bergerak dari tempat duduknya
dan telah pergi mencucuk paha seorang murid
yang lain, Jumat b. Mahmud, menyebabkan Jumat
berpusing ke belakang dan matanya telah
tercucuk mata pensil yang dipegang oleh murid
tadi. Guru sedang melakukan tugasnya di meja
setelah memberikan murid kerja sekolah untuk
dibuat.
- Kerajaan (bagi pihak Sekolah) telah disaman
oleh murid untuk menuntut gantirugi.
Mahkamah Tinggi memutuskan:
Sekolah tidak mengawasi keadaan dengan baik
dan kecederaan tersebut berlaku atas sebab
kecuaian sekolah.

Kerajaan telah merayu ke Mahkamah Persekutuan.


Mahkamah memutuskan:
(i) Perlu diteliti sama ada kecederaan/ kemalangan yang
berlaku adalah sesuatu yang boleh diramalkan berlaku
akibat kecuaian guru menunaikan tanggungjawab
berjaga-jaga.
(ii) Sekiranya demikian, adakah sekolah/guru telah
mengambil
langkah-langkah yang munasabah utk melindungi murid
daripada kemungkinan berlakunya kemalangan tersebut;
Mahkamah mendapati fakta dan bukti yang ada tidak
menunjukkan ianya adalah suatu kemalangan yang boleh
diramalkan dengan munasabah ( reasonably forseeable)pensil bukannya suatu alat yang merbahaya.
Berdasarkan fakta dan bukti yang ada, tidak boleh
dirumuskan bahawa penjagaan yang berterusan
(constant vigilance) boleh mengelakkan dari berlakunya
kemalangan yg sedemikian.
Bukti yg ada justeru tidak mencukupi utk menunjukkan
kecuaian pihak sekolah.

Sebagai langkah menjalankan duty of care mengikut


standard yang ditentukan, Pengetua/GB dan guruguru hendaklah sentiasa merujuk kepada SPI-SPI yg
dikeluarkan KPM dari semasa ke semasa berhubung;
(a) keselamatan murid semasa pendidikan
jasmani, kegiatan kokurikulum di dalam dan
di luar
sekolah;
(b) mencegah kebakaran;
(c) keselamatan pelajar di sekolah/ sekolah selamat;
(d) Larangan bermain bahan letupan;
(e) keracunan makanan;
(f) pencegahan jenayah di sekolah, dan lain- lain
yang
berkaitan.

SAMAN MAHKAMAH
GURU TERHADAP IBUBAPA

BANTUAN GUAMAN KEPADA


GURU
Bantuan Guaman Boleh
Dipohon melalui KSU KPM
Sebagaimana Yang
Diperuntukkan Di Bawah
Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib) 1993 [P.U. (A)
395/1993, subperaturan 22(1)
hingga (5)

SYARAT BANTUAN GUAMAN


Bantuan guaman hanya boleh dipohon :
(a) Dalam kes-kes sivil; dan
(b) berbangkit drpd tugas rasmi pegawai
awam
seksyen 5 dan 24 akta prosiding
kerajaan 1956 ringkasnya
memperuntukkan kerajaan hanya
bertanggungjawab bagi pegawaipegawai awam dalam kes-kes sivil
shj
(seksyen 24- seseorang pegawai awam
boleh diwakili oleh seseorang
pegawai undang-undang jika
tindakan sivil terhadapnya dibuat
berdasarkan tindakan-tindakan
pegawai tersebut semasa

PROSEDUR PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN


1.

PER 22(1)
Permohonan mestilah mendapat
persetujuan KSU KPM

2.

PER 22(2)
Pegawai awam perlu melaporkan
kpd Ketua Jabatan dgn segera
mengenai notis permulaan
prosiding undang2, permulaan
prosiding undang2 yg berbangkit
drpd tugas awamnya atau apa2
proses mahkamah berkenaan
prosiding undang2 tersebut.

3.

PER 22(3)
sekiranya pegawai awam
berkehendakkan bantuan guaman
bg maksud prosiding undangundang yg berbangkit drpd tugas
awamnya, permohonan boleh
dibuat kpd KSU Kementerian

4.

PER 22(4)
permohonan di bawah 22(3)
hendaklah mengandungi fakta,
keadaan kes dan pendapat ketua
jabatan tentang penglibatan
pegawai berkenaan
- dialamatkan dan dikemukakan
kpd KSU (salinkan kpd PUU)

5.

PER 22(5)
apabila menerima
permohonan, ksu boleh
melulus atau menolak
permohonan itu tertakluk kpd
nasihat Peguam Negara
tentang(a) amaun bantuan guaman
yg hendak diluluskan;
(b) peguam bela dan peguam
cara yg hendak diambil
dan diarahkan ; atau
(c) apa-apa syarat lain yg
difikirkan baik oleh
Peguam Negara

6. PER 22(6)
caj untuk mengambil khidmat
peguam bela dan peguam cara
bg maksud prosiding undang2
yang berbangkit drp tugas
rasmi pegawai awam tanpa
kelulusan KSU tidak akan
dibayar oleh Kerajaan

KES-KES YANG LAZIM DIHADAPI GURU &


BENTUK
TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG
DITERIMA
KES TERHADAP GURU
DAN TINDAKAN

UNDANG-UNDANG

KECUAIAN DLM
MELAKSANAKAN DUTY
OF CARE KE ATAS
MURID

BERKAITAN
TINDAKAN DISIPLIN
KE ATAS MURID

SIVIL:
NOTIS TUNTUTAN/
SAMAN

JENAYAH:
LAPORAN POLISSIASATAN POLISPENDAKWAAN

SIVIL:
NOTIS TUNTUTAN/
SAMAN

PERBANDINGAN
TINDAKAN SIVIL

Dimulakan apabila HAK


PERSENDIRIAN (PRIVATE
RIGHT) seseorang dilanggar

Tujuan- untuk
menguatkuasa, menebus
rugi, melindungi atau
mendapatkan kembali hak
seseorang

Remedi/Relif- permohonan
mendapatkan gantirugi
(wang), perintah
injunksi,dekri, pelaksanaan
spesifik, pengisytiharan

Individu/ badan dengan


corporate personality spt
syarikat v individu/ badan
(Plaintif v Defendan)

TINDAKAN JENAYAH
Dimulakan terhadap
seseorang yang dituduh
melakukan kesalahan jenayah

Kesalahan jenayah:
perbuatan/kegagalan
melakukan perbuatan yang
diperuntukkan oleh statut
(Akta, Enakmen, dll) sebagai
satu kesalahan awam (public
offence)

Tujuan- hukuman jika didapati


bersalah

Kesalahan jenayah dianggap


serius, bukan saja
menjejaskan hak
perseorangan tapi ancaman
kepada masyarakat (public at
large)

Kerajaan (PP) v individu

TINDAKAN JENAYAH DAN SIVIL PADA


MASA YANG SAMA
Satu-satu perbuatan/kesalahan tertentu boleh
mengundang dua tindakan iaitu jenayah dan sivil.
Contohnyatindakan disiplin sehingga mencederakan murid
(a) tindakan jenayah:
cth: s.321 Kanun Keseksaan- Menyebabkan
kecederaan dengan niat
(b) tindakan sivil:
saman oleh ibu bapa murid/murid bagi
mendapatkan gantirugi

BAGAIMANA MENANGANI TINDAKAN SIVIL DI


PERINGKAT SEKOLAH
NOTIS TUNTUTAN
-

menyatakan
tuntutan/dakwaan pihak
penuntut (murid/ibu bapa
murid) dan memberikan
suatu tempoh (lazimnya 7/14
hari) bagi pihak yang
dituntut (guru/pengetua/
Kerajaan) menunjuk sebab/
memenuhi tuntutan.

Diikuti dengan amaran


mengambil tindakan
mahkamah jika tuntutan
tidak dipenuhi dalam
tempoh yang diberikan.

PROSEDUR MENANGANI NOTIS


TUNTUTAN
(1) akuan terima notis
(2) menjalankan siasatan
-kenalpasti pihak yang terlibat
temasuk saksi
-temubual, lakaran tempat
kejadian/peristiwa, fotografi,
kumpul dokumen terlibat
(3) sediakan laporan
(4) hantar notis tuntutan, laporan
dan dokumen berkaitan ke PUU &
salin kpd JPN
-tempoh notis 7 hari: hantar
maksimum 3 hari slps terima
notis (faks diikuti pos)
-tempoh notis 14 hari: hantar
maksimun 6 ke 7 hari slps terima
notis
(5) makluman kpd penuntut:
maklumbalas kepada notis
memerlukan masa
memandangkan pihak sekolah
perlu membuat siasatan dan
merujuk notis untuk penelitian
PUU

SAMAN/WRIT SAMAN
-

mengandungi 2 dokumen:
(a)
Saman (mahkamah rendah)
Writ Saman (mahkamah
tinggi)
(b) Pernyataan Tuntutan
Writ / saman mengandungi:
-nama mahkmah dan no. siri guaman
-pihak-pihak kpd saman (plaintif dan
defendan)
-perintah memasukkan kehadiran (dalam
semenanjung; 8 hari termasuk hari
penyampaian, sabah/sarawak: 10 hari
termasuk hari penyampaian)
*kehadiran/appearance: to enable the
defendant to officially communicate his
intention to defend/ challenge the action.
(kesan kagagalan memasukkan
kehadiran: JID/ penghakiman ingkar
terhadap defendan)
-tandatangan peguam, cop dan
tandatangan Pendaftar serta tarikh
pengeluaran writ
-Pengindorsan tuntutan,wakil plaintif
(bagi pihak plaintif kanak-kanak),
peguam dan alamat, cara penyampaian

Pernyataan Tuntutan mengandungi:


-

Nama mahkamah, no. siri


guaman,pihak-pihak
Pengenalan/ latar belakang plaintiff
dan defendan
Fakta material mengenai
peristiwa/kejadian pada masa
material yang membawa kepada
kausa tindakan (cause of action)
Butir-butir kecederaan/kerugian
plaintiff
Butir-Butir kecuaian/tindakan salah
defendan
Butir-butir permohonan plaintiff
kepada Mahkamah (damages) spt
gantirugi.

HARGA SATU
PENAMPAR
RM1650.00

AKUAN TERIMA

HANTARKAN SEGERA SESALINAN SAMAN DAN


PERNYATAAN TUNTUTAN
KE PEJABAT PUU

JALANKAN SIASATAN BERDASARKAN TUNTUTAN/


DAKWAAN DALAM PERNYATAAN TUNTUTAN

Kenalpasti yg terlibat termasuk saksi, dapatkan


keterangan, kumpul dokumen, lakaran/gambar
kejadian/tempat kejadian (jika perlu)

JAWAB SETIAP PERENGGAN DLM PERNYATAAN


TUNTUTAN

BENAR-DIAKUI BENAR
TIDAK BENAR-DINAFI SEPENUHNYA (SEBAB DISERTAKAN)
BENAR SEBAHAGIAN-AKUI SEBAHAGIAN, YG LAIN DINAFIKAN

SEDIAKAN LAPORAN

HANTAR LAPORAN, JAWAPAN KPD PENYATAAN


TUNTUTAN & DOKUMEN BEKAITAN KPD PUU (2 SALINAN), SALIN KPD JPN
TEMPOH: MAKSIMUM 7 HARI SLPS MENERIMA SAMAN

Cth: LAPORAN SAMAN MEMBABITKAN GURU


1.

2.

TAJUK LAPORAN

MAKLUMAT SAMAN

MENAMPAR MURID SEHINGGA


MENDATANGKAN KECEDERAAN
-NO SAMAN, MAHKAMAH
-PLAINTIFF DAN DEFENDAN
-TARIKH AKUAN PENERIMAAN SAMAN
-TARIKH SALINAN SAMAN DIHANTAR KPD PUU
(No. Rujukan)

-NAMA SEKOLAH, NO TELEON DAN FAKS


3.

4.

MAKLUMAT SEKOLAH

MAKLUMAT PLAINTIF DAN


DEFENDAN

-SESI PERSEKOLAHAN
-PENGETUA/G.B
-BIL MURID DAN GURU
-PLAINTIFF (MURID): NAMA, UMUR/DARJAH/TING,
SERTAKAN REKOD DISIPLIN
-DEFENDAN(GURU): NAMA, UMUR, JAWATAN, KAITAN
DENGAN MURID, SERTAKAN
SURAT TURUN KUASA/ SURAT
ARAHAN BERKAITAN KPD
GURU

5.

MAKLUMAT MENGENAI
DAKWAAN DAN TUNTUTAN
DALAM SAMAN

-SENARAIKAN DAKWAAN DAN TUNTUTAN


PLAINTIFF

6.

MAKLUMAT PENYIASATAN

-PIHAK PENYIASAT
-PIHAK YANG DISIASAT
-MODUS OPERANDI SPT TEMUBUAL, MENELITI
DOKUMEN, DLL
*NOTA: TIADA UNSUR PAKSAAN, PUJUKAN DAN YG
BERKAITAN

7.

DAPATAN SIASATAN
(DLM BENTUK CERITA YG
TERATUR /POINT
FORM/KRONOLOGI)

8.

RUMUSAN PENYIASATAN

-FAKTA SPESIFIK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS


KEJADIAN (PENEKANAN KPD FAKTA SEMASA
KEJADIAN)
-KAITKAN TINDAKAN MURID DAN GURU DGN SPI/
PERATURAN ATAU ARAHAN YANG TERPAKAI
-PEMERHATIAN DAN KESIMPULAN:
(SAMA ADA PENGETUA, GURU TELAH MENGAMBIL
LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG BERPATUTAN,
SAMA ADA GURU TELAH MENGIKUTI PROSEDUR YG
BETUL DALAM MELAKSANAKAN HUKUMAN
DISIPLIN).

SEKIAN TERIMA KASIH


KITA JUMPA LAGI
TAPI BUKAN DI MAHKAMAH

You might also like