You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BACHANG KM 4, JALAN MALIM 75250 MELAKA

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON PERSEORANGAN SUKAN 1M1S MURID PENDIDIKAN KHAS SK BACHANG, MELAKA

TEMPAT: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN BACHANG MELAKA 14 NOVEMBER 2011

SENARAI KANDUNGAN

1.O. PENGENALAN 2.0. RASIONAL 3.0. MATLAMAT 4.0. OBJEKTIF 5.0. BUTIRAN PROGRAM 5.1. Nama Program 5.2. Tarikh 5.3. Tempat 5.4. Bilangan Peserta 5.5. Anjuran 6.0. JAWATANKUASA 7.0. TENTATIF PROGRAM 8.0. ANGGARAN PERBELANJAAN 9.0 SUMBER KEWANGAN 10. PENUTUP

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON PERSEORANGAN SUKAN 1M1S MURID PENDIDIKAN KHAS S.K. BACHANG, MELAKA

1.

PENGENALAN Dasar 1M1S telah dilaksanakan mulai tahun 2011 di semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap murid termasuk murid pendidikan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan juga WAJID didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan daripada pelbagai jenis sukan yang ditawarkan. Justeru itu, Sukan Mini 1M1S murid pendidikan khas S.K Bachang

bercadang untuk mengadakan pertandingan badminton perseorangan antara murid. Di samping itu, ianya memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sihat dan kuat secara fizikal, berproduktif dan dihormati oleh ahli-ahli masyarakat melalui latihan sukan dan pertandingan.

2.

RASIONAL Pertandingan ini adalah untuk mengalakkan hak saksama penyertaan murid pendidikan khas dalam sukan. Di samping itu, bertujuan memotivasi, memberi galakan, berdaya saing, mendidik dan memberi cabaran kepada para ibu bapa, caregiver, masyarakat umum dan individu sendiri supaya berfikiran terbuka terhadap banyak kemungkinan dan potensi yang boleh disedari di kalangan atlet berkeperluan khas itu. Selain daripada itu, sukan ini juga mengalakkan lebih ramai individu berkeperluan khas itu tampil ke depan bersama keluarga mereka untuk mengalami rasa penerimaan dan kepuasan diri melalui sukan.

3. 3.1.

MATLAMAT Untuk mencungkil bakat dan meningkatkan tahap kebolehan murid-murid pendidikan khas dalam bidang sukan.

3.2.

Untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

3.2.

Untuk memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan murid sekolah dan warga sekolah.

3.3.

Untuk mewujudkan perasaan untuk berdaya saing dengan rakan bagi mencapai sesuatu kemenangan didalam pertandingan.

4.

OBJEKTIF 4.1. 4.2. 4.3. 4.4. 4.5. 4.6. 4.7. Meningkatkan kegiatan jasmani. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. Memupuk perpaduan dan berdaya saing. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Mewujudkan landasan kearah kecemerlangan sukan.

5.

BUTIRAN PROGRAM 5.1. Nama Program Pertandingan Badminton Perseorangan 1M1S Murid Pendidikan Khas S.K Bachang, Melaka. 5.2. Tarikh 14 November 2011, hari Isnin, jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi

5.3.

Tempat Padang Sekolah S.K Bachang, KM 4, Jalan Malim, Melaka.

5.4.

Bilangan Peserta

5.4.1. 9 orang murid Pendidikan Khas SK.Bachang 5.4.2. 2 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. 5.5. Anjuran Kelas Pendidikan Khas Integrasi, SK Bachang, Melaka.

6.

JAWATANKUASA Jawatankuasa Induk Penaung Pengerusi Penasihat 1 Penasihat 2 : : : : Pn.Hjh.Che Aishah binti Yaacob (Guru Besar) Pn.Aisah binti Mohd Johar (GPK 1) En.Abu Samah bin Ahmad (GPK Kokurikulum) En.Ng Joon Wah (GPK HEM)

Jawatankuasa Pelaksana Penyelaras Program Setiausaha/Bendahari AJK Permainan/Peralatan : : : En.Zahari bin Md.Zaid Pn.Norisah binti Hj.Said En.Zahari bin Md.Zaid Pn.Shanisah binti Deraman En.Zahari bin Md.Zaid & Pn.Shanisah binti Deraman AJK Hadiah AJK Makanan : : Pn.Norisah binti Hj.Said Pn.Norisah binti Hj.Said

AJK Keselamatan & Kebajikan : AJK Dokumentasi :

7.

TENTATIF PROGRAM 7.45 pagi 8.00 pagi 8.15 pagi 9.15 pagi 9.30 pagi 10.15 pagi : : : : : : Murid dan guru berkumpul di padang sekolah Sesi memanaskan badan dan senaman ringan. Pertandingan dimulakan. Rehat Pertandingan disambung semula. Pertandingan tamat.

8.

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL 1 2.

PERKARA Minuman murid RM2.00 x 9 murid > Hadiah i. Tempat 1 ii. Tempat 2 iii. Tempat 3 > saguhati penyertaan RM10.00 x 6 murid Bahan cetak JUMLAH

KUANTITI/JUMLAH RM18.00 RM30.00 RM20.00 RM15.00 RM60.00 RM3.00 RM146.00

3.

***

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

9.

SUMBER KEWANGAN Menggunakan peruntukkan perbelanjaan Bantuan Sukan Sekolah.

10.

PENUTUP Adalah diharapkan dengan adanya pertandingan ini ianya akan memberi peluang kepada murid pendidikan khas bergiat cergas didalam bidang sukan dan diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka seperti murid-murid lain. diharapkan agar program 1M1S murid pendidikan khas Maka dengan ini mendapat sokongan

sepenuhnya dari semua pihak dan seterusnya dapat dijayakan dengan sebaik mungkin.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

You might also like