You are on page 1of 3

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSS KELOMPOK 1

DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2012


Teks Ucapan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Kelompok 1, Tahun 2012.
Terima Kasih saudari Pengerusi Majlis.
Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Yang Berusaha En Zainal Abiddin bin Othman
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak
Yang Berusaha En Johari bin Shaarani
Guru Besar SK Seri Langkap.
Merangkap Pengerusi Penganjur Kejohanan Balapan dan Padang
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelompok 1, Tahun 2012.
Pn Hjh Ni Shafiah binti Abdul Moin
Tuan Pengetua SMK Dato Sagor
Guru-Guru Besar Sekolah Rendah Kelompok 1, Pegawai-Pegawai Kejohanan, guru-guru,
pengurus-pengurus pasukan, guru-guru, para atlet, AJK Pelaksana Kejohanan Balapan dan
Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelompok 1, Tahun 2012 dan para hadirin sekelian.
Bersyukur kita kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia serta izinnya, maka kita dapat
bersama sempena Majlis Penutup Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Kelompok 1, Tahun 2012.
Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Guru Besar
SK Seri Langkap selaku Pengerusi Penganjur Kejohanan Balapan dan Padang
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelompok 1, Tahun 2012 beserta AJK Penganjur atas kesudian
mengundang saya untuk menyempurnakan majlis penutupan ini.
Syabas dan tahniah kepada semua warga pendidik sekolah-sekolah kelompok 1, kerana telah
berjaya menganjurkan kejohanan ini dan atlet-atlet yang telah berjuang demi kecemerlanan sukan
diperingakat kelompok, daerah, negeri dan insyaallah hingga keperingkat kebangsaan.
Saya percaya bahawa penganjuran sukan Balapan dan Padang sebegini telah banyak
menyumbang kepada usaha memupuk semangat kerja berpasukan, toleransi dan muhibbah
dikalangan guru dan pelajar.
Saya berharap agar semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh para atlet mahupun para guru
sepanjang berlangsungnya kejohanan ini dapat diterapkan dalam budaya harian samada sebagai
pelajar mahupun pekerja untuk menjadi individu yang cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian


Saya difahamkan kejohanan ini telah disertai oleh 14 buah sekolah yang terdiri daripada sekolahsekolah rendah kelompok 1.
Acara pertandingan telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kelas 4 ( 12 tahun ),
Kelas 5 ( 11 tahun ) dan Kelas 6 ( 10 tahun ) dan acara yang dipertandingkan ialah
100 m
200 m
80 m Lari Berpagar
Lompat Tinngi
Lompat Jauh
Lontar Peluru
4X100 m
Dan 4X200m
Saya percaya dan yakin para atlet sudah semestinya telah diberi latihan dan pendedahan yang
secukupnya oleh guru masing-masing dan ini memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang
ringgit. Realitinya saya telah diperlihatkan dengan kesungguhan para atlet berjuang untuk
mencapai kemenanangan. Sokongan dan sorakan dari para guru, pelajar pelajar sekolah dan
para hadirin begitu bersemangat bagi memeriahkan kejohanan ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dikalangan kita. Dengan memberi
latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dan lain-lain factor samada
dalaman dan luaran akan membentuk seorang murid yang patuh dengan aturan dan secara tidak
langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin, dan membina jati
diri kearah kepimpinan yang terbaik.
Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model kepada pelajar lain. Dalam
sukan pelbagai perkara dipelajari dari patuh kepada arahan jurulatih sehinggalah membina
kesepaduan pasukan menerusi kesabaran, ketepatan masa, bertolak ansur, bekerjasama dan
sebagainya.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Saya menyeru kepada semua warga pendidik agar sentiasa mendukung hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia agar pihak sekolah sentiasa responsive terhadap keperluan pelajar kearah
pemupukan dan membina bakat murid yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam
apa jua bidang sukan.
Sukan hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup
sihat dan merupakan pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan.

Adalah tidak mustahil jika hari ini murid berlari berkaki ayam di atas trek rumput tetap[I pada satu
hari nanti dengan bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada pada, murid tadi akan berlari
dipersada antarabangsa mengibarkan bendera Negara.
Dalam kejohanan seperti ini kejayaan selalu menjadi ukuran yang jitu. Selalunya juara menjadi
kebanggaan semua pihak samada menerusi pujian, sanjungan dan pemberian hadiah.
Kesinambungan untuk mencipta nama diperingkat lebih tinggi perlu disemat disanubari setiap
murid untuk menjulang nama sekolah.
Dalam konteks sekolah semua murid sangat bertuah kerana pihak sekolah sentiasda memberi
galakan dan dorongan yang berterusan serta membuka peluang yang seluas-luasnya kepada
semua murid untuk bergiat cergas dalam bidang sukan yang diminatinya.
Dikesempatan ini saya menyeru agar atlet yang berjaya pada hari dan seterusnya terpilih untuk
mewakili kelompok 1 ke peringkat daerah Hilir Perak yang akan diadakan pada 8 Mac 2012 di
Stadium Sabak Bernam agar terus berlatih dengan gigih dan tanamkan semangat juang yang
tinggi akan dapat mencipta rekod Kelompok 1 menjadi Johan Daerah 4 Tahun berturut-turut sesuai
dengan moto sukan kelompok 1 iaitu EMAS DICARI, ATLET BERKUALITI
Sekian.

You might also like