You are on page 1of 2

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SCIENTEX

KALI KE-4 BAGI TAHUN 2022


TEKS UCAPAN ALUAN GURU BESAR

ENCIK MOHD JAAFAR BIN ABD RAHIM


GURU BESAR, SK TAMAN SCIENTEX

PADA 1 JUN 2022, DI PADANG SK TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG, JOHOR.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga SK Taman Scientex
mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang hadir bagi
sama-sama merasai dan menyaksikan Kejohanan Olahraga pada tahun
ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah
bertungkus-lumus bagi menjayakan Kejohanan Olahraga pada hari
ini. Acara sebelum kejohanan sukan ini memerlukan pengorbanan
masa dan tenaga. Dalam masa yang sama, guru-guru tidak pernah
mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya, kepentingan
sukan sama utama dengan kepentingan akademik. Kepada semua
murid , tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian
demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan
ke dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada
pencapaian akademik untuk semua murid.

Hadirin yang  dihormati,


Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar
sekolah SK Taman Scientex. Kepada semua murid yang terserlah
kecemerlangannya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi
atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi
bagi mewakili daerah, negeri mahupun negara.

Saya merasakan  Kejohanan Olahraga ini merupakan medan terbaik


untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat murid.Hasil
penglibatan aktif murid dalam bidang sukan di sekolah ini,telah
membuahkan hasil apabila kejayaan demi kejayaan telah berjaya
dikecapi.
Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan
memberikan sokongan kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam
aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam
bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan
dalam bidang kurikulum.

Akhir kata,
Terima Kasih kepada __________________________________yang
sudi hadir untuk merasmikan Kejohanan Olahraga kali ini.

Terima Kasih kepada guru-guru yang berkorban masa,tenaga dan


minda. Andalah sumber tenaga utama untuk Kejohanan Olahraga bagi
tahun ini.

Terima Kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak,


dan 

Terima Kasih kepada semua murid yang amat bersemangat


mengambil bahagian dalam semua acara yang telah berlangsung
sebelum dan pada hari Kejohanan Olahraga ini.

SOKONGLAH KAMI WARGA SK TAMAN SCIENTEX untuk


membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang dimasa akan datang.

Sekian, terima kasih.

You might also like