You are on page 1of 2

Teks ucapan yang berusaha

En bascaran a/l arumugam


Guru besar sk la salle sentul
Sempena kejohanan sukan tahunan kali ke-

Bismillahir rahmanir rahim.


Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam dan salam sejahtera.

Yang Dihormati , Pn
Yang dihormati, en. Mohd mohyiddin bin mohd mesbah, yang dipertua pibg sesi
2018/2019,
Yang berusaha, en. Abdul rashid bin abdul wahab, penolong kanan pentadbiran, puan
nor azizah binti mohd lazim, penolong kanan hal ehwal murid, en mohd aidilfitri bin
ramelan, penolong kanan kokurikulum, barisan guru -guru, ajk pibg, ibu bapa – ibu bapa,
dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga sk la salle sentul mengucapkan
selamat datang kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan
menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada
guru-guru yang telah bertungkus-lumus sejak 2 minggu yang lalu, bermula dengan acara
pemilihan murid, sukan tara dan persediaan akhir. Acara sebelum kejohanan sukan ini
,memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama , guru-guru tidak
pernah mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya, kepentingan sukan sama
utama dengan kepentingan akademik. Kepada murid-murid , tahniah saya ucapkan atas
kegigihan mengambil bahagian demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika
dipindahkan ke dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada
pencapaian akademik murid-murid.

hadirin yang dihormati,

kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar sekolah. Kepada
murid yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi
atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili
daerah, negeri dan negara.saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik
untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat murid, manakala para pelajar
pula berpeluang mengerah kudrat, melepaskan beban emosi dengan berlari sederas
yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga dalaman
seterusnya menjadi juara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan
kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan
penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta
kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

akhir kata,
Terima kasih kepada puan aisyah yang sudi hadir utk merasmikan kejohanan sukan kali
ini. Terima kasih kepada guru-guru yang berkorban masa,tenaga, dan minda. Terima
kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak, dan terima kasih kepada
murid-murid yang amat bersemangat mengambil bahagian dalam semua acara yang
telah berlangsung sebelum & pada hari ini. Sokonglah kami warga sk la salle sentul untuk
membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang selaras
dengan pelan pembangunan pendidikan malaysia (pppm 2013-2025).

Sekian, terima kasih.

You might also like