You are on page 1of 6

Bismillahirrahmannirrahim…

Terima kasih Pengerusi Majlis,


Yang Berbahagia,
Dato’ Abdul Fattah Abdullah, President Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia Berhad
Yang Berbahagia
Puan Hajah Siti Salmiah binti Yaakob, Pengetua SMK Seksyen 7
Yang Berbahagia
Datin Sabariah binti Idris, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Seksyen 7 .
Yang Berusaha,
Puan Nor Haliza binti Haron, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Faridah Akhma binti Zulkifli, Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Rosliza binti Abdul Rahman, Penolong Kanan Petang
Yang Dihormati,
Tetamu-tetamu undangan,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru Kaunselor,
Barisan AJK PIBG,
Guru-guru
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

1
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam

sejahtera.

Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita

bersama-sama menghadiri Majlis Apresiasi D’ 7, SMK Seksyen 7,

bagi tahun 2018. Terima kasih diucapkan kepada Yang

Berbahagia Dato’ Abdul Fattah Abdullah, President Angkatan

Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atas kesudian

meluangkan masa untuk hadir ke majlis pada pagi ini. Terlebih

dahulu saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada warga

SMK Seksyen 7 terutamanya barisan pentadbir kerana sekali lagi

telah berjaya menganjurkan majlis yang gilang-gemilang ini yang

merupakan tahun kedua penganjurannya. Majlis Apresiasi D’7

pada tahun ini menggabungkan pengiktirafan kepada bidang

kokurikulum dan bidang hal ehwal murid. Majlis seperti ini amat

baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya memberi

pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan

prestasi yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik

dan kokurikulum bahkan juga dalam bidang sahsiah. Selain

memberi pengiktirafan kepada murid-murid, majlis ini juga turut


2
menghargai jasa komuniti yang turut membantu dalam

pembangunan SMK Seksyen 7. Diharapkan juga, majlis ini akan

menyuntik semangat kepada murid-murid lain untuk

meningkatkan pencapaian masing-masing pada masa hadapan

dalam pelbagai bukan hanya berfokus kepada bidang akademik

sahaja.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Memperkasakan pelbagai ilmu pengetahuan, memberi

penekanan dalam bidang sukan dan kokurikulum serta

penerapan pelbagai kemahiran dalam kalangan murid-murid

menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah. Walau

bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja

tidak mencukupi seandainya faktor nilai-nilai murni tidak dijadikan

pedoman. Seperti yang kita ketahui, murid-murid pada masa kini

terdedah kepada pelbagai unsur negatif seiring dengan

kecanggihan teknologi yang membolehkan murid-murid

mengakses pelbagai bahan yang tidak sepatutnya. Keadaan ini

sangat membimbangkan kerana saban hari kita mendengar

3
tentang penglibatan anak-anak remaja dalam kancah gejala

sosial. Justeru, nilai-nilai agama dan moral inilah yang akan

memberi petunjuk dan pedoman kerana terkandung nilai yang

baik untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh

cabaran. Oleh itu, pengiktirafan yang diberikan kepada murid

yang bersahsiah akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk

terus menjadi murid yang bersahsiah tinggi sekaligus menjadikan

mereka rasa dihargai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Selain menitikberatkan sahsiah yang terpuji dalam diri

murid, pembangunan kokurikulum juga perlu dirancang dengan

teliti dengan mengambil kaedah menyeluruh dan bersepadu.

Segala bakat dan potensi murid perlu dibangunkan dengan

efektif. Apabila murid bersahsiah dan aktif dalam bidang

kokurikulum, saya amat yakin bahawa SMK Seksyen 7 akan

dapat melahirkan murid-murid generasi pewaris kepemimpinan

negara yang memiliki semangat perpaduan dan semangat

kesukanan, mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan

4
dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif sekaligus konstruktif.

Tidak mustahil juga SMK Seksyen 7 mampu melahirkan bakal-

bakal atlet negara yang boleh mengharumkan nama negara di

persada antarabangsa.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kami bagi pihak ibu bapa sentiasa bersedia berganding

bahu bersama-sama pihak sekolah dalam melaksanakan apa

sahaja program yang dirancang demi kecemerlangan murid-

murid SMK Seksyen 7. Saya selaku YDP PIBG berasa amat

bangga kerana disokong oleh barisan AJK PIBG yang begitu

komited dan sentiasa bersedia dengan buah fikiran untuk

memastikan SMK Seksyen 7 sentiasa cemerlang daripada

pelbagai aspek. Dengan adanya gandingan mantap antara pihak

sekolah dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SMK Seksyen 7

lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan

kokurikulum murid-murid agar terus cemerlang serta dapat

meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta

komuniti terhadap sekolah ini.

5
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada Unit HEM

dan Unit Kokurikulum serta semua ahli jawatankuasa yang telah

menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Saya juga ingin

mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid, guru-

guru dan komuniti yang menerima anugerah pada hari ini.

Semoga anugerah yang diterima menjadi pembakar semangat

untuk terus meraih kejayaan. Harapan saya agar sekolah ini akan

terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang

yang sedang dan yang akan diceburi.

Sekian, terima kasih

You might also like