You are on page 1of 2

Bismillahirrahmannirrahim…

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh,


Terima kasih pengerusi majlis,

Yang dihormati,
Puan Rafadzilah Binti Abdul Rahim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Dara Binti Khamis


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Ooi Mei Gek


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru serta murid yang dikasihi sekalian

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah
s.wt. kerana dengan izinNya dapat kita Bersama-sama bagi melaksanakan Majlis
Pelancaran NILAM dan Minggu Bahasa Melayu tahun 2022. Saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada guru-guru NILAM dan guru dari Panitia dan Persatuan
Bahasa Melayu serta barisan pengawas pusat sumber yang telah bertungkus lumus dan
berganding bahu untuk menjayakan majlis pada hari ini. Sesungguhnya program ilmu ini
banyak memberi manfaat kepada kita semua.

Matlamat utama NILAM atau dikenali Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah bertujuan
membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar. Program ini
mempunyai beberapa objektif secara umum iaitu menjadikan pelajar banyak membaca
dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca. Tiga Elemen Program NILAM ialah rekod membaca, pengesahan pembacaan
dan seterusnya pengiktirafan. Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku
Rekod Membaca NILAM. Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku
yang dibaca. Murid yang mendapat lima bintang dalam anugerah NILAM perlu membaca
720 buah buku dan ke atas serta mendapat markah yang tinggi dalam Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Untuk pengetahuan semua, hasrat, niat serta matlamat Program NILAM begitu
murni sekali iaitu untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah
yang seterusnya akan melahirkan murid-murid yang suka membaca dan cintakan ilmu.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Sifat suka membaca ialah satu amalan mulia yang seharusnya dijadikan budaya
seumur hidup. Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan
maklumat, ilmu pengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Membaca boleh
mendidik diri sendiri dalam pelbagai aspek. Ilmu pengetahuan dan maklumat
membolehkan kita meningkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju
dalam dunia kini yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi. Rakyat yang suka
membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada
hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari pada hari ini. Justeru, saya
sangat berharap murid-murid dan guru-guru SK Taman Desa Jaya dapat menanamkan
minat membaca dalam diri masing-masing. Inilah suatu amalan yang harus dipuji dalam
usaha kita melahirkan modal insan cemerlang yang akan menjadi aset terpenting negara.

Sempena dengan majlis ini, saya menyeru kepada semua murid dan guru-guru
boleh berkunjung ke PSS dan gunakanlah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh
PSS dengan sebaik mungkin bagi memenuhi objektif program NILAM dan Minggu Bahasa
Melayu. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun

Bunga Melur dalam jambangan,


Di tepi kolam menjadi hiasan,
Ku cipta pantun buat renungan
Semarak NILAM empunya wawasan

Dengan ini, saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan Majlis Pelancaran
NILAM dan Minggu Bahasa Melayu bagi tahun 2022. Sekian, terima kasih.
Wabillahhitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh.

You might also like