You are on page 1of 8

GENGGAM GEMILANG

GENGGAM GEMILANG
GENGGAM GEMILANG
GENGGAM GEMILANG
AT
POLISI SEKOLAH SELAM
KESELAMATAN PERGI & BALIK SEKOLAH

TATACARA PIHAK PENGURUSAN


 Peka dan mengambil tindakan segera terhadap maklumat yang disampaikan
tentang keselamatan pelajar.
 Mengenal pasti kaedah para pelajar pergi dan balik sekolah.
 Membuat pemantauan keselamatan pelajar dari semasa ke semasa.
 Membuat pengawasan tentang pelawat-pelawat yang keluar masuk dalam kawasan
sekolah.

TATACARA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING


 Sentiasa memberi kesedaran dan kefahaman kepada para pelajar tentang
pentingnya keselamatan diri.
 Menerima aduan pelajar-pelajar dan mengambil tindakan susulan mengenainya.
 Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang mempunyai niat
tidak baik.
 Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak yang berkenaan jika menerima aduan
pelajar yang serius.
 Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak yang berkenaan jika menerima aduan
pelajar yang serius.
 Menganalisis setiap kejadian / insiden yang berlaku.
 Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Pemuafakatan, Jawatankuasa
Keselamatan dan PIBG semasa.
 Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar semasa perjalanan pergi dan balik
sekolah.

TATACARA GURU
 Melaksanakan program-program mengenai keselamatan jalan raya.
 Memberikan penerangan mengenai keselamatan pergi dan balik sekolah kepada
ibu bapa / penjaga melalui Mesyuarat PIBG.
 Menyimpan rekod tentang kenderaan pelajar ke sekolah.
 Meletakkan kenderaan dalam keadaan selamat dan di tempat yang telah ditetapkan.

GENGGAM GEMILANG
AT
POLISI SEKOLAH SELAM
KESELAMATAN PERGI & BALIK SEKOLAH

TATACARA GURU bertugas


 Memastikan/ mengarahkan para pelajar berkumpul di Dataran Wawasan
SMKTDS / tempat yang telah ditetapkan apabila sampai di sekolah.
 Memantau kawasan sekolah terutama di tempat-tempat yang sunyi seperti di
Makmal Sains, bengkel dan tempat letak kenderaan.
 Memastikan pelajar-pelajar berada di dalam kelas semasa proses PdPc berjalan.
 Memantau para pelajar beratur di luar bilik darjah agar berada dalam keadaan
teratur di bawah pengawasan guru mata pelajaran (Waktu akhir PdPc).
 Memastikan para pelajar melalui laluan bilik yang ditetapkan sehingga pintu
pagar (Pagar A/B).

TATACARA pelajar pergi sekolah


 Pelajar mesti tiba dalam kawasan sekolah SMKTDS sebelum jam 7.15 pagi
(sesi pagi) dan sebelum jam 12.15 tengah hari (sesi petang).
 Pelajar digalakkan hadir awal. Pelajar dikenakan tindakan tegas jika tiba lewat
ke sekolah.
 Semua pelajar berkumpul di Dataran Wawasan SMKTDS sebelum masuk kelas.
 Berhati-hati di jalan raya. Sentiasa mematuhi undang-udang jalan raya.
 Jika berjalan kaki, pastikan berjalan dalam satu barisan dan bertentang dengan
arus kenderaan.
 Jangan bertolak-tolak / berkejar-kejaran / bergurau di jalan raya.
 Ibu bapa/ penjaga yang menghantar anak, hendaklah menghantar di luar pagar
sekolah.
 Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah hingga
perhimpunan selesai.
 Semua pelajar wajib hadir perhimpunan sekolah.
 Pelajar yang membawa kenderaan sendiri, WAJIB mempunyai lesen memandu
serta mempunyai cukai jalan yang sah. Pelajar wajib mendaftar kenderaan yang
dibawa dengan pihak sekolah. Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang
dikhususkan.
 Keselamatan kenderaan adalah di bawah tanggungjawab pelajar.

GENGGAM GEMILANG
AT
POLISI SEKOLAH SELAM
KESELAMATAN PERGI & BALIK SEKOLAH

TATACARA pelajar balik sekolah


 Waktu balik ialah pukul :
1.30 petang (sesi pagi) & 6.45 petang (sesi petang).
 Pelajar hendaklah beratur dan mengikut laluan yang telah ditetapkan.
 Pelajar hendaklah berjalan dalam keadaan yang teratur, selamat dan sentiasa patuhi
peraturan lalu lintas.
 Pelajar hendaklah terus pulang ke rumah.
 Maklumkan kepada pihak sekolah jika menghadapi sebarang masalah semasa dalam
perjalanan balik dari sekolah.

TATACARA pelajar pergi & balik sekolah menggunakan kenderaan awam


 Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor pendaftaran
kenderaan, pemandu, pembantu pemandu atau identiti khas.
 Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila ingin naik atau turun.
 Berbaris dan tidak berebut semasa naik atau turun dan tidak bertolak-tolak untuk tujuan
tersebut.
 Sekiranya terpaksa dalam kenderaan, pastikan berdiri dalam keadaan stabil dengan
memegang pemegang yang disediakan dan tidak berdiri di tangga.
 Jangan bergurau, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan kepala dan
mencampakkanbarang keluar atau lain-lain perbuatan yang boleh membahayakan diri
sendiri atau orang lain.
 Sentiasa mengingatkan rakan-rakan tentang tatacara ini.
 Sentiasa beringat sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini.

TATACARA pelajar menunggang motosikal


 Memastikan motosikal mempunyai insuran lengkap dengan cukai jalan dan motosikal
dalam keadaan sempurna.
 Pelajar yang menunggang motosikal WAJIB mempunyai lesen yang sah.
 Gunakan topi keledar dan pakaian yang boleh memantulkan cahaya dan sentiasa
mematuhi undang-undang jalan raya.
 Menunggang motosikal dalam keadaan berhemah (tidak bergurau, berlumba-lumba,
bergandingan semasa menunggang atau membawa pembonceng lebih dari seorang).
 Jika berlaku kemalangan, minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada guru
bertugas/ guru/ pentadbir sekolah. Seterusnya ikut prosedur yang perlu dilakukan seperti
membuat laporan polis (mengikut keperluan kes) dan sebagainya.

GENGGAM GEMILANG
AT
POLISI SEKOLAH SELAM
KESELAMATAN PERGI & BALIK SEKOLAH

TATACARA pelajar berjalan kaki

 Melintas jalan
 Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan.
 Hendaklah berdiri di kaki lima jalan.
 Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan besar akan lalu.
 Ikut arahan trafik (jika ada).
 Apabila hendak melintas jalan, lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula.
 Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan dan selamat

 TEMPAT YANG SELAMAT UNTUK MELINTAS JALAN


 Lintasan pejalan kaki (Zebra crossing).
 Laluan bawah
 Jejantas.
 Dekat lampu isyarat.
 Di tempat yang terdapat anggota polis trafik/ pengawal lalu lintas.
 Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan.

 Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki


 Nampakkan diri anda kepada pemandu kenderaan. Jangan melulu terus untuk
melintas.
 Melintaslah apabila lampu hijau dan selamat untuk melintas.

 BERJALAN KAKI DI TEMPAT SUNYI


 Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang.
 Pelajar perlu ada pengetahuan seni mempertahankan diri.
 Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik. Menjerit meminta tolong/ cuba
mempertahankan diri/ lari menyelamatkan diri.
 Laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya.
 Jika terdapat kenderaan yang mencurigakan, catatkan nombor pendaftaran
kenderaan dan maklumkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.

GENGGAM GEMILANG

You might also like