You are on page 1of 1

Polisi Balik Sekolah Selamat

Peraturan Am
Pelajar bergerak dari kelas semasa waktu balik diwajibkan mengikut laluan yang
telah ditetapkan.

Pelajar Yang Berjalan Kaki


Mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan untuk pejalan kaki pergi
dan balik sekolah.
 Elakkan berebut-rebut ketika keluar dari kawasan sekolah.
 Elakkan jalan beriringan tiga atau empat orang sehingga menghalang kenderaan
lain.
 Sentiasa berwaspada, berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya
terutamanya ketika melintas jalan.
 Pelajar diharapkan tidak bergurau atau bermain-main dengan rakan ketika berada
di jalan raya.
 Pelajar dinasihatkan jangan sesekali menerima pelawaan orang yang tidak
dikenali untuk menghantar pulang.

Berbasikal
 Murid hendaklah menuntun basikal ketika berada di kawasan sekolah.
 Murid diingatkan supaya tidak berlumba-lumba ketika menunggang basikal.
 Sentiasa memastikan basikal dalam keaadaan baik dan selamat untuk ditunggang
 Sentiasa menunggang basikal dengan kadar kelajuan yang ditetapkan.

Kenderaan Penjaga
 Pelajar dikehendaki menunggu kenderaan penjaga masing-masing di tempat yang
telah ditetapkan.
 Memberitahu penjaga tempat murid menunggu.
 Elakkan daripada menerima pelawaan menghantar pulang daripada orang yang
tidak dikenali.

You might also like