You are on page 1of 2

Panduan Keselamatan Sekolah

Para pelajar haruslah selalu berwaspada untuk meningkatkan keselamatan


diri dan sekolah.

1. Jangan mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.


2. Elakkan diri daripada melalui jalan atau lorong yang sunyi.
3. Jangan berjalan seorang diri semasa ke sekolah atau pulang ke rumah.
4. Jangan menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.
5. Jangan menerima pertolongan atau pemberian daripada orang yang tidak
dikenali.
6. Jika diganggu orang, larikan diri atau menjerit untuk meminta tolong.
7. Jika ternampak seseorang atau perkara yang mencurigakan, laporkan
kepada guru, pihak sekolah atau ibu bapa.
8. Meminta pertolongan melalui talian “999” jika berlaku sebarang
kecemasan.
Keselamatan Murid Dalam Sekolah
Demi keselamatan murid dalam sekolah, pihak sekolah memohon kerjasama
dan sokongan ibu bapa untuk mematuhi langkah-langkah berikut. Segala
kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

1. Ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak mereka sampai ke pintu


sekolah dan melihat anak memasuki kawasan sekolah.
2. Ibu bapa yang ada urusan penting mesti mendaftar diri di pondok
pengawal yang terletak di pintu depan sekolah sebelum memasuki kawasan
sekolah.
3. Elakkan membawa makanan kepada anak agar memupuk sifat berdikari.
Jika perlu menghantarkan makanan kepda anak, sila beritahu anak
tuan/puan untuk menunggu di pintu belakang.
4. Semua murid hanya dibenarkan keluar dari kawasan sekolah ketika kereta
ibu bapa tiba di pintu sekolah.
5. Demi keselamatan murid, ibu bapa diminta membawa anak mereka balik
tepat pada masa yang ditetapkan.
6. Ibu bapa dilarang menuggu anak mereka di luar bilik darjah ataupun
dalam kawasan sekolah.

7. Kenderaan ibu bapa dilarang berhenti di depan pintu sekolah ataupun


memasuki kawasan sekolah.
8. Ketika hari hujan, kenderaan ibu bapa dibenarkan masuk ke kawasan
sekolah untuk menghantar anak dan diminta meninggalkan kawasan sekolah
dengan kadar segera demi keselamatan murid.
9. Sentiasa mendidik anak cara-cara menjaga keselamatan diri.

You might also like