You are on page 1of 2

LAPORAN LATIHAN KAWAD KAKI PERKHEMAHAN SEHARI BADAN BERUNIFORM SEKOLAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAPAH, KUCHING 2013

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 21 September 2013 : 0830-1230 (2 Sesi) : Dewan SJK (C) Tapah : Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah 35 orang : Ahli Pengakap- 49 orang

Guru Pembimbing: Puan Yeo Leh Yiang : Encik Chen Fun Sin : Cik Lim Li Khun : Cik Lau Xin Yi : Cik Cheah Xin Yi : Cik Si Jac Ling

Aktiviti yang dijalankan:

Kawad kaki merupakan salah satu aktiviti asas dalam perkhemahan unit beruniform ini. Latihan kawad kaki ini bertujuan untuk membentuk seseorang murid yang berdisiplin dan membangunkan semangat berpasukan dan bekerjasama dalam kalangan ahli pasukan.

3 kumpulan dalam Persatuan Bulan Sabit Merah manakala 4 kumpulan dalam Pengakap. Satu sesi sepanjang 2 jam, persatuan bulan sabit merah memulakan latihan kawad kaki dahulu dan selepas itu menukar kepada pengakap. Kami memulakan latihan kawad kaki ini mengikut kumpulan masing-masing dan dibimbing oleh guru yang berlainan. Setelah itu, kami digabungkan dan melakukan latihan kawad kaki mengikut arahan yang diberikan oleh komander.

Sepanjang latihan kawad kaki ini dijalankan, beberapa bahasa hukuman digunakan oleh komander. Yang biasanya ini adalah pergerakan

statik, misalnya: senang diri , berpusing ke kiri dan kanan, hentak kaki dan berhenti. Sebahagian murid-murid dapat mengikut bahasa hukuman ini, hanya beberapa orang keliru dengan komen yang diberikan . Masalah yang besar kepada mereka adalah tidak faham maksud perkataan bahasa hukuman dalam Bahasa Melayu , mereka dapat membetulkan pergerakan ini selepas beberapa kali latihan.

Bukan sahaja pegerakan statik kawad kaki dalam sesi ini, juga ada pergerakan tidak statik kawad kaki dalam pasukan besar iaitu berjalan. Biasanya murid-murid melakukan kesilapan semasa berjalan seperti tidak memelihara jarak, jauh dan lurus barisan dengan betul , langkah kaki dalam barisan tidak sama dan aksi berhenti letak di kaki yang salah.

Murid yang melakukan kesilapan seperti di atas akan ditarik keluar dari pasukan untuk menjalankan latihan secara ulangan. Murid dapat masuk ke pasukan meneruskan latihan jika telah membetulkan kesilapan itu.

Kedua-dua persatuan telah berjaya menjalankan aktiviti ini dengan sempurna atas bimbingan guru pembimbing. Melalui aktiviti ini, murid dapat memahami kemahiran kawad kaki dan menghasilkan murid yang berdisiplin. Mereka juga dapat melatih kawad kaki dengan semangat berpasukan yang tinggi.

Disediakan oleh,

__________________ (YCK) Guru Pembimbing Latihan Kawad Kaki

You might also like