You are on page 1of 3

QUESTION AND ANSWER (Q&A)

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU (SPPB)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
MODUL SEGAK & BMI 5-9T

1. Siapakah Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T


Penyelaras SEGAK adalah Pengetua/ guru besar/ GPK1. Pentadbir SPPB
sekolah perlu menetapkan seorang atau lebih pentadbir sebagai
penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T.

2. Adakah dua orang guru boleh didaftarkan dalam Modul Pengurusan


Institusi bagi pengisian Keputusan Ujian SEGAK & BMI 5-9T?
Tidak. Hanya seorang guru sahaja dibenarkan untuk didaftarkan dalam
Modul Pengurusan Institusi.

3. Adakah guru Pendidikan Khas juga terlibat dalam pengisian


keputusan ujian dalam SPPB SEGAK & BMI 5-9T?
Ya. Guru Pendidikan Khas di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program
Pendidikan Khas Inklusif (PPKI) dan Prasekolah PPKI juga terlibat bagi
pengisian keputusan ujian BMI 5-9T semua Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK).

4. Adakah guru prasekolah juga perlu mengisi data skor ujian BMI 5-9T
di dalam SPPB SEGAK & BMI 5-9T?
Ya. Peranan guru sekolah juga perlu ditetapkan dalam modul Institusi
MOEIS di bawah kategori Aktiviti Luar.

5. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya nama murid yang dipaparkan


tidak sama dengan jumlah murid yang sepatutnya di dalam kelas?
Senarai murid boleh dikemas kini melalui Menu Pengurusan Data yang
terdapat pada Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T (Rujuk Manual
Pengguna Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T).
6. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya guru tidak boleh buat
pengisian yang disebabkan oleh paparan ‘freeze’?
Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T hendaklah mengemas kini guru
yang mengajar kelas berkenaan melalui Menu Pengurusan Data (Rujuk
Manual Pengguna Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T).

7. Adakah laporan keputusan murid boleh di muat turun sebelum


penyelaras membuat pengesahan?
Tidak. Laporan hanya boleh di muat turun selepas penyelaras membuat
pengesahan.

8. Adakah laporan keputusan murid boleh di muat turun setelah sistem


ditutup?
Ya. Laporan murid boleh dimuat turun walaupun sistem telah ditutup.

9. Adakah nama Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) akan


terpapar bagi pengisian keputusan ujian SEGAK?
Tidak. Nama murid MBPK automatik tidak dipaparkan dalam senarai nama
murid yang melaksanakan ujian SEGAK.

10. Mengapa keputusan ujian yang telah dimasukkan tidak boleh


disimpan?
a) Pastikan semua data yang diisi telah dipaparkan dan Status
Kecergasan atau Status BMI juga terpapar.
b) Sekiranya murid tersebut adalah MBPK (bagi ujian BMI 5-9T), mohon
pilih dahulu ‘KATEGORI’ MBPK mengikut jenis ketidakupayaan murid
tersebut.

11. Apakah kategori MBPK yang perlu dipilih sekiranya murid tersebut
adalah MBPK masalah pendengaran, penglihatan dan masalah
pembelajaran?
Pilih kategori MBPK-lain-lain kategori.

12. Adakah data yang telah disahkan boleh dikemas kini semula?
Ya. Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T boleh memohon untuk reset
semula keputusan ujian yang telah disahkan bagi sesebuah kelas dengan
menekan butang ‘semakan semula’. Data boleh direset oleh BPK atau
Pentadbir SPPB SEGAK & BMI 5-9T di peringkat JPN. Pihak sekolah perlu
memaklumkan permohonan yang dibuat kepada Pentadbir SPPB SEGAK
& BMI 5-9T di peringkat JPN.
13. Adakah keputusan ujian yang telah disahkan boleh dikemas kini
semula selepas tarikh tutup pengisian?
Tidak. Data hanya boleh dikemas kini sebelum tarikh tutup pengisian.

14. Adakah keputusan ujian boleh dikemas kini setelah dihantar kepada
Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T?
Ya. Klik semula pada icon pensil untuk kemas kini.

15. Adakah data boleh disahkan selepas sistem ditutup?


Tidak. Data hendaklah disahkan sebelum sistem ditutup.

16. Adakah guru perlu mengisi keputusan ujian SEGAK atau BMI 5-9T
murid yang tidak melaksanakan ujian?
Tidak. Guru hendaklah klik semula butang ‘Ditaksir’ dan meletakan
justifikasi tidak ditaksir.

17. Adakah keputusan ujian murid bukan warganegara boleh diisi dalam
SPPB?
Ya. Keputusan ujian murid bukan warganegara juga boleh dikunci masuk
dalam SPPB KPM Modul SEGAK & BMI 5-9T.

18. Adakah graf boleh dimuat turun?


Ya. Graf boleh dimuat turun.

You might also like