You are on page 1of 7

Nota Sejarah Bab 1 (SEJARAH DAN KITA) -Tingkatan 1

1.1 PENGERTIAN SEJARAH

1. Ahli-ahli sejarah atau sejarawan memberikan beberapa pengertian tentang


istilah sejarah.

a. Herodotus- Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan


sebab-sebab mereka melakukannya
b. Ibn Khaldun- Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau
peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-
sifat masyarakat itu.
c. Muhd. Yusof Ibrahim- Sejarah merupakan catatan ataupun rekod
mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu
2. Istilah sejarah dikatakan berasal daripada kata Arab, iaitu syajaratun yang
membawa maksud:

a. pohon atau pokok


b. salasilah , riwayat , asal-usul, dan keturunan

3. Sejarah merupakan penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku

4. Rekod-rekod lalu dikaji oleh ahli-ahli sejarah dan hasil kajian itu
dikeluarkan dalam bentuk penulisan, filem , foto dan sebagainya.

5. Antara penulis sejarah awal negara termasuklah:

a. Tun Sri Lanang menghasilkan Sejarah Melayu


b. Abdul Hadi Hassan menulis Sejarah Alam Melayu
c. Raja Ali Haji menghasilkan Tuhfat al-Nafis

1.2 CIRI-CIRI SEJARAH

1. Ciri-ciri sejarah adalah penting bagi kita merekonstruksi peristiwa yang


telah berlaku.

2. Gambaran sesuatu peristiwa dengan mengumpul dan menyalin maklumat


yang diperoleh daripada ciri-ciri sejarah.

3. Peristiwa yang bersejarah mempunyai ciri-ciri yang berikut:


a. Fakta yang tepat dan benar
b. Penting dan bermakna
c. Sebab dan akibat

Fakta yang tepat dan benar

1. Fakta sejarah merupakan peristiwa,tempat, tokoh, dan tarikh yang dapat


dibuktikan kebenarannya.

2. Fakta sejarah perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan


kesahihannya.

3. Fakta sejarah tidak boleh ditokok tambah atau direka.

4. Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari


2001 adalah contoh fakta yang tepat dan benar.

Penting dan bermakna

1. Peristiwa yang bersejarah mestilah penting dan bermakna kepada


individu, keluarga, masyarakat atau negara.

2. Contoh-contoh peristiwa yang penting dan bermakna:

a. Hari kelahiran dan hari mula bersekolah merupakan peristiwa yang


bermakna kepada seseorang individu
b. Tarikh perkahwinan ibu bapa merupakan peristiwa yang penting kepada
keluarga
c. Hari Pekerja dan Hari Guru merupakan hari bersejarah untuk menghargai
sumbangan pekerja dan guru kepada masyarakat
d. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa yang bermakna kepada negara
kerana menandakan tamatnya penjajahan British di negara kita.

Sebab dan akibat

1. Sejarah ialah bidang ilmu yang bertujuan untuk mencari kebenaran


sesuatu peristiwa yang pernah berlaku.

2. Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, kita perlu tahu apa,
siapa, bila , mengapa, bagaimana, dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku

3. Cara ini dapat membuktikan kesahihan sesuatu fakta sejarah

4. Sebagai contoh, kemasukan buruh Cina dan India semasa penjajahan


British di negara kita telah mewujudkan masyarakat berbilang bangsa.

5. Sebab dan akibat sesuatu peristiwa membolehkan kita mengetahui


mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku serta kesannya.

1.3 SUMBER SEJARAH

1. Penulisan sejarah adalah berasaskan kajian terhadap sumber sejarah.

2. Sumber sejarah dianggap penting kerana dapat memberi maklumat dan


bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa.

3. Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu:

a. Sumber primer atau sumber pertama


b. Sumber sekunder atau sumber kedua

4. Ciri-ciri sumber pertama dan kedua adalah seperti berikut:

1.4 KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH

Kaedah lisan

1. Kaedah lisan merupakan cara memperoleh maklumat daripada responden


melalui ucapan, perbualan. penceritaan, dan pengisahan

2. Maklumat sejarah dapat diperoleh melalui temu bual dengan seseorang


tokoh atau melalui ucapan seseorang tokoh

3. Sumber lisan mempunyai kelemahan kerana sumber ini sering ditokok


tambah dan bercampur dengan unsur dongeng, mitos, dan lagenda

4. Oleh itu, sejarawan akan memilih, mentafsir, dan membandingkan fakta


untuk mendapatkan maklumat yang benar.

5. Kaedah mendapatkan sumber sejarah turut dipengaruhi oleh


perkembangan sains dan teknologi

6. Peralatan seperti radio, televisyen, video, cakera padat, pita rakaman dan
internet yang digunakan dipanggil kaedah pandang dengar

7. Perbualan dan temu ramah juga merupakan salah satu sumber yang
digunakan dalam kaedah lisan

8. Kaedah perbualan dan temu ramah ini digunakan untuk mendapatkan


berkaitan pandangan seseorang tokoh

Kaedah bertulis

1. Kaedah mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar


atau dipahat pada batu, dinding gua, logam, kulit kayu atau kertas dipanggil
kaedah bertulis

2. Sumber bertulis itu membolehkan sejarawan memperoleh maklumat


tentang sesuatu peristiwa, perkara, perundangan, adat resam, dan tokoh

Kaedah arkeologi

1. Kaedah mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik dipanggil


kaedah arkeologi

2. Dalam bidang arkeologi, terdapat pelbagai cabang seperti maritim,


angkasa lepas, dan gali cari

3. Ahli arkeologi memperoleh maklumat melalui proses gali cari

4. Melalui kaedah arkeologi, bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan


ketepatan usianya menerusi kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon.

5. Hasil daripada kaedah arkeologi ini, ahli arkeologi dapat:

a. Membuat tafsiran dan pertarikhan tentang budaya sesebuah masyarakat


b. Membuat tafsiran terhadap maklumat yang diperoleh
6. Contoh sumber arkeologi:

a. fosil
b. artifak
c. kulit siput
d. binaan daripada batu
e. peralatan daripada logam
f. tembikar

1.5 PENTAFSIRAN SEJARAH

1. Tafsiran sejarah yang dibuat oleh seseorang sejarawan boleh menjadikan


sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya

2. Seseorang sejarawan perlu melakukan penyelidikan untuk membuat


tafsiran sejarah yang tepat dan betul

3. Sejarawan yang berlainan mungkin membuat tafsiran yang berbeza


tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama

4. Ini adalah kerana setiap sejarawan mempunyai pandangan yang berlainan


tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama.

5. Contoh perbezaan pandangan sejarawan tentang sesuatu peristiwa sejarah


ialah:

• a. ada sejarawan berpendapat bahawa pembunuhan J.W.W. Birch di Perak


disebabkan beliau mengambil alih kuasa pembesar dan sultan
Perak
b. ada sejarawan mengatakan pembunuhan itu disebabkan
pengenalan sistem cukai oleh beliau

• a. Sejawaran barat berpendapat kedatangan British ke Tanah Melayu


disebabkan faktor kemanusiaan iaitu mereka ingin membantu raja-raja
Melayu mengamankan kacau-bilau
b. Ada sejarawan mengatakan bahawa kedatangan British ke Tanah Melayu
adalah untuk menguasai kekayaan ekonomi di sini

• a. Sejarawan Barat menyifatkan Dato' Bahaman, Mat Kilau, Dato'


Maharaja Lela dan Tok Janggut sebagai pemberontak kerana mereka
menentang penajajahan British
b. Sejarawan tempatan menyifatkan
pejuang-pejuang ini sebagai wira atau pejuang tanah air kerana
keberanian mereka menentang penjajah British
6. Semasa membuat penyelidikan dan penilaian tentang sesuatu peristiwa
sejarah, sejarawan perlu jujur dan bertanggungjawab agar dapat memberikan
maklumat yang tepat dan benar

1.6 KEPENTINGAN SEJARAH

1. Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu memahami dan menghayati


sejarah supaya:

a. Berbangga menjadi warganegara


b. Bertanggungjawab mempertahankan negara
2. Tujuan mempelajari sejarah:

a. Memperoleh banyak pengetahuan


b. Membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat, dan kepentingan sesuatu
peristiwa
c. Memahami sejarah tamadun awal bangsa kita
d. Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
e. Membentuk keperibadian bangsa
f. Menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan berbakti
demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, serta memajukan
negara dari segi ekonomi dan sosial
g. Berhati-hati agar kesilapan masa lalu tidak diulangi lagi
h. Merangka wawasan masa depan dengan penuh keyakinan
i. Berusaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara
dalam semua bidang

3. Faedah mempelajari sejarah:


a. Menjadi panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa kini dan masa
hadapan
b. Membolehkan kita memperbetulkan sebarang kesilapan yang telah kita
lakukan
c. Menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan negara
d.Memupuk semangat patriotisme atau semangat cinta akan negara
e. Melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia
f. Membantu kita menghargai dan memelihara kedaulatan negara

You might also like