You are on page 1of 78

JALAN KELISA 1, 81700 PASIR GUDANG JOHOR

PERATURAN SEKOLAH SMK TANJUNG PUTERI RESORT

WAKTU PERSEKOLAHAN

Semua pelajar mesti berada dalam kawasan sekolah jam 7.15 pagi. Setiap hari sekolah akan mengadakan perhimpunan pagi. (7.15 7.30 pagi) Pukul 7.25 pagi, pelajar akan dianggap Datang Lewat.

Sesi persekolahan bermula 7.30 pagi. (P&P) Tamat jam 1.50 petang (isnin khamis). Tamat jam 12.10 tengahari pada hari jumaat.

Masa balik
Hari Isnin hingga Khamis (1.50 petang ) Hari jumaat 12.10 tenghari. Sebelum balik pelajar dikehendaki membersihkan kelas serta menyusun kerusi dan meja. Pastikan juga suis lampu dan kipas dipadamkan.

Masa Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)


Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas pada waktu belajar, KECUALI ada kad kebenaran keluar.

Hanya ibu bapa / penjaga yang dibenarkan membawa pelajar keluar (atas alasan kecemasan)

Masa Selepas P&P


Semua pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah selepas waktu sekolah tanpa sebarang urusan dan kebenaran. Setiap aktiviti selepas sekolah mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pengetua.

KEHADIRAN
Surat Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut
3 hari

Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturutturut


10 hari

Amaran Pertama 7A

Amaran Kedua 7B

7 hari selepas Amaran Pertama 7 hari selepas Amaran Kedua 14 hari selepas Amaran Terakhir

20 hari

Amaran Ketiga 7C

40 hari

Amaran Keempat 7D

60 hari

Jika pelajar tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan, surat amaran akan dihantar kepada ibubapa/penjaga. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab atau surat akuan doktor dikira ponteng sekolah.

Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan sendiri kepada pengetua/ PK HEM/ guru tingkatan jika seseorang pelajar itu tidak dapat hadir ke sekolah. Seseorang pelajar jatuh sakit secara mengejut, surat akuan doktor perlu disampaikan kepada Guru Tingkatan oleh ibubapa/penjaga secepat mungkin.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH LELAKI

SELUAR
Seluar panjang warna hijau gelap.

Seluar hendaklah potongan biasa dan tidak berfesyen.

Buka lilitan kaki seluar panjang ialah 15 20 inci. Poket bahagian belakang hendaklah bertebuk tanpa tudung. Seluar jeans tidak dibenarkan.

SELUAR YANG TIDAK DIBENARKAN

CONTOH KESALAHAN PELAJAR.

BAJU
Kemeja biasa berwarna putih dan satu poket di sebelah kiri. (bertanda nama dan lencana)

Baju
Diperbuat dari kain kapas. Baju lengan pendek dan tidak boleh dilipat. Tidak terlalu ketat, tidak terlalu longgar, dan tidak berfesyen. Leher baju mesti berkolar.

Baju hendaklah dimasukkan kedalam seluar setiap masa.

Butang baju hendaklah sentiasa dikacing. Singlet atau baju dalam berwarna putih sahaja yang dibenarkan.

Pelajar islam dibenarkan memakai songkok berwarna hitam, keras dan tanpa sulaman.

KASUT DAN STOKING


Stokin mestilah pendek dan berwarna putih. (tidak berbelang-belang) Stokin mestilah menutup buku lali. Kasut kanvas berwarna putih dan hitam dibenarkan.

Kasut yang tidak dibenarkan.

TALI PINGGANG.
Tali pinggang yang berhias dan kepalanya besar (melebihi 3.5 cm ) tidak dibenarkan. Tali pinggang dengan lebar maksimum 3 cm dan berwarna hijau sahaja dibenarkan.

RAMBUT
Rambut hendaklah pendek dan kemas. Rambut depan tidak melebihi separuh paras dahi. Rambut tepi tidak bersentuh atau menutup telinga. Rambut belakang tidak boleh menyentuh kolar baju.

Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti punk, diwarnakan, berekor, terjuntai dihadapan, dan memakai gel dengan tujuan berfesyen.

Rambut tidak menyentuh kolar baju

Bahagian tepi tidak menyentuh telinga

Kesalahan melibatkan rambut.

MISAI DAN JANGGUT


Semua pelajar dilarang menyimpan / membela misai dan janggut serta jambang.

PAKAIAN TAMBAHAN
Pelajar tidak dibenarkan memakai rantai leher, cincin, subang, gelang dan sebagainya. (tulen atau tiruan) Tali jam yang berfesyen tidak dibenarkan.

Pelajar juga tidak dibenarkan memakai tangkal atau azimat. Sekiranya perlu, hendaklah dipakai di bahagian badan yang tidak terdedah. (pinggang / kocek)

KUKU
Semua pelajar tidak dibenarkan memelihara kuku panjang. Kuku mestilah dalam keadaan bersih, pendek dan tidak diwarnakan.

Pakaian seragam pelajar perempuan.

Pakaian sukan dan pendidikan jasmani.

KATEGORI KESALAHAN

JENIS HUKUMAN - Rotan (3 7 kali) - Kaunseling - Amaran - Menghubungi Penjaga - Gantung Sekolah - Buang Sekolah

BIDANG KUASA - Pengetua - Guru yang diberi kuasa

BERAT Kesalahan sederhana yang ke-3

- Nasihat - Kaunseling - Amaran SEDERHANA - Menghubungi Kesalahan ringan Penjaga yang ke-3 - Denda - Rotan 2 kali Nasihat Amaran Denda Kaunseling

- Pengetua/ Pen.Kanan/PK HEM/ Kaunselor - Guru yang diberi kuasa

RINGAN

- Pengetua/ Guru Besar - Semua guru

Contoh kesalahan berat


Membawa / menghisap rokok. Pergaduhan Buli Mencuri Berjudi Merosakkan harta benda sekolah

Contoh kesalahan sederhana


Keluar sekolah tanpa kebenaran Menipu, berbohong Meniru ketika ujian / peperiksaan Tidak menghormati lagu kebangsaan Fesyen rambut keterlaluan

Contoh kesalahan ringan


Tiada kekemasan diri. Keluar kelas tanpa kebenaran Memakai barang kemas. Makan / minum di dalam kelas. Lewat. Bising. Menganggu P&P.

Semua tindakan/hukuman akan

dicatatkan dalam kad disiplin. Semua barang yang dirampas mesti dituntut pleh ibu bapa/ penjaga sendiri. Pelajar dikehendaki membuat surat perjanjian untuk berkelakuan baik. Bagi setiap kesalahan pelanggaran disiplin yang dianggap berat, ibu bapa / penjaga akan dipanggil hadir ke sekolah dan dikehendaki memberi jaminan terhadap anak dibawah jagaan mereka.

Gantung Sementara / Gantung Sekolah


Pengetua sebagai kuasa tertinggi dalam pengurusan sekolah boleh mengambil tindakan berikut: Gantung sekolah apabila pelajar melakukan kesalahan yang dikategorikan berat oleh Pengetua.

Gantung sekolah sementara apabila terlibat dalam kes kesalahan yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa memberi amaran., sementara satu siasatan dijalankan. Jikalau siasatan itu mensabitkan kesalahan murid tersebut maka murid tersebut boleh dibuang sekolah.

Buang Sekolah
Pengetua sebagai kuasa tertinggi dalam pengurusan sekolah boleh mengambil tindakan buang sekolah terhadap seseorang pelajar apabila: Diarahkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tidak hadir persekolahan tanpa kenyataan Lisan dan Bertulis (Ponteng) seperti mana tatacara mengawalnya. Berkelakuan bertentangan dengan Peraturan-peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort dan disabit kesalahannya di atas perkara-perkara yang dia layak dibuang sekolah.

You might also like