You are on page 1of 11

SULIT 3756/1

1 Di antara berikut yang manakah BUKAN merujuk tentang perakaunan?


A Perakaunan adalah lebih luas daripada simpan kira
B Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan
C Perakaunan hanya digunakan di dalam perniagaan kecil-kecilan
D Perakaunan melibatkan proses melapor dan mentafsir maklumat kewangan

2 Pada tahun kewangan 2016, Kedai Buku Ali masih merekod komputer pejabat
pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM 1800

Apakah konsep perakaunan yang terlibat?


A Ketekalan
B Prinsip Kos
C Tempoh perakaunan
D Wang sebagai ukuran

3 Penyataan manakah yang merupakan ciri sebuah perniagaan milikan tunggal?


A Liabiliti pemilik terhad
B Modal disumbangkan oleh pemilik
C Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
D Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan

4 Apakah jenis milikan Penyata Kewangannya perlu diumumkan pada orang ramai?
A Perniagaan Milikan Tunggal
B Perniagaan Perkongsian
C Syarikat Sendirian Berhad
D Syarikat Awam Berhad

5 Apakah hasil operasi bagi sebuah Kedai Menjual Perabot?


A Faedah atas simpanan
B Penerimaan wang sewa ruang niaga
C Untung jualan alat pendingin hawa
D Jualan set bilik tidur pengantin

6 Apakah kesan terhadap Penyata Kedudukan Kewangan jika peniaga membawa masuk
perabot peribadi RM900 ke dalam perniagaan.
A Perabot bertambah RM900, Modal berkurang RM900
B Perabot bertambah RM900, Modal bertambah RM900
C Perabot berkurang RM900, Modal berkurang RM900
D Perabot berkurang RM900, Modal bertambah RM900

7 Urus niaga manakah yang menambahkan jumlah ekuiti pemilik?


A Menerima diskaun RM400
B Membayar sewa kedai RM700
C Membeli perabot secara kredit RM1 000
D Mengambil barang niaga untuk kegunaan keluarga RM280

1
SULIT 3756/1

8 Berikut merupakan kesan satu urus niaga terhadap persamaan perakaunan yang diperoleh
daripada Kedai Alat Tulis Iris.

Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik


-RM350 -RM400 RM50

Pernyataan manakah yang menunjukkan urus niaga di atas?


A Menjelaskan hutang bernilai RM400 dengan cek RM350, diskaun diterima RM50
B Menerima bayaran bernilai RM350 daripada Akaun Belum Terima, diskaun diberi RM50
C Sebuah mesin taip bernilai RM400 dijual secara kredit pada harga RM350
D Inventori alat tulis bernilai RM350 dijual secara kredit pada harga RM400

9 Nilai manakah yang menepati persamaan perakaunan?

Liabiliti Aset Modal


(RM) (RM) (RM)
A 2 000 8 000 10 000
B 11 000 5 000 6 000
C 4 000 12 000 16 000
D 4 000 16 000 12 000

10 Pada akhir tempoh perakaunan, buku perniagaan Tuah Mini Market mempunyai baki seperti
berikut:
RM
Aset 50 000
Liabiliti 19 350
Berapakah modal awal jika perniagaan Tuah Mini Market mengalami
kerugian sebanyak RM6 630?
A RM24 020
B RM30 650
C RM37 280
D RM62 720

11 Pada 1 Ogos 2013, Butik Aneesa menjelaskan invois yang telah diterima daripada
Hana Tex. Apakah dokumen yang akan diterima oleh Butik Aneesa.
A Invois-asal
B Resit-asal
C Resit-salinan
D Penyata Akaun

12 Kedai Kasut Neezam telah menerima Nota Kredit daripada Pembekal Kasut Selesa.
Apakah urus niaga yang berlaku?
A Terkurang caj pengangkutan
B Membeli secara kredit
C Memulangkan barang niaga
D Menerima pulangan barang niaga

2
SULIT 3756/1

13 Pernyataan manakah benar berkaitan diskaun niaga?

A Galakan pembelian dalam kuantiti yang banyak


B Potongan daripada harga bersih dalam invois
C Galakan pembayaran hutang dengan segera
D Potongan daripada jumlah hutang

14 Kedai Alatan Elektrik Nordin telah membeli barang berikut secara kredit pada 15 April 2017

RM
30 unit kipas siling berharga RM120 seunit 3 600
50 unit cerek berharga RM60 seunit 3 000
Jumlah 6 600
Diskaun niaga: 20 %
Diskaun tunai: 10% 15 hari

Berapakah jumlah yang perlu dijelaskan oleh Kedai Alatan Elektrik Nordin jika pembayaran
dibuat pada 25 April 2017?

A RM4 620
B RM4 752
C RM5 280
D RM5 940

15 Antara yang berikut, bayaran manakah yang direkod dalam Buku Tunai Runcit?

I Setem RM10
II Gaji Kerani RM350
III Minuman pelanggan RM45
IV Komputer pejabat RM2 500

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

16 Urus niaga manakah merupakan catatan kontra dalam Buku Tunai?

A Mengeluarkan tunai untuk kegunaan keluarga


B Mengeluarkan tunai untuk menjelaskan hutang
C Memindahkan tunai perniagaan ke dalam bank
D Memindahkan tunai peribadi ke dalam perniagaan

3
SULIT 3756/1

17 Maklumat berikut diambil daripada buku Perniagaan Sarah

Jurnal Jualan
Tarikh Jumlah
Butir
2017 RM
10 Azimah Trading 1 100
Jun 24 Amri Enterprise 500
30 P 1 600

Apakah P?
I Akaun Jualan
II Jumlah Jualan
III Akaun Jualan Kredit
IV Jumlah Jualan Kredit

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18 Maklumat berikut merupakan urus niaga yang diambil daripada Kedai Runcit Mesra

"Menerima pinjaman bank sebanyak RM20 000"

Catatan manakah yang digunakan untuk merekod urus niaga tersebut?

Debit Kredit
A Akaun Pinjaman Bank Akaun Bank
B Akaun Bank Akaun Pinjaman Bank
C Akaun Modal Akaun Pinjaman Bank
D Akaun Bank Akaun Modal

19 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang perbezaan Lejar Jualan dengan Lejar
belian?

Lejar Jualan Lejar Belian


I Mengandungi semua akaun hasil Mengandungi semua akaun belanja
II Mencatat semua akaun belum terima Mencatat semua akaun belum bayar
III Merekod urus niaga jualan kredit Merekod urus niaga belian kredit
IV Melibatkan urus niaga jualan tunai Melibatkan urus niaga belian kredit

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4
SULIT 3756/1

20 Akaun Kawalan Belum Terima berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Kedai Runcit
X-No.

Akaun Kawalan Belum Terima


2016 RM 2016 RM
Dis 1 Baki b/b 10 860 Dis 1 Bank 6 890
Diskaun 30 Diskaun 150
Baki h/b 3 850
10 890 10 890

Apakah maksud diskaun RM30 di sebelah debit?

A Diskaun diberi oleh Kedai Runcit X-NO


B Diskaun diterima oleh Kedai Runcit X-NO daripada pembekal
C Diskaun diberi yang dibatalkan oleh Kedai Runcit X-NO kepada pelanggan
D Diskaun diterima yang dibatalkan oleh pembekal kepada Kedai Runcit X-NO

21 Manakah di antara berikut BUKAN merupakan baki kredit dalam imbangan duga

A Overdraf Bank
B Akaun Simpanan Tetap
C Akaun Belum Bayar
D Akaun Faedah Diterima

22 Manakah baki dalam imbangan duga di bawah tersalah catat?

Asiah Enterprise
Imbangan Duga pada 31 Disember 2017

Kenderaan Overdraf Bank


Akaun Belum Terima Akaun Belum Bayar
Pulangan Keluar

A Kenderaan
B Pulangan Keluar
C Akaun Belum Terima
D Overdraf Bank

23 Pernyataan manakah yang menerangkan Imbangan Duga?

A Memudahkan penyediaan Akaun Penamat dan Kedudukan Kewangan


B Mengira untung atau rugi bagi sesebuah perniagaan
C Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan
D Mengukur prestasi perniagaan

5
SULIT 3756/1

24 Petikan Imbangan Duga berikut diperoleh daripada buku seorang peniaga.

Imbangan Duga pada 30 Jun 2017

Butir Debit Kredit


RM RM
Akaun Belum Terima 2 850
Jualan 3 800
Y 150
Akaun Belum Bayar 3 160

Apakah Y?

A Pulangan belian
B Overdraf bank
C Sewa diterima
D Ambilan

25 Maklumat kewangan berikut di ambil daripada Suria Trading pada 31 Disember 2016

RM
Untung Kasar 16 300
Diskaun diterima 1 800
Angkutan keluar 650
Inventori akhir 1 000
Sewa 4 800
Perabot 750

Berapkah untung bersih perniagaan tersebut?

A RM10 900
B RM11 650
C RM11 900
D RM12 650

26 Butiran manakah yang dicatta dalam Penyata Kedudukan Kewangan bentuk penyata?

I Inventori akhir
II Modal Kerja
III Untung kasar
IV Susut nilai perabot

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6
SULIT 3756/1

27 Apakah kesan ke atas Akaun Untung Rugi perniagaan jika jumlah belanja melebihi
jumlah hasil?

A Rugi Kasar
B Rugi Bersih
C Untung Kasar
D Untung Bersih

28 Apakah item yang akan menambahkan kos belian?

I Pulangan Belian
II Angkutan Masuk
III Diskaun Diterima
IV Insurans Atas Belian

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

29 Maklumat berikut diambil daripada buku perakaunan Firma Bu Yong pada 31 Mac 2018.

RM
Kenderaan 40 000
Inventori 1 April 2017 6 800
Inventori 31 Mac 2018 5 300
Akaun Belum Terima 7 600
Akaun Belum Bayar 4 900
Modal 32 000
Bank 11 350

Berapakah modal kerja?

A RM13 950
B RM18 150
C RM19 350
D RM20 850

30 Jumlah sewa yang patut diterima ialah RM3000. Tetapi sejumlah RM3600 t
Pernyataan ini bermaksud:

A Sewa diterima RM6600


B Sewa belum terima RM600
C Sewa belum terima RM300
D Sewa belum terperoleh RM600

7
SULIT 3756/1

31 Seorang peniaga telah menghapuskan RM100 daripada hutang pelanggannya sebagai


hutang lapuk. Apakah catatan yang perlu dilakukan di lejar?

Debit Kredit
A Akaun Belum Terima Hutang Lapuk Terpulih
B Akaun Belum Bayar Belanja Hutang
C Akaun Belum Terima Peruntukan Hutang Ragu
D Hutang Lapuk Akaun Belum Terima

32 Tempoh perniagaan setahun berakhir 31 Julai 2013. Insurans dibayar RM1200 untuk
tempoh setahun bermula 1 Januari 2013. Berdasarkan maklumat di atas, kira jumlah
insurans prabayar.

A RM1,200
B RM400
C RM200
D RM500

33 Kadar sewa perlu bayar sebulan ialah RM300. Peniaga didapati gagal untuk membayar
sewa untuk tempoh 2 bulan sepanjang satu tahun perniagaannya. Berapakah jumlah
sewa yang perlu direkod dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi?

A RM3,600
B RM600
C RM3,000
D RM4,200

34 Maklumat mesin :
Kos Mesin RM20,000
Susutnilai Terkumpul RM15,000
Mesin telah dijual RM6,000

Urus niaga di atas telah menghasilkan


A Untung atas pelupusan RM1000
B Rugi atas pelupusan RM1000
C Untung atas pelupusan RM6000
D Rugi atas pelupusan RM5000

35 Membaiki mesin RM200 telah direkod dalam Akaun Mesin. Berdasarkan kenyataan di atas
apakah jenis kesilapan yang dilakukan?

A Kesilapan Prinsip
B Kesilapan Komisen
C Kesilapan Terbalik
D Kesilapan Amaun

8
SULIT 3756/1

36 Antara butir-butir berikut, yang manakah berkaitan dengan pelupusan aset?


I ia akan membawa kesan atas akaun untung rugi
II Untung daripada pelupusan bermakna harga jualan aset bukan semasa melebihi
nilai buku aset bukan semasa
III Ia hanya boleh dilakukan pada akhir jangka masa perniagaan
IV Belanja susutnilai bagi aset bukan semasa tersebut tidak perlu di ambil kira pada
tahun aset tersebut dijual

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I dan IV

37 Belanja membaiki kenderaan RM500 telah direkod dalam Akaun Belian. Apakah kesan
ke atas untung selepas pembetulan dilakukan?

A Bertambah RM500
B Bertambah RM1000
C Berkurang RM500
D Berkurang RM400

38 Sewa diterima RM200 telah didebitkan dalam Akaun Sewa dan dikreditkan dalam
buku tunai. Bagaimanakha kesilapan ini diperbetulkan?

A (Dt) Sewa RM200


(Kt) Buku tunai RM200

B (Dt) Buku Tunai RM400


(Kt) Sewa RM200

C (Dt) Buku Tunai RM200


(Kt) Sewa RM400

D (Dt) Buku Tunai RM400


(Kt) Sewa RM400

39 Pilih kenyataan yang betul mengenai kesilapan ketara

A Kesilapan amaun satu catatan


B Kesilapan Komisen
C Kesilapan Terbalik
D Kesilapan amaun

9
SULIT 3756/1

40 Data berikut menunjukkan maklumat Akaun Belum Bayar pada bulan januari:
Baki 1 januari RM2,000
Belian Kredit RM14,000
Pulangan Belian RM1,200
Faedah Dikenakan RM200
Baki 31 Januari RM1,200

Berapa jumlah bayaran kepada akaun belum bayar?

A RM15,000
B RM13,800
C RM16,200
D RM14,000

~ KERTAS SOALAN TAMAT~

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………………….. …………………………………………….. ……………………………………………..


(Nuranie binti Sani) (Nurhalimah binti Parmen) (Normah binti Abu Hassan)
Guru MP P.Akaun Ketua Panitia P.Akaun PK Pentadbiran

10
ri RM50

11

You might also like