You are on page 1of 3

Peraturan Sekolah

Semua murid dimestikan mematuhi peraturan yang dikeluarkan pihak sekolah dan peraturan
tambahan prasekolah

Kehadiran:

• Murid hendaklah datang tepat pada masa yang ditetapkan

Masa persekolahan : 7.00-1.10 / 1.40 Petang

Sesi pembelajaran : 7.30- 11.30 Pagi

• Ketidakhadiran murid hendaklah dimaklumkan kepada guru kelas. Surat sijil sakit atau
ketidakhadiran atas sebab-sebab peribadi hendaklah diserahkkan kepada guru kelas

• Murid yang demam/ tidak sihat tidak digalakkan hadir ke sekolah terutama yang menghidap
penyakit berjangkit.

• Ibu bapa harus mengambil anak tepat pada waktunya iaitu 11.40 pagi. Sebarang kelewatan
haruslah dimaklumkan kepada guru kelas.

• Ibu bapa mestilah menulis nama di buku penghantaran dan pengambilan anak yang telah
disediakan.

• Sekiranya ibu bapa menghantar wakil untuk mengambil anak, sila maklumkan guru kelas
terlebih dahulu.

Pakaian:

• Murid hendaklah memakai uniform yang telah ditetapkan setiap hari iaitu: (Isnin- Jumaat)

- kemeja T-shirt putih berkolar

- seluar sukan panjang berwarna biru

gelap

- kasut kanvas putuih & stoking putih

- tudung putih & anak tudung putih

• Murid tidak dibenarkan memakai perhiasan atau aksesori sepanjang persekolahan

• Murid perempuan beragama islam di benarkan memakai tudung berwarna putih.


Panduan Pemakaian Murid Prasekolah KPM Tahun 2018

Makanan dan Minuman:

• Makanan & minuman disediakan oleh sekolah sepanjang murid berada di prasekolah

• Murid tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman kecuali air kosong.

• Ibu bapa hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah jika anal mereka alah kepada
sebarang makanan atau tidak boleh makan sesuatu atas faktor agama.

Peringatan:

• Sila sediakan baju dan seluar ganti setiap hari di dalam beg murid. (untuk memudahkanb
murid bertukar baju jika diperlukan)

• Pastikan beg, kasut, stoking dan barang-barang anak ditulis nama bagi mengelakkan tertukar
dengan murid lain.

• Murid tidak dibenarkan untk pulang ke rumah secara bersendirian.

Yuran Pendaftaran:

• Berikut merupakan senarai yuran yang perlu dibayar: (anggaran)

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Lencana 2 RM2.00
2 Nametag 4 RM8.00
3 Buku Kerja 1 Set RM30.00
4. Baju Sekolah 1Set RM40.00
Jumlah RM80.00

You might also like