You are on page 1of 2

PUSAT TUISYEN ALFA AN NAAFI

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN

MASA

• Penjaga hendaklah menghantar anak 5 atau 10 minit sebelum kelas bermula.


• Penjaga hendaklah tiba 5 minit sebelum kelas tamat untuk mengambil
anak-anak.
• Keselamatan pelajar sebelum dan selepas kelas adalah tanggungjawab
penjaga.

PELAJAR

• Pelajar perlu membawa alat tulis ke kelas.


• Bahan latihan serta buku-buku akan disediakan.
• Pelajar dilarang menggunakan telefon sewaktu kelas.
• Pelajar dilarang mengambil gambar / merakam video / membuat ‘live’
sewaktu kelas atau sewaktu berada di pusat tuisyen.
• Pelajar dilarang membawa barangan berharga ke pusat tuisyen.
• Kehilangan barangan berharga adalah tanggungjawab pelajar / ibu bapa.
• Pelajar hendaklah menjaga kebersihan dan segala peralatan di dalam pusat
tuisyen.
• Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
• Pelajar dibenarkan membawa air putih yang berisi di dalam botol sahaja ke
pusat tuisyen.
• Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan makan di dalam pusat
tuisyen.

KELAS

• Kelas tidak akan diganti sekiranya pelajar tidak menghadirkan diri & yuran
bulanan tidak akan dipotong.
• Kelas hanya akan diganti sekiranya dibatalkan oleh pihak tuisyen.
• Kelas hanya akan dijalankan pada minggu 1 hingga 4 sahaja.
• Minggu kelima dalam satu bulan dikira sebagai cuti takwim.
• Kelas akan dijalankan seperti biasa pada cuti umum.
• Kelas tidak dijalankan & tidak akan diganti pada Hari Raya
Aidilfitri, Aidiladha, Hari Pekerja & Cuti Bencana Alam.

YURAN

• Invois yuran pelajar akan dikeluarkan setiap 24 haribulan pada setiap


bulan sebelum kelas bermula.
• Pembayaran yuran hendaklah dilakukan secara online bank in sahaja ke
akaun :
➢ CIMB Bank :
PUSAT TUISYEN ALFA AN NAAFI
8603853571

• Pembayaran yuran mestilah dibuat SEBELUM KELAS BERMULA.


Contoh : Pembayaran yuran bagi bulan Ogos, boleh dilakukan di akhir
bulan Julai dan sebelum 31hb Julai.

CUTI & BERHENTI

• Cuti Sementara :
2 pilihan diberikan kepada Ibu/bapa ;

➢ Cuti Tanpa Bayaran – Slot/Tempat anak-anak tidak akan di


‘reserved’.
(kemasukan semula bergantung pada kekosongan kelas).
➢ Cuti Berbayar (Separuh Yuran Bulanan Diambil) – Slot/Tempat
anak-anak akan di ‘reserved’.

• Memberhentikan Anak :

➢ Perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum


invois yuran dikeluarkan pada 24hb setiap bulan.
➢ Jika gagal memaklumkan selepas invois yuran dikeluarkan,
bayaran separuh daripada yuran bulanan akan diambil.

You might also like