You are on page 1of 10

Tel: 082642511 Fax: 082642710

__________________________________________________________________________

Tarikh: 11 Ogos 2020

Kepada,
Semua
Ibubapa/Penjaga Pelajar Tingkatan 1,2,3,dan 4
Sesi Persekolahan 2020
Sekolah Menengah Sains Kuching
Sarawak.

Tuan/Puan,

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

MAKLUMAN SESI MELAPOR DIRI PELAJAR TINGKATAN 1,2,3 dan 4 SEKOLAH MENENGAH SAINS
KUCHING TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Majlis Pengurusan Taertinggi Bahagian Asrama Penuh


telah membuat pindaan tarikh melapor diri murid-murid tingkatan 1 hingga 4 SM Sains
Kuching dari 16 Ogos 2020 kepada 24 ogos 2020(Isnin). Maklumat berkaitan sesi melapor diri
adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 Ogos 2020 (Isnin)


Masa Pendaftaran : RUJUK LAMPIRAN A
Tempat : SM SAINS KUCHING, (RUJUK LAMPIRAN A)
Pakaian : BAJU OUTING SAINSKU
Ringkasan Panduan : RUJUK LAMPIRAN B
Pelajar dan Ibu Bapa

Bersama-sama ini disertakan juga Panduan Pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4 serta Ibu
Bapa/Penjaga sebagai rujukan semasa melapor diri. Carta alir proses melapor diri seperti
dilampirkan di lampiran C.

Pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Marselin bin Matori Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid di talian 011 19841785 sekiranya mempunyai pertanyaan berkaitan perkara ini.
Komitmen Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD SUBRI BIN ISMAIL


b.p Pengetua
SM Sains Kuching

s.k - Fail
Tel: 082642511 Fax: 082642710
__________________________________________________________________________

PANDUAN IBU BAPA/PENJAGA DAN PELAJAR

1.0 Keperluan Harian Pelajar

Semua ibu bapa/penjga diminta untuk memastikan barang keperluan harian dapat
disediakan bagi memastikan pelajar tidak berkongsi peralatan atau pakaian sesama
mereka.

2.0 Borang Akuan Kesihatan Pelajar

Borang Akuan Kesihatan Pelajar (akan diberi semasa mendatar) perlu diisi dan
diserahkan kepada guru tingkatan semasa mendatara. Borang Akuan Kesihatan
Pelajar di lampiran 1.

3.0 Peraturan Sekolah dan Displin Pelajar

Peraturan sekolah berkuatkuasa seperti biasa dengan beberapa peraturan


tambahan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar. Pelajar perlu mematuhi
peraturan penjarakan sosial di kalangan pelajar samada di asrama, blok akademik,
surau, dewan makan dan padang. Pelajar TIDAK DIBENARKAN sama sekali
berkumpul di dalam satu kamar atau mana-mana tempat yang melanggar arahan
penjarakan sosial. Pelajar diminta tidur di katil masing-masing dan pelajar tidak
dibenarkan membawa turun tilam untuk tidur beramai-ramai. Sebarang
pelanggaran kepada arahan ini akan diambil tindakan tegas oleh pihak sekolah.

4.0 Penempatan Semula Asrama dan Kelas

Semua pelajar tingkatan 4 akan dibuat penempatan semula di kamar, dewan


makan serta surau bagi mematuhi aspek penjarakan sosial yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membasmi wabak Covid 19 merebak.

5.0 Kantin dan Dewan Makan

Semua pelajar diminta mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa berurusan di


kantin dan dewan makan.

5.1 Kantin :

5.1.1 Pengusaha kantin akan membuat pakej makanan secara


packing untuk waktu rehat.
5.1.2 Pelajar dibenarkan makan di kelas atau tempat dikhaskan
untuk pelajar dengan menekankan aspek penjarakan sosial.
5.1.3 Semua plastik pembungkusan makanan dari kantin perlu dimasukkan
segera ke dalam tong sampah yang disediakan untuk dilupuskan oleh
pekerja pembersihan.
5.1.4 Semua pergerakan ke kantin perlu mematuhi aspek penjarakan sosial.
Guru akan ditugaskan untuk memantau perjalanan pergerakan ke
kantin.
Tel: 082642511 Fax: 082642710
__________________________________________________________________________

5.2 Dewan Makan :

5.2.1 Semua pelajar diminta untuk mematuhi peraturan yang telah


ditetapkan oleh pihak dewan makan semasa mengambil
hidangan.
5.2.2 Semua pelajar diminta beratur semasa mengambil hidangan
dan perlu makan di meja yang ditetapkan. Kedudukan pelajar
adalah tetap mengikut meja dan kerusi yang telah dikhaskan. Senarai
kedudukan pelajar di dewan akan di pamerkan di luar dewan makan.
5.2.3 Pelajar perlu bergerak mengikut laluan yang telah ditetapkan
semasa berada di dewan makan dengan menekankan aspek
penjarakan sosial.
5.2.4 Pelajar perlu membasuh tangan menggunakan sabun pencuci
yang disedikan di sinki dewan makan sebelum mengambil hidangan.
5.2.5 Bekas makanan yang telah digunakan perlu di hantar ke ruang
yang disediakan sebelum pelajar bergerak keluar dari dewan
makan mengikut laluan yang ditetapkan.
5.2.6 Pelajar tidak dibenarkan berbual-bual semasa berada di
dewan makan.
5.2.7 Semua pergerakan ke dewan makan perlu mematuhi aspek
penjarakan sosial. Warden akan ditugaskan untuk memantau
perjalanan di dewan makan.

6.0 Pengambilan Suhu Badan Pelajar

Suhu badan pelajar akan diambil dipintu utama asrama apabila pelajar keluar dari
asrama pada setiap hari persekolahan sebelum sesi pembelajaran bermula. Suhu
badan perlu direkodkan dalam buku/borang yang disediakan oleh pihak sekolah.
Sekiranya suhu badan pelajar melebihi 37.5°c maka pelajar tidak dibenarkan ke
sekolah dan akan dimasukkan ke dalam bilik isolasi di asrama untuk tindakan lanjut
penyelia asrama. Warden bertugas pula akan mengambil suhu badan pelajar pada
hujung minggu dan mencatatkannya dalam buku/borang yang disediakan.

7.0 Kegiatan Riadah/Sukan

Kegiatan riadah/sukan berbentuk sentuhan adalah tidak dibenarkan sama


sekali. Pelajar boleh melakukan aktiviti riadah yang tidak melibatkan sentuhan fizikal
seperti berjogging. Maklumat lanjut berkaitan hal ini boleh dirujuk dengan Penolong
Kanan Kokurikulum.

8.0 Aktiviti di Asrama

Semua pelajar perlu membiasakan diri dengan normal baru kehidupan di asrama.
Pelajar tidak dibenarkan berkumpul di dalam kamar untuk sebarang bentuk aktiviti.
Penggunaan tandas dan bilik mandi adalah mengikut kapisiti yang dibenarkan
sahaja. Aspek penjarakan sosial perlu diambil berat semasa berada di asrama.
Sebarang ketidakakuran kepada peraturan normal baru kehidupan di asrama akan
diambil tindakan tegas oleh pihak sekolah.
Tel: 082642511 Fax: 082642710
__________________________________________________________________________

9.0 Penggunaan Barang Terlarang

Penggunaan barang terlarang oleh para pelajar adalah dilarang sama sekali. Pihak
kami amat berharap agar para ibu bapa dapat bersama bagi memastikan barang
terlarang tidak dibawa bersama ke sekolah. Pihak sekolah berhak untuk
merampasnya serta tidak dikembalikan. Pelajar DILARANG membawa telefon bimbit
di sekolah selaras dengan Pekeliling daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

10.0 Outing/Balik Bermalam/Lawatan Ibu Bapa/Penjaga

Semua aktiviti outing /Balik bermalam dan lawatan ibu bapa/penjaga adalah TIDAK
DIBENARKAN. Arahan ini berkuatkuasa sehingga arahan terbaru untuk
membenarkan aktiviti keluar ke bandar/balik bermalam dan lawatan ibu
bapa/penjaga dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ibu
bapa/penjaga perlu mendapat kebenaran dari Pengetua/Ketua Warden sekiranya
perlu berjumpa dengan pelajar atas urusan kecemasan.

11.0 Pelajar Tidak Sihat

Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan semasa berada di sekolah akan dibawa
ke klinik oleh pihak warden/guru bertugas. Ibu bapa akan dimaklumkan sekiranya
anak perlu dibawa pulang bagi mendapatkan rawatan lanjut . Pelajar yang kurang
sihat akan diasingkan dan akan ditempatkan di bilik isolasi bagi tujuan pemantauan.

12.0 Perkara Yang Tidak Dinyatakan

Sebarang perkara yang tidak dinyatakan akan dimaklumkan dari masa ke semasa
berdasarkan perkembangan dan makluman terkini dari pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Tel: 082642511 Fax: 082642710
__________________________________________________________________________
Lampiran A

Tempat
Tarikh Masa Tingkatan Guru Bertugas
Melapor
MOHAMAD AZHA BIN ABD.WAHID /
1 ALFA
ABDUL QAHAR)
IRA IRNIYATI BINTI IBRAHIM /
1 BETA
AZREN BT SMAIL
Band Stand
WAN NURULHUDA AKMAL BINTI
1 DELTA
WAN DOLLAH / CHE NAZLIE
ROSHIDAH BT. IDRUS / NURMAH BT
1 GAMA
MOHAMAD YASSIN
MOHD HAFIDZ BIN ABDULL HALIM /
2 ALFA
GOH HUI LENG
9.00 – MANI ANAK JACK / NOOR AZHA
2 BETA
12.00 MIDUN Anjung
MOHD SHAUPI BIN MUDA / JANICE Kantin
2 DELTA
AK CHUAT
YUSRIAZMI BIN YUSUF /
2 GAMA
NOORSAADIAH BT HAMDAN
CHOO CHONG POH /ROSMUNA BT
3 ALFA
24 Ogos PUTIT
2020 NANCY AK DERIOUS @ DARIUS / Dewan Sri
3 BETA
SARKAWI Gemilang
3 DELTA CLEMENT JOE / TEO SOK ENG
3 GAMA TING LIK YIING / CHIN GUAN WEI
NORSHAMSIAH BINTI SAMSUDIN
4 ALFA
/MASTURA BT SAPINGI
4 BETA NGAN SIEW NI / ARSHAD BIN JAIS
NICOLE ANAK CHRISTI / JELLY AK Band Stand
4 DELTA
JONATHAN
NUR ALLIA ATHIRAH BINTI JOHARI /
4 GAMA
12.00 - ANNA TIE
3.00
RABIAATUL ADAWIYAH BINTI
5 ALFA
MORNI / QAISARAH BT ABDULLAH
Dewan Sri
JA'AFAR BIN NERAWI / NURHAFIZA
5 BETA Gemilang
BT MAJANI

5 GAMA EE REEN JARIP / JAIMAH BT JUBAL


Tel: 082642511 Fax: 082642710
__________________________________________________________________________

CATATAN SEMASA MELAPOR DIRI :

1. Pelajar dibenarkan hadir bersama dengan SEORANG ibu atau bapa atau penjaga.
2. Pelajar dan ibu atau bapa atau penjaga perlu melapor diri di pondok pengawal
bagi proses saringan kesihatan.
3. Bacaan suhu badan pelajar akan dicatat pada kertas kecil dan perlu dibawa ke
kaunter pendaftaran.
4. Pelajar perlu menyerahkan borang perakuan kesihatan kepada guru tingkatan yang
bertugas.
5. Pelajar dan ibu atau bapa atau penjaga perlu memakai pelitup muka semasa hadir
ke sekolah.
6. Maklumat penempatan kelas dan asrama dan dewan makan akan diedarkan di
kaunter pendaftaran.
7. Hanya pelajar sahaja dibenarkan untuk masuk ke asrama untuk menghantar
barang-barang. Ibu bapa/penjaga perlu menunggu di dalam kereta.
8. Ibu atau bapa atau penjaga perlu meninggalkan kawasan sekolah secepat
mungkin selepas pelajar masuk ke asrama.
9. Pihak sekolah membenarkan ibu atau bapa atau penjaga yang ingin menggunakan
kemudahan surau bagi tujuan solat. Namun ibu atau bapa atau penjaga perlu
membawa sejadah dan telekung solat sendiri.
Tel: 082642511 Fax: 082642710
__________________________________________________________________________

Lampiran B

PANDUAN UMUM IBU BAPA/PENJAGA


1. Ibu bapa/ Penjaga DIKEHENDAKI melalui saringan suhu badan di pondok pengawal
dan mencatat maklumat yang diperlukan dalam buku yang disediakan.
2. Ibu atau bapa atau penjaga sahaja DIBENARKAN menghantar anak ke asrama bagi
mengelakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang dekat) dalam kawasan sekolah dan
asrama
3. Ibu bapa / Penjaga DIKEHENDAKI mengamalkan penjarakan sosial (social
distancing) sekurang-kurangnya 1 meter semasa menghantar anak pulang ke
asrama dan DIKEHENDAKI memakai pelitup muka
4. Ibu-bapa/penjaga DIKEHENDAKI memastikan semua peralatan dan keperluan
harian anak mencukupi.
5. Ibu-bapa / Penjaga TIDAK DIBENARKAN menghantar anak jagaan yang disahkan
atau disyaki sakit.
6. Murid TIDAK DIBENARKAN OUTING/ BALIK BERMALAM sehingga dimaklumkan oleh
KPM
7. Ibu-bapa/ Penjaga yang berkemampuan DIKEHENDAKI membekalkan anak masing-
masing dengan; Mask, Alat Penyukat Suhu, Hand Sanitizer dan Tuala Kecil dalam
kuantiti yang mencukupi untuk dibawa bersama ke asrama.
8. Ibu bapa/ Penjaga DIKEHENDAKI membawa pulang anak-anak yang didapati suhu
badannya melebihi 37.50
9. Ibu-bapa/ Penjaga hanya DIBENARKAN berjumpa dengan murid di asrama
sekiranya terdapat URUSAN KECEMASAN. Ibu bapa/ Penjaga perlu mendapat
kebenaran daripada pentadbir/Ketua Warden sahaja;
10. Ibu bapa/ Penjaga TIDAK DIBENARKAN menunggu lama atau berlegar-legar di
asrama semasa menghantar anak masing-masing.
11. Ibu-bapa/ Penjaga TIDAK DIBENARKAN sama sekali masuk ke dalam asrama anak
atau berjumpa dengan murid lain.
12. Ibu bapa/ Penjaga TIDAK DIBENARKAN berkumpul/ berbincang dengan rakan-rakan
ibu bapa lain semasa dalam kawasan sekolah dan asrama
13. SEBARANG PERUBAHAN adalah bergantung kepada arahan/surat siaran daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia.

KESELAMATAN ANAK ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI


BERSAMA-SAMA KITA MENCEGAH PENULARAN COVID19

Arahan
PENGETUA
SM SAINS KUCHING
Tel: 082642511 Fax: 082642710
__________________________________________________________________________

Lampiran C

CARTA ALIR PROSES MELAPOR DIRI

MULA

Pelajar Diambil Suhu Badan Di


Pondok Pengawal/tempat
melapor diri

YA PELAJAR PULANG
SEMULA KE RUMAH
≥ 37.5°C
BAGI MENDAPATKAN
RAWATAN LANJUT

TIDAK

PELAJAR MELAPOR DIRI PADA GURU


KELAS DI TEMPAT MELAPOR
Dapatkan maklumat penempatan
dari guru kelas
Serahkan Borang Akuan Kesihatan

PELAJAR BERGERAK KE ASRAMA


Mengemas katil dan locker pelajar

IBU BAPA/PENJAGA
Meninggalkan kawasan sekolah

TAMAT
Tel: 082642511 Fax: 082642710
__________________________________________________________________________

LAMPIRAN 1

BORANG SARINGAN KESIHATAN

Bagi mengelakkan penyebaran COVID 19 dalam kalangan kakitangan dan warga sekolah
yang hadir bertugas atau mengunjungi premis Sekolah Menengah Sains Kuching Sarawak,
pihak sekolah perlu menjalankan soal selidik ringkas berkaitan tahap kesihatan dan sejarah
perjalanan terkini pelajar. Penglibatan pelajar dalam mengisi borang soal selidik ini penting
bagi membolehkan pihak sekolah mengambil langkah pencegahan dan pengawalan
sewajarnya bagi membendung penyebaran COVID 19 dalam premis ini.

Kerjasama pelajar amatlah dihargai. Terima kasih.

NAMA

NO.KAD PENGENALAN

TINGKATAN

ASRAMA /BILIK

BACAAN SUHU BADAN

NO.TELEFON IBU BAPA

ALAMAT KEDIAMAN

PENGISYTIHARAN KESIHATAN

Adakah anda mempunyai gejala berikut ? Sila tandakan ( X ) jawapan anda pada kotak
yang disediakan.

1 Sakit Sesak
Demam Batuk
Tekak Nafas

Lain-lain (Nyatakan)

Adakah anda pernah berhubung rapat dengan sebarang cluster COVID 19 yang
dinyatakan oleh KKM atau pesakit di bawah siasatan (PUI) atau pesakit COVID 19 yang
2 positif dalam masa 14 hari lalu?

Ya Tidak

Pernah anda ke Negara atau kawasan yang terjejas dengan COVID 19 dalam masa 14
hari lalu ?
3
Ya Tidak

Tandatangan : __________________________ Tarikh : ______________


Tel: 082642511 Fax: 082642710
__________________________________________________________________________

You might also like