You are on page 1of 5

PERATURAN ASRAMA KOLEJ

VOKASIONAL KLANG

1.0 PAKAIAN
1.1 Setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas semasa menghadiri
majlis khas asrama dan juga di dewan makan.
1.2 Pelajar tahun 1&2 dikehendaki memakai baju batik ketika keluar
dari kawasan asrama seperti ke Bandar, mengikuti rombongan
dan sebagainya.
1.3 Pelajar tahun 3&4 boleh menggunakan pakaian yang berlogo kolej
(Baju Korprat, T-Shirt Kolej & Jaket Kolej) ketika hendak keluar dari
kawasan asrama.
1.4 Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai barang kemas
semasa berada di Kolej dan Asrama.
1.5 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai aksesori seperti gelang
tangan,rantai leher,dan cincin semasa berada di Kolej dan Asrama.
1.6 Seluar “JEANS” tidak dibenarkan dipakai di Kolej dan Asrama.
1.7 Rambut bagi pelajar lelaki hendaklah sentiasa kemas dan tidak
diwarnakan, tidak dipotong berfesyen

2.0 HARTA PERSENDIRIAN.


2.1 Menjadi tanggungjawa setiap pelajar menjaga harta benda milik
masing-masing.
2.2 Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di
dalam almari baju atau di katil semasa minggu pulang ke
kampung.
3.0 BARANG LARANGAN.
3.1 Barangan elektronik/elektrik yang dilarang di asrama adalah
seperti berikut:-
 Subwoofer.
 Speaker.
 Pemanas air elektrik.
 Vape (rokok elektronik).
 Radio.
 Extension Wire.
3.2 Barangan larangan lain:-
 Rokok.
 Dadah.
 Senjata.
 Poster.
 Cat atau spray.
 Peralatan pertukangan.
 Pakaian berlogo/berlambang dadah/ganja/lucah

4.0 KENDERAAN.
4.1 Pelajar asrama tidak dibenarkan membawa kenderaan ke kawasan
Kolej dan Asrama.
4.2 Hanya MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) sahaja yang dibenarkan
membawa kenderaan ke kawasan kolej dengan KEBENARAN yang
disahkan oleh WARDEN dan pihak KOLEJ.

5.0 MAKANAN
5.1 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dewan makan ke
dalam bilik asrama.
5.2 Makanan basah tidak dibenarkan di bawa ke dalam bilik asrama.
5.3 Pelajar yang mempunyai alahan makanan,perlu memaklumkan
kepada penyelia asrama.
5.4 Pelajar yang menempah makanan secara “delivery” hendaklah
mengambil makanan di pejabat warden.
6.0 PERATURAN KELUAR DAN MASUK
6.1 Pelajar dibenarkan keluar ke Bandar mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
6.2 Kad kebenaran keluar hendaklah di cop/di tanda tangan oleh
warden bertugas.
6.3 Kebenaran keluar pada waktu lain hanyalah dibenarkan untuk
kecemasan, sakit atau sebab-sebab yang wajar sahaja.
6.4 Pelajar tidak dibenarkan keluar mengikut panjaga lain kecuali
denganm surat kebenaran daripada penjaga sahaja.
6.5 Permintaan untuk pulang pada minggu bukan balik kampung
hendaklah dimohon 3 Hari Sebelum daripada pihak kolej dan
pelajar perlu memklumkan kepada penyelia asrama.
6.6 Pelajar perlu pulang ke asrama selewatnya jam 6.00 Petang.
6.7 Pelajar yang pulang lewat lebih dari 3 kali dalam sebulan akan
dikenakan tindakan.
6.8 Buku balik kampung disimpan oleh pelajar sendiri,sekiranya buku
balik kampung hilang pelajar perlu membeli buku baru pada harga
RM10.00 (mengikut harga semasa).
6.9 Pelajar wajib melakukan “finger tag” setiap kali balik ke kampung,
balik ke asrama, pergi ke kelas pada setiap hari. Tindakan disiplin
akan dikenakan kepada pelajar yang gagal melakukan “finger tag”
3 kali dalam sebulan .
7.0 PERATURAN MELAWAT.
7.1 Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut:-
Sabtu: 12.30 tengah hari – 6.00 petang.
Ahad: *10.00 pagi – 6.00 petang.
*tertakluk kepada aktiviti asrama.
7.2 Pelawat perlu menunjukkan pas melawat di pejabat warden
sebelum bertemu dengan anak.
7.3 Pelajar perempuan tidak dibenarkan pelawat lelaki lain selain
Bapa atau Adik-beradik sendiri (perlu menunjukkan bukti seperti
kad pengenalan atau lesen memandu).
7.4 Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-pelawat yang
tidak mempunyai kebenaran daripada warden bertugas.
7.5 Pelawat tidak dibenarkan masuk ke bilik pelajar melainkan
mendapat kebenaran daripada warden bertugas.
JADUAL HARIAN ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL KLANG

ISNIN-KHAMIS
5.30 PAGI - PERSIAPAN DIRI UNTUK SOLAT SUBUH BERJEMAAH.
6.30 PAGI - SARAPAN DI DEWAN MAKAN.
7.30 PAGI - PERHIMPUNAN DI ASRAMA UNTUK KEDATANGAN.
(PELAJAR WAJIB BERPAKAIAN RASMI KOLEJ)
1.00 TGH HARI - MAKAN DI DEWAN MAKAN.
2.00 PETANG - KEMBALI KE KELAS MASING-MASING.
(PELAJAR TIDAK DIBENARKAN NAIK KE ASRAMA)
5.00~6.20 PTG - MINUM PETANG & AKTIVITI BEBAS ASRAMA.
6.30 PETANG - MAKAN MALAM DI DEWAN MAKAN.
(PELAJAR WAJIB BERPAKAI BAJU MELAYU/JUBAH BAGI
LELAKI &BAJU KURUNG & JUBAH BAGI PEREMPUAN).
7.00~9.00 MLM - SOLAT MAGHRIB DAN ISYAK DAN AKTIVITI KEROHANIAN
ASRAMA.
9.00~11.00 MLM – AKTIVITI BEBAS ASRAMA.
*BERGANTUNG PADA AKTIVITI ASRAMA*
10.00 MALAM - SUPPER.
11.30 MALAM - LIGHT OFF.

JUMAAT
12.30 TGH HARI – MAKAN TENGAH HARI.
12.45 TGH HARI - PELAJAR LELAKI WAJIB TURUN KE SURAU UNTUK SOLAT
JUMAAT.
2.00 PETANG - AKTIVITI ASRAMA (KECUALI PADA MINGGU BALIK KAMPUNG)
CATATAN:
1. Pelajar wajib mengikuti masa yang telah ditetapkan sekiranya
pelajar gagal menepati masa yang telah ditetap,tindakkan
disiplin akan dikenakan kepada pelajar.
2. Pelajar WAJIB turun ke surau bagi yang beragama
islam,sekiranya pelajar tidak mematuhi arahann tindakan
disiplin akan dikenakan kepada pelajar.
3. Pelajar WAJIB memberhentikan semua aktiviti sebelum jam
11.30 malam setiap bilik perlu menutup lampu pada jam 11.30
malam.sekiranya pelajar gagal untuk melakukan sedemikian,
tindakan disiplin akan dikenakan kepada pelajar.

You might also like