You are on page 1of 2

Pesanan Pengetua Kepada Calon-Calon Peperiksaan

SPM
Salam daripada Pengetua (Menghadiri kursus anjuran JPN)
1.Jadual Peperiksaan
-Rujuk dan tanda mata pelajaran yang diambil
-Tandakan mata pelajaran, tarikh dan masa peperiksaan
-Pastikan ibu bapa dan ahli keluarga boleh rujuk jadual peperiksaan dengan cara tampal
di dinding atau bagi salinan kpd ibu bapa
2.Kad Pengenalan/Slip Peperiksaan
-Mesti dibawa setiap kali menduduki kertas peperiksaan dan diletakkan di atas meja
-Ikut arahan yang diberikan oleh pengawas peperiksaan
-Kalau terlupa atau tertinggal kad pengenalan/slip cepat-cepat hubungi guru yang bertugas
untuk mengisi borang pengesahan calon yang disediakan
3.Jaga Keselamatan Diri
-Datang 30 minit awal semasa peperiksaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini
-Bagi yang bermotosikal tunggang dengan cermat,berhati-hati dan pakai topi keledar
utk mengelakkan kemalangan dan kemungkinan sekatan jalan raya
-Pastikan tidur yang cukup dan tidak berjaga malam
-Tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit,penglibatan dengan
pil kuda (menjual,mengambil atau bersubahat) nanti kena reman dan terpaksa ambil exam
dalam lokap
-Kalau berlaku banjir jangan main banjir (kalau nak main air, kolam sebelah musalla ada,
terjun saja)
4.Jaga Imej/Nama Baik Sekolah
-Datang dengan pakaian seragam sekolah yang lengkap (tali leher/lencana dll)
-Pelajar lelaki mesti berambut pendek dan kemas
-Bersikap sopan dengan pengawas peperiksaan kerana mereka adalah tetamu sekolah
-Tak payah main mercun bila peperiksaan dah berakhir kerana tindakan tegas akan
diambil dan akan jadi kes polis
5.Hubungan Dengan Ibu Bapa
-Patuhi dan taat kepada ibu bapa semoga mendapat keberkatan
-Sebelum turun dari rumah salam dengan ibu bapa mohon maaf dan mohon restu ibu bapa
-Minta ibu bapa tolong sembahayang hajat
-Lebih berkat kalau minta ibu bapa jelaskan hutang sekolah
6.Kes-kes Kecemasan (banjir dll)
-Sentiasa peka dengan keadaan
-Hubungi @ telefon sekolah atau guru bertugas sekiranya berlaku kecemasan
-Nombor telefon sekolah sekolah 09-7737161
7.Gunakan Masa Dengan Sebaiknya
-Masa-masa akhir @ last minute penting utk persediaan terakhir menjelang peperiksaan
-Ulangkaji topik-topik penting sebelum peperiksaan
-Jangan sesekali tidur semasa peperiksaan,semak jawapan berulang kali
8.Parking Kereta Semasa Peperiksaan (Sekiranya datang dengan kereta)
-Pelajar yang bawa kereta hanya dibenarkan parking di luar pagar sekolah
-Keselamatan kereta tanggungjawab sendiri
-Bawa kereta tidak digalakkan sebab tiada lessen memandu
9.Meniru Dalam Peperiksaan/Kecurangan Peperiksaan
-Jangan sesekali meniru dalam peperiksaan
-Sekiranya didapati bersalah 3 tahun digantung dari mengambil peperiksaan
10.Bermain Mercun Selepas Tamat Peperiksaan
-Sekiranya ada pelajar bermain mercun maka kes akan dirujuk kepada pihak polis
-Tidak perlu meraikan tamat peperiksaan dengan bermain mercun

You might also like