You are on page 1of 6

Tan Sri Azman Hashim

Pengenalan : Beliau berpengalaman luas


dalam industri perbankan dan mula terlibat
dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila
beliau kembali dari Australia sebagai
akauntan berkanun. Tan Sri Azman
memulakan kerjayanya dalam sektor
perbankan di Bank Negara Malaysia.

Selepas beberapa tahun bekerja di Bank


Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan
jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan
firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman,
Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian,
beliau menjadi Pengarah Malayan Banking
Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai
Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971
hingga 1980.

Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai


Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini
dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama
dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982.
Pada tahun 1982, beliau membeli Arab -
Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali
sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu
Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank
itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk
pelaburan dari negara - negara Arab ke
Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri
Azman dilantik sebagai pengerusinya.

PROFILE SYARIKAT : AMBANK GROUP


NAMA SYARIKAT : AMCOPR GROUP BERHAD
NO PENDAFTARAN :
BENTUK MILIKAN : Milikan Perkongsian
ALAMAT SYARIKAT : 2-01 Amcorp Tower 18 Persiaran
Barat 46050 Petaling Jaya Selangor Malaysia
NO TELEFON/NO FEX : +603-2616 2888/+603-2616 2970
NAMA PEMILIK : Tan Sri Azman Hashim
UMUR : 77 Tahun
ASAL : Kampung Baru Kuala Lumpur
CARTA ORGANISASI :

Pencapaian : Banyak bank yang terjejas


akibat krisis itu. Tetapi, lain pula dengan Tan
Sri Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 /
98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya
mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan
Perbankan AmBank, malah berjaya
menambahkan lagi penguasaannya dalam
industri perbankan dengan penggabungan
MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan
Perbankan AmBank, iaitu Arab - Malaysian
Finance Berhad.

Rumusan : Sebagai Pengerusi Perbadanan


Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman
memainkan peranan penting dalam
menggalakkan produktiviti di Malaysia dan
menjadikannya sebagai salah satu komponen
yang relevan dan penting dalam proses
pembangunan negara.

Kejayaan membangunkan produktivtii ini


dicapai melalui keyakinannya bahawa
produktiviti perlu dirangka sehingga dapat
diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan
beliau, Perbadanan Produktiviti Nasional
berjaya membangunkan metodologi
pengukuran produktiviti di peringkart
kebangsaan dan subsektor.

Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti


Nasional menerbitkan laporan tahunan
produktiviti yang menganalisis prestasi
produktiviti di peringkat kebangsaan, dan
subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses
melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras
Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data
amalan terbaik dan petunjuk prestasi
cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti
Nasional juga, Tan Sri Azman banyak
menyumbang kepada pergerakkan
produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.

You might also like