You are on page 1of 3

B Biio od da atta aP Pe en ng gu urru us sa an nE Ek ks se ek ku uttiiff

PUAN HAJJAH SURI BT HAJI KEDAH PMC - PENGERUSI -

(Masters in Education / BSc Business Administration / Diploma in Business Studies) Seorang tenaga pendidik dan kaunselor yang mempunyai 14 tahun pengalaman di beberapa pusat pengajian tinggi MARA. Beliau mula berkhidmat dengan Kawal Wiramas pada bulan Mei 1996. Dilantik sebagai Pengerusi syarikat pada bulan April 1997 dan di antara tugas beliau ialah mengetuai pengurusan Wiramas Enterprise Sdn Bhd.

PUAN HJH HAMIDAH BT HAJI KEDAH PMC - PENGARAH URUSAN -

(Masters in Finance / BSc Business Administration / Diploma in Accountancy) Mula berkhidmat pada tahun 1987 sebagai Pengarah Kewangan dan dilantik ke dalam lembaga pengarah pada tahun yang sama. Pencapaian beliau mengukuhkan kewangan syarikat berjaya meletakkan Wiramas untuk menceburi bidang-bidang perniagaan yang lain. Dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Wiramas bermula Januari 1997 kerana pengalaman luas di dalam industri kawalan dan kematangan di bidang perniagaan.

HAJI MOHD ASRAFADEN BIN HAJI MOHD ZAMBRI PMC - TIMBALAN PENGARAH URUSAN -

(MBA (Marketing) / BSc Business Administration / Diploma in Business Studies) Bekas Pengurus Pemasaran dan Kredit Citibank Bhd, Kuala Lumpur (1987-1995). Beliau mula berkhidmat dengan Wiramas pada bulan Ogos 1995. Di samping terlibat dalam pengurusan syarikat induk, beliau juga pernah mengetuai pengurusan Wiramas Kreatif Sdn Bhd.

EN. KHAIDZER BIN HAJI KEDAH - TIMBALAN PENGARAH OPERASI -

(BSc Business Administration / Diploma in Business Studies) Mula berkhidmat pada bulan November 1990 sebagai Pengurus Besar Kawal Wiramas dan Wiramas Kreatif. Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada tahun 1994. Memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Operasi dari Jun 1998 sehingga sekarang.

PUAN HJH SITI AIDA BT HAJI KEDAH - TIMBALAN PENGARAH KEWANGAN -

(BSc Business Administration in Accounting)

Mula berkhidmat sejak bulan Ogos 1989 sebagai Pegawai Akaun. Bertanggungjawab membantu dalam pengurusan akaun Kumpulan Wiramas di peringkat ibupejabat dan cawangan-cawangan seluruh negara.

LT. KOL. (B) MOHAMAD NASIR BIN OTHMAN KAT, PMP, PSC, DSPSK (UKM), MM (UM) - PENGURUS BESAR OPERASI DAN PEMASARANBekas Pegawai Tentera Darat Malaysia. Mula berkhidmat dengan Kawal Wiramas pada 28 April 2008. Sebelum ini telah berkhidmat dengan beberapa syarikat keselamatan swasta iaitu Jabatan Keselamatan TNB, Sejahtera Security Sdn Bhd dan UOA Group Sdn Bhd sebagai Pengurus Keselamatan.

HAJI NORAZLAN BIN HAJI ABDUL HAMID - PENGURUS UNIT KAWALAN KREDIT & ODIT Berkhidmat dengan Maybank selama 12 tahun di bahagian akaun dan kredit. Mula berkhidmat dengan Kawal Wiramas pada tahun 1995 sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas dan seterusnya dilantik mengetuai Unit Kawalan Kredit (dokumentasi dan kutipan), audit dan insuran.

EN. IDRIS BIN ISMAIL - PENGURUS PENTADBIRAN Berkhidmat dengan HSBC Bank (M) Bhd dan Phileo Allied Bank (M) Bhd selama 16 tahun di bahagian operasi, pemasaran dan hubungan raya. Mula berkhidmat dengan Kawal Wiramas pada tahun 1998 dan bertanggungjawab di dalam pengurusan pentadbiran Ibupejabat dan cawangan-cawangan.

EN. MOHTAR BIN UJANG - PENGURUS OPERASI PUSAT 1 Bekas Pegawai Waran II di dalam Rejimen Gerak Khas (Parakomando) selama 22 tahun. Mula berkhidmat dengan syarikat Kawal Wiramas pada bulan Jun 1996. Dengan dedikasi yang diberikan, beliau diberi kepercayaan untuk membantu dan mewakili pengurusan eksekutif di dalam aspek operasi, latihan dan pemasaran bagi cawangan-cawangan.

EN. ZULKIFLI MD YUSOF - PENGURUS OPERASI PUSAT 2 ( LATIHAN ) Bekas Pegawai Waran 1 didalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Mempunyai kemahiran didalam bidang latihan selama 10 tahun didalam Angkatan Tentera. Mula berkhidmat dengan syarikat Kawal Wiramas pada bulan Mac 2002.

KAPTEN NASIR BIN AMAN - PENGURUS OPERASI PUSAT 3 -

(Executive Diploma In Management (UTM))

Pesara tentera dan telah berkhidmat selama 26 tahun didalam ATM. Jawatan terakhir ialah sebagai Pegawai Tadbir di Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat. Mula berkhidmat dengan syarikat Kawal Wiramas pada bulan Mac 2007 sebagai Pegawai Tugas AM.

MEJAR (B) MAZILAN B. AMAN - PEGAWAI TUGAS-TUGAS AM


Pesara tentera dan telah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (Kor Semboyan) selama 27 tahun. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Trup Kripto di Rejimen Perhubungan Strategik Kem Paya Jaras Sg. Buloh Selangor. Mula berkhidmat dengan syarikat Kawal Wiramas Pada 1 April 2008 sebagaiI Pegawai Tugas-tugas Am

EN. MOHD NOR BIN ABDUL LATIF - PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS Pesara tentera dan telah berkhidmat selama 22 tahun dan menyandang pangkat Pegawai Waran 1.Jawatan terakhir selaku RSM di 17 RAMD PARA. Berkhidmat sebagai Pegawai Kanan di Samsung SDI (M) BHD selama 15 tahun. Mula berkhidmat di syarikat Kawal Wiramas pada Februari 2008 sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas

You might also like