You are on page 1of 4

PROGRAM PERAKAUNAN SESI 2021/2022

AP015 PENGURUSAN PERNIAGAAN 1

Nama Pelajar SHARMITA A/P SIVALINGAM @ IYAPPA

No Matrik MA2113108944

Praktikum A2T2A

Tajuk Tugasan TUGASAN 2 BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

Tarikh Serahan 01/10/2021

Pensyarah Tutor OTHMAN BIN YAHYA

PEMARKAHAN TUGASAN:

Markah Markah Markah


Soalan
Pemeriksa Moderator Ketua Moderator

10

JUMLAH
Selamat sejahtera tuan pengarah, saya sebagai Pengurus Kanan Kewangan syarikat
Majujaya Holdings Bhd ingin melaporkan tentang masalah dalam pengurusan kewangan di
syarikat kita. Saya telah pun menjalankan siasatan dan kajian secara keseluruhnya.
Berdasarkan siasatan yang saya telah melakukan, saya telah mendapati bahawa masalah
pengurusan kewangan timbul adalah disebabkan kekurangan pengetahuan yang jelas
berkaitan pengurusan kewangan di peringkat syarikat terutamanya bagi staf yang muda dan
kurang pengalaman. Oleh itu.], saya telah melakukan kajian yang lebih mendalam terhadap
tiga persoalan utama berkaitan pengetahuan pengurusan kewangan.

Berdasarkan persoalan yang pertama, iaitu perkaitan antara bidang pengurusan kewangan
dengan bidang-bidang lain. Bidang pertama yang berkaitan dengan bidang saya iaitu
pengurusan kewangan adalah bidang pengeluaran. Dengan ini, mulanya pengurusan
kewangan akan mengarahkan pengurus pengeluaran untuk menentukan aset tetap dan yang
diperlukan oleh Syarikat Majujaya Holdings Bhd. Maka, pengurus kewangan akan membuat
analisis belanjawan modal mengenai aset yang perlu dibeli untuk Syarikat Majujaya Holdings
Bhd. Bidang kedua yang berkaitan dengan pengurusan kewangan ialah bidang pemasaran.
Pengurus Kewanagan akan memastikan bidang pemasaran untuk membuat ramalan jualan
dan aktiviti pemasaran Syarikat Majujaya Holdings Bhd. Oleh itu, pengurusan kewangan
akan membuat perancangan kewangan untuk Syarikat Majujaya Holdings Bhd dari segi
keperluan pembiayaan bagi menyokong peningkatan atau pengurangan jualan yang
diramalkan.Di samping itu, bidang ketiga yang berkaitan dengan bidang pengurus kewangan
adalah bidang pengurusan sumber manusia. Pengurus kewangan akan memastikan bidang
pengurusan sumber manusia akan membuat pelaburan ke atas kakitangan Syarikat Majujaya
Holdings Bhd dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah pembayaran gaji dan bonus,
mengadakan latihan, bengkel, kursus atau seminar, menjaga kebajikan pekerja dan
mengadakan program motivasi kepada pekerja yang Syarikat Majujaya Holdings Bhd
terutamanya bagi staf yang muda dan kurang pengalaman. Akhir sekali, bidang akauntan
merupakan bidang terakhir yang berhubung kait dengan bidang pengurusan kewangan.
Bidang pengurusan kewangan akan mengarahkan bidang akauntan untuk lebih
menummpukan kepada penyediaan penyata kewangan Syarikat Majujaya Holdings Bhd. Hal
ini kerana, pengurus kewangan dapat menilai penyata-penyata kewangan syarikat Majujaya
Holdings Bhd yang disediakan oleh akauntun dan membuat keputusan kewangan berdasarkan
analisis yang dilakukan.

Berdasarkan persoalan yang kedua, terdapat tiga jenis pembuatan keputusan kewangan
yang saya akan cadangkan agar Syarikat Majujaya Holdings Bhd dapat mengatasi masalah
dalam pengurusan kewangan. Antaranya ialah membuat keputusan pembiayaan. Keputusan
pembiayaan ini boleh dilakukan oleh Syarikat Majujaya Holdings Bhd. Keputusan
pembiayaan dilakukan untuk mendapatkan sumber dana perniagaan. Keputusan pembiayaan
dilakukan untuk meluaskan syarikat ini dan membeli aset-aset yang masih kurang Syarikat
Majujaya Holdings Bhd. Misalnya. Syarikat Majujaya Holdings Bhd boleh mendapatkan
sumber modal daripada pinjaman bank atau menerbitkan bon dan saham perniagaan. Selain
itu, Syarikat Majujaya Holdings Bhd boleh melakukan keputusan pelaburan. Keputusan
pembiayaan adalah untuk melibatkan aktiviti penggunaan dana untuk mendapatkan
keuntungan di masa depan pada tahap risiko tertentu. Contohnya, pihak pengurus Syarikat
Majujaya Holdings Bhd harus bijak dalam memilih alternatif pelaburan sama ada pelaburan
jangka pendek atau jangka panjang kerana risikonya sukar dijangka. Akhir sekali, syarikat
Majujaya Holdings Bhd boleh membuat keputusan dividen. Keputusan dividen dilakukan
untuk menentukan kadar dividen untuk diagihkan sebagai keuntungan kepada pemegang
saham. Ini kerana pengagihan keuntungan merupakan obligasi syarikat kepada pemegang-
pemegang saham. Contohnya, Syarikat Majujaya Holdings Bhd harus melakukan
pembayaran dividen yang stabil agar dapat meningkatkan keyakinan pemilik untuk terus
melabur di syarikat kita.

Berdasarkan persoalan yang terakhir ialah terdapat beberapa peranan yang perlu dilakukan
oleh pengurus kewangan bagi keadaan kewangan syarikat berada pada tahap terbaik. Antara
peranan Pengurus Kewangan Majujaya Holdings Bhd ialah membuat ramalan dan
perancangan kewangan buat syarikat. Saya sebagai Pengurus Kanan Kewangan, saya akan
menjalankan analisis penyata kewangan seperti penyata pendapatan komprehensif dan
penyata kedudukan kewangan menjadi bentuk yang boleh digunakan untuk memantau
kedudukan kewangan syarikat. Contohnya, untuk membangunkan masa depan syarikat
Majujaya Holdings Bhd akan berinteraksi denagan eksekutif-eksekutif lain. Selain itu,
pengurus kewangan berperanan untuk membuat keputusan pelaburan. Keputusan ini adalah
untuk menentukan kadar perkembangan optimum jualan dan memnentukan jenis-jenis aset
yang akan diperolehi oleh Syarikat Majujaya Holdings Bhd. Contohnya, pengurus kewangan
harus membuat keputusan terhadap aset-aset tetap yang dimiliki oleh syarikat Majujaya
Holdings Bhd yang perlu diganti,diperbaiki atau dilupuskan. Ini kerana ia akan
mempengaruhi kejayaan dalam mencapai objektif syarikat Majujaya Holdings
Bhd.Seterusnya, pengurus kewangan berperanan untuk membuat keputusan pembiayaan
syarikat. Pengurus kewangan akan menentukan campuran terbaik pembiayaan antara jangka
pendek dan jangka panjang. Begitu juga dengan pembiayaan berbentuk pinjaman atau ekuiti.
Contohnya, saya sebagai Pengurus Kanan Kewangan harus memilih sumber kewangan yang
terbaik dari aspek meminimumkan kos dan meningkatkan harga saham Syarikat Majujaya
Holdings Bhd. Tambahan pula, pengurus kewangan berperanan untuk berurusan dengan
pasaran kewangan. Dengan ini,tindakan dan keputusan syarikat majujaya Holdings Bhd akan
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh pasaran. Pengurus kewangan perlu terlibat sama dalam
urusniaga pasaran wang dan modal, di mana sumber dana syarikat diperolehi, sekuriti
diniagakan dan pelabur mendapat keuntungan atau mengalami kerugian. Misalnya,
pengurusan kewangan syarikat Majujaya Holdings Bhd akan berurusan dengan institusi
perbankan iaitu salah satu pasaran wang seperti institusi perbankan yang melibatkan Bank
Perdagangan dan Bank Pelaburan yang boleh menawarkan pinjaman jangka pendek. Akhir
sekali, pengurusan kewangan perlu melaksanakan peranan iaitu membuat kawalan dan
koordinasi kewangan kepada syarikat. Saya sebagai Pengurus Kanan Kewangan, saya akan
berinteraksi dengan jabatan-jabatan lain agar Syarikat Majujaya Holdings Bhd beroperasi
dengan cekap. Bukan itu sahaja, saya akan memastikan keputusan perniagaan akan
memberikan implikasi kewangan. Contohnya, saya pastikan pengurus pemasaran membuat
keputusan promosi jualan akan memberi penambahan jualan dan mempengaruhi keperluan
pembiayaan.

Saya harap kajian dan siasatan yang telah dilakukan dapat mengatasi masalah syarikat kita.
Itu sahaja laporan daripada saya, sekian terima kasih.
PB/PTP

You might also like