You are on page 1of 22

BAB 4 :

PENGURUSAN
KEWANGAN
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

Pengurusan Kewangan;

Pengurusan sumber-sumber dana dan


penggunaannya untuk mencapai matlamat
kewangan syarikat.
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

Kepentingan Pengurusan Kewangan;

i) Kecekapan Keputusan Pelaburan.


Mencari alternatif pelaburan yang menjanjikan
pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko
kerugian.

ii) Kecekapan keputusan pembiayaan.


Analisis mendalam perlu dibuat dalam memilih
sumber pembiayaan berdasarkan kos serta
kesesuaian tempoh pembiayaan.
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN


KAITANNYA DENGAN BIDANG LAIN

i. PERAKAUNAN
Akauntan lebih menumpukan kepada
penyediaan penyata kewangan.

Pengurus kewangan menilai penyata-penyata


kewangan yang disediakan oleh akauntan dan
membuat keputusan kewangan berdasarkan analisis
yang dilakukan.
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

ii. PEMASARAN
Pengurus Pemasaran melibatkan ramalan jualan
dan aktiviti pemasaran.

Daripada ramalan jualan, pengurus kewangan


akan membuat perancangan kewangan dari segi
keperluan pembiayaan bagi menyokong
peningkatan atau pengurangan jualan yang
diramalkan.
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

iii. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Pengurusan Sumber Manusia - melibatkan pelaburan
ke atas kakitangan syarikat dalam aspek:
1) Pembayaran gaji dan bonus
2) Mengadakan bengkel, kursus, latihan atau
seminar
3) Menjaga kebajikan pekerja
4) Mengadakan program motivasi kepada pekerja.

Pengurusan Kewangan akan memperuntukkan


sejumlah kos untuk memastikan aktiviti pengurusan
sumber manusia dijalankan.
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

iv. PENGELUARAN
Pengurusan Pengeluaran akan menentukan
aset tetap yang diperlukan.

Pengurus Kewangan akan membuat analisis


belanjawan modal mengenai aset yang perlu
dibeli atau sebaliknya.
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

OBJEKTIF PENGURUSAN KEWANGAN

“Memaksimumkan kekayaan pemegang saham


dengan memaksimumkan nilai pasaran (harga)
saham.”
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

Kenapa?
Merupakan matlamat paling penting kerana mereka ini
adalah pemilik syarikat dan mempunyai hak untuk
melantik bagi mengurus syarikat.

Bagaimana?
Kekayaan pemegang saham dapat dimaksimumkan
dengan memaksimumkan nilai pasaran (harga) saham.
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

“Mengapa memaksimumkan keuntungan bukan objektif


pengurusan kewangan?”

• Matlamat pengurusan kewangan adalah lebih


menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek iaitu
matlamat jangka panjang, mengambil kira nilai masa wang,
dan mengambil kira risiko.

• Berbeza dengan matlamat memaksimumkan


keuntungan yang tidak menyeluruh hanya keinginan
mendapatkan keuntungan tanpa mempersoalkan risiko,
tidak mengambil kira nilai masa wang, dan merupakan
matlamat jangka pendek.
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

Cara untuk memaksimumkan harga saham, pihak


pengurusan perlu:

 Membuat pinjaman tambahan untuk meluaskan


operasi.
 Membuat pelaburan tambahan untuk meluaskan
pasaran.
 Mengurangkan jualan secara hutang bagi
mengelakkan perniagaan menghadapi masalah
modal pusingan.
 Mengurangkan kemerosotan tunai bagi
membolehkan untung dapat dijana dengan baik.
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

PEMBUATAN KEPUTUSAN KEWANGAN

3 jenis keputusan kewangan:

i. Keputusan Pembiayaan
ii. Keputusan Pelaburan
iii. Keputusan Dividen
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

i. KEPUTUSAN PEMBIAYAAN
• Merujuk kepada keputusan untuk
mendapatkan sumber dana perniagaan
(memilih sumber pembiayaan).
• Bertujuan memulakan sesuatu perniagaan,
meluaskan perniagaan atau membeli aset
perniagaan.
• Contoh: Modal boleh didapati daripada
pinjaman bank, menerbitkan bon dan
saham.
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

ii. KEPUTUSAN PELABURAN


• Melibatkan aktiviti penggunaan dana untuk
mendapatkan keuntungan di masa depan
pada tahap risiko yang tertentu.
• Pihak pengurusan perlu bijak memilih alternatif
pelaburan samada jangka pendek atau jangka
panjang kerana risiko yang sukar dijangka
4.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

iii. KEPUTUSAN DIVIDEN


• Merupakan aktiviti menentukan kadar dividen
untuk diagihkan sebagai keuntungan kepada
pemegang saham (untung tinggi, dividen tinggi
dan sebaliknya).
• Pengagihan keuntungan merupakan obligasi
syarikat kepada pemegang-pemegang saham.
• Pembayaran dividen oleh firma perlulah stabil –
supaya dapat meningkatkan keyakinan pemilik
untuk terus melabur.
4.2 PENGENALAN
PENGURUS KEWANGAN
4.2 PENGENALAN PENGURUS KEWANGAN

MENJELASKAN PERANAN PENGURUS


KEWANGAN
i) Kawalan dan koordinasi kewangan
 Pengurus perlu berinteraksi dengan jabatan lain
agar syarikat beroperasi dengan cekap.
 Pengurus perlu sedar setiap keputusan
perniagaan mempunyai implikasi kewangan.
 Contoh: Keputusan pengurus pemasaran untuk
menambah promosi jualan akan mempengaruhi
jualan dan seterusnya akan mempengaruhi
keperluan pembiayaan.
4.2 PENGENALAN PENGURUS KEWANGAN

ii) Membuat keputusan pelaburan


• Pengurus kewangan membantu dalam
menentukan kadar perkembangan optimum
jualan, menentukan jenis-jenis aset yang akan
diperolehi.
• Contoh: Aset-aset tetap yang ada itu adakah
perlu diganti, diperbaiki atau dilupuskan.
• Keputusan seperti ini adalah penting kerana ia
mempengaruhi kejayaan dalam mencapai
objektif syarikat.
4.2 PENGENALAN PENGURUS KEWANGAN

iii) Membuat keputusan pembiayaan


• Pengurus kewangan akan menentukan campuran
terbaik pembiayaan antara jangka pendek dan
jangka panjang.
• Begitu juga dengan pembiayaan berbentuk
pinjaman atau ekuiti.
• Seterusnya memilih sumber kewangan yang
terbaik dari aspek meminimumkan kos dan
meningkatkan harga saham.
4.2 PENGENALAN PENGURUS KEWANGAN

iv) Membuat ramalan dan perancangan kewangan


• Pengurus menjalankan analisis penyata
kewangan seperti penyata pendapatan dan kunci
kira-kira menjadi bentuk yang boleh digunakan
untuk memantau kedudukan kewangan syarikat.
• Beliau perlu berinteraksi dengan eksekutif-
eksekutif lain dalam syarikat bagi merancang dan
membangunkan masa depan syarikat.
4.2 PENGENALAN PENGURUS KEWANGAN

v) Berurusan dengan pasaran kewangan


• Tindakan dan keputusan setiap syarikat akan
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh pasaran.
• Pengurus perlu terlibat sama dalam urusniaga
pasaran wang dan modal, di mana di sinilah
sumber dana diperolehi, sekuriti diniagakan dan
pelabur mendapat keuntungan atau mengalami
kerugian.
• Contoh: pengurus kewangan akan berurusan
dengan institusi perbankan iaitu salah satu pasaran
wang bagi tujuan pertukaran mata wang asing.
TAMAT
BERSEDIA UNTUK BAB SETERUSNYA :
BAB 5 (SISTEM KEWANGAN)

You might also like