You are on page 1of 1

Objektif Kajian

April 27, 2012

Objektif Kajian
Saya berharap bahawa melalui kajian yang dilakukan untuk menyaipkan kerja kursus ini, saya akan dapat mencapai objektif- objektif dan matlamat yang berikut:

Memberi pengatahuan tentang warisan kebudayaan tempatan iaitu tentang produk makanan tempatan yang ada di Malaysia Melalui kajian ini, saya dapat meluaskan pengrtahuan tentang kebudayaan tempatan iaitu pengetahuan tentang produk makanan tempatan di Malaysia. Ini membolehkan saya mengenali budaya Negara kita secara lebih dalam.

Menanam perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia kerana Malaysia kaya dengan aneka makanan tradisional Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai rakyat yang berbilang kaum. Dengan ini, terdapatlah pelbagai adat resam yang berbeza dalam kalangan rakyat. Oleh itu, kajian ini telah membantu saya mengenali adat resam Negara kita yang berbagai- bagai. Secara tidak langsung kajian ini dapat bantu menanam sikap dan perasaan bangga dan cinta akan Negara dalam diri saya.

Mempelajari kemahiran mengumpul dan menggunakan kaedah sejarah. Dalam menjalani kajian tempatan, saya telah menggunakan cara temu ramah untuk mengumpulkan maklumat tentang kerja kursus saya. Selain itu, saya turut menggunakan kaedah bertulis dengan mencatat dan merekod data yang didapati dalam wawancara dengan pemilik kedai.

You might also like