You are on page 1of 11

Penghasilan Folio Sejarah Tahun 4

Arahan tugasan
Secara berkumpulan, kamu dikehendaki menyediakan sebuah folio yang berkaitan dengan
sejarah sekolah kamu. Folio yang perlu kamu hasilkan perlulah mengandungi 5 perkara
utama, iaitu:
1. Visi sekolah
2. Misi sekolah
3. Lencana sekolah
4. Lagu sekolah
5. Latar belakang sekolah

Format folio adalah seperti berikut:


1. Muka depan
2. Tajuk
3. Senarai kandungan
4. Prakata
5. Penghargaan
6. Objektif kajian
7. Kaedah kajian
8. Hasil kajian
9. Rumusan
10. Lampiran
11. Rujukan
KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan. Kaedah-kaedah yang telah kami gunakan adalah seperti
berikut:

1. Kaedah menemu bual orang sumber

Kami telah menemu bual dua orang sumber yang mempunyai pengetahuan tentang
sejarah sekolah. Beliau sudi berkongsi maklumat dengan kami.

2. Kaedah buku dan internet

Kami telah membuat rujukan daripada beberapa buah buku sejarah termasuklah
buku teks dan bahan-bahan daripada internet mengenai maklumat yang diperlukan.

3. Kaedah penyelidikan pusat sumber

Kami juga telah membuat rujukan daripada beberapa buah buku ilmiah, akhbar dan
majalah di Pusat Sumber sekolah yang telah banyak membantu kami dalam
menyiapkan kerja kursus ini.

4. Pemerhatian sekeliling sekolah

Kami telah membuat pemerhatian di sekitar kawasan sekolah dan merakamkan


beberapa keping gambar keadaan sekolah yang terkini.

5. Kaedah analisis
Semua data dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber telah
dianalisis terlebih dahulu. Segala maklumat adalah tepat, tidak berlaku
percanggahan dan pemalsuan fakta tentang fakta sekolah.

HASIL KAJIAN

1. Visi sekolah

2. Misi Sekolah

3. Lencana sekolah

4. Lagu sekolah

5.Latar belakang sekolah

1. VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kongsi mengupayakan sIstem pendidikan yang berkualiti dan

berkesan untuk melahirkan insan sempurna secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial ke arah pembentukan aspirasi murid merangkumi pengetahuan,

kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika kerohanian dan

identiti nasional menuju kesejahteraan negara bangsa.

2. MISI SEKOLAH

Untuk merealisasikan visi, kami warga SK Kongsi akan memastikan misi berikut tercapai

dengan sempurna dan berterusan:


 

Berusaha melahirkan warga bestari yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum

melalui pengemblengan semua sumber secara optimum selaras Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

SENARAI KANDUNGAN

1. Prakata 1

2. Penghargaan 2

3. Objektif Kajian 3

4. Kaedah Kajian 4

5. Hasil Kajian 5 - 10

6. Rumusan 11

7. Lampiran 12

8. Rujukan 13
SEKOLAH KEBANGSAAN KONGSI, BALIK PULAU

FOLIO SEJARAH

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN


KONGSI

NAMA GURU : EN. ASSRUDI BIN MUSA


KELAS : 4 CEMERLANG
KETUA KUMPULAN : NURUL HUSNA BINTI YUHEZRI
AHLI KUMPULAN : NURUL WAHIDA
NURUL ANIS NAJIHA
AINA SYAZWANI
CHE NUR SYAZWANI
NUR SITI FATIMAH

PENGHARGAAN
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan syukur kami

panjatkan. Dengan ini, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat dalam membantu kami menyiapkan dan mejayakan Folio Sejarah

ini.

Pertama, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami

yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan untuk menjalankan kajian ini.

Terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Sejarah kami, iaitu Encik

Assrudi bin Musa yang telah banyak memberi kami tunjuk ajar dan bimbingan dalam

merancang dan melaksanakan Folio Sejarah ini. Tidak lupa juga kepada rakan-

rakan lain yang sama-sama membantu.

Harapan kami agar Folio Sejarah yang telah disediakan ini akan dapat

dikongsi bersama dan memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih.

PRAKATA
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya maka Folio

Sejarah ini telah dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Dalam menyediakan Folio Sejarah ini, pelbagai cabaran dan rintangan

yang perlu dihadapi, namun dapat diatasi dengan bijak sebelum dapat menghasilkan

folio ini. Berkat kesabaran dan usaha serta kerjasama daripada rakan-rakan, maka

folio ini telah berjaya disiapkan.

Dalam folio ini, dibincangkan mengenai sejarah Sekolah Kebangsaan

Kongsi, Balik Pulau yang merangkumi visi sekolah, misi sekolah, lencana sekolah,

lagu sekolah dan latar belakang sekolah

OBJEKTIF KAJIAN
1. Kami dapat mengenali sejarah perkembangan sekolah dari mula ianya

ditubuhkan sehinggalah sekarang.

2. Kami dapat mengenali nama, lambang, logo, lagu, visi, misi dan sebagainya

yang ada kaitan dengan sekolah.

3. Selain itu, kami dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod

dan mengenali maklumat mengenai sekolah.

4. Melalui kajian ini, kami juga dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap

sekolah.

5. Seterusnya dapat mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama warga

sekolah yang lain.

RUMUSAN
Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam masa yang

ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan.

Melalui kajian ini, kami berbangga kerana bersekolah di Sekolah Kebangsaan

Kongsi ini kerana:

 Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah sekolah. Ini dapat

menanam rasa setia dan bangga dengan identiti sekolah seterusnya

menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan sekolah

merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.

 Sekolah ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang mencukupi dan

selesa untuk semua. Warga sekolah sepatutnya berasa bersyukur dan

memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan dengan baik.

 Sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian diri dari aspek akademik,

kokurikulum dan sebagainya untuk meningkatkan imej sekolah di mata

masyarakat.

 Sekolah ini terdiri daripada majority kaum Melayu dan hanya sebilangan kecil

kaum India. Ini memberi peluang kepada semua murid bersama-sama

menjalinkan hubungan yang erat dan mesra ke arah mencapai tujuan dan

matlamat perpaduan nasional.

RUJUKAN
1. En. Assrudi bin Musa (Guru Mata Pelajaran Sejarah)

2. Ahli Keluarga

3. Laman web sekolah http://sekolahskkongsi.blogspot.com/

4. Laman VLE Frog SK Kongsi

LAMPIRAN
Kawasan pintu masuk sekolah

Bangunan utama sekolah

You might also like