You are on page 1of 8

Penghasilan Folio Sejarah Tahun 5

Arahan tugasan
Secara berkumpulan, kamu dikehendaki menyediakan sebuah folio yang berkaitan dengan

Perjuangan Tokoh Tempatan menentang British. Folio yang perlu kamu hasilkan perlulah

mengandungi senarai tokoh-tokoh pejuang tempatan mengikut negeri.

Format folio adalah seperti berikut:

1. Muka depan

2. Tajuk

3. Isi kandungan

4. Prakata

5. Penghargaan

6. Objektif kajian

7. Kaedah kajian

8. Hasil kajian

9.Rumusan
KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan

maklumat yang diperlukan. Kaedah-kaedah yang telah kami gunakan adalah seperti

berikut:

1. Kaedah buku dan internet

Kami telah membuat rujukan daripada beberapa buah buku sejarah termasuklah

buku teks dan bahan-bahan daripada internet mengenai maklumat yang diperlukan.

2. Kaedah penyelidikan pusat sumber

Kami juga telah membuat rujukan daripada beberapa buah buku ilmiah, akhbar dan

majalah di Pusat Sumber sekolah yang telah banyak membantu kami dalam

menyiapkan kerja kursus ini.

3. Kaedah analisis

Semua data dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber telah

dianalisis terlebih dahulu. Segala maklumat adalah tepat, tidak berlaku

percanggahan dan pemalsuan fakta tentang agama dan kepercayaan di negara kita.
HASIL KAJIAN

Perjuangan Tokoh-tokoh Tempatan Menentang British


Kedudukan negara kita yang strategik dan kaya dengan sumber bahan mentah telah

menarik minat kuasa luar datang ke negara kita. Secara tidak langsung kuasa luar sudah

mula berminat untuk menjajah negara kita untuk pelbagai tujuan.

Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai atau bangsa lain – selalunya

melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara

ini. Oleh itu, terdapat beberapa orang tokoh tempatan telah bangkit menentang penjajahan

ini kerana kehadiran penjajah ini telah memberikan banyak kesan negatif terhadap rakyat

tempatan pada masa itu. Tokoh-tokoh pejuang tempatan tersebut ialah:

1. Dol Said

2. Syarif Masahor

3. Antanom

4. Yamtuan Antah

5. Tok Janggut

6. Haji Abdul Rahman Limbong

7. Dato Maharaja Lela

8. Mat Salleh

9. Dato Bahaman

10. Rentap
Dol Said

Dol Said merupakan pemerintah Naning yang kesembilan yang membantah pengenalan

cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan

tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah

mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan.

Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said

seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Penghulu Dol Said

telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang

British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos

1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah

mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang

wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.

Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang

Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan

British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri

Selat pada 27 Oktober 1832.


SENARAI KANDUNGAN

1. Prakata 1
2. Penghargaan 2
3. Objektif Kajian 3
4. Kaedah Kajian 4
5. Hasil Kajian 5
Dol Said 6

Syarif Masahor 7

Antanom 8

Yamtuan Antah 9

Tok Janggut 10

Haji Abdul Rahman Limbong 11

Dato Maharaja Lela 12

Mat Salleh 13

Dato Bahaman 14

Rentap 15
6. Rumusan 16
SEKOLAH KEBANGSAAN KONGSI, BALIK PULAU

FOLIO SEJARAH

PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN

NAMA GURU : EN. ASSRUDI BIN MUSA


KELAS : 5 CEMERLANG
KETUA KUMPULAN : AMALINA BINTI YUSRI
AHLI KUMPULAN : NUR FARHANA BINTI YAACOB
ZAKIAH BINTI AZRI
SITI SALEHA BINTI AYUB
AQILAH BINTI ALIF
ZALIKHA BINTI SAFWAN

PENGHARGAAN
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan syukur kami

panjatkan. Dengan ini, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat dalam membantu kami menyiapkan dan mejayakan Folio Sejarah

ini.

Pertama, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami

yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan untuk menjalankan kajian ini.

Terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Sejarah kami, iaitu Encik

Assrudi bin Musa yang telah banyak memberi kami tunjuk ajar dan bimbingan dalam

merancang dan melaksanakan Folio Sejarah ini. Tidak lupa juga kepada rakan-

rakan lain yang sama-sama membantu.

Harapan kami agar Folio Sejarah yang telah disediakan ini akan dapat

dikongsi bersama dan memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih.

PRAKATA
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya maka Folio

Sejarah ini telah dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Dalam menyediakan Folio Sejarah ini, pelbagai cabaran dan rintangan

yang perlu dihadapi, namun dapat diatasi dengan bijak sebelum dapat menghasilkan

folio ini. Berkat kesabaran dan usaha serta kerjasama daripada rakan-rakan, maka

folio ini telah berjaya disiapkan.

Folio ini menerangkan mengenai perjuangan tokoh-tokoh tempatan

dalam menentang penjajahan British yang telah memberi banyak masalah dan

ancaman kepada penduduk-penduduk tempatan pada ketika itu. Perjuangan tokoh-

tokoh tempatan ini telah memberi banyak impak terhadap perkembangan dan

usaha-usaha ke arah kemerdekaan pada masa dahulu.

Dalam folio ini, dibincangkan beberapa perjuangan tokoh-tokoh

tempatan mengikut negeri dalam usaha membebaskan negara daripada cengkaman

penjajahan British.

You might also like