You are on page 1of 7

Penghasilan Buku Skrap Sejarah Tahun 6

Arahan tugasan
Secara berkumpulan, kamu dikehendaki menyediakan sebuah folio yang berkaitan dengan
agama dan kepercayaan di Malaysia. Folio yang perlu kamu hasilkan perlulah mengandungi
3 perkara utama, iaitu:
1. Agama yang terdapat di Malaysia
2. Perayaan-perayaan utama di Malaysia
3. Rumah-rumah ibadat di Malaysia

Format folio adalah seperti berikut:


1. Muka depan
2. Tajuk
3. Isi kandungan
4. Prakata
5. Penghargaan
6. Objektif kajian
7. Kaedah kajian
8. Hasil kajian
- agama di Malaysia
- perayaan-perayaan di Malaysia
- rumah-rumah ibadat di Malaysia
9.Rumusan
KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan

maklumat yang diperlukan. Kaedah-kaedah yang telah kami gunakan adalah seperti

berikut:

1. Kaedah buku

Kami telah membuat rujukan daripada beberapa buah buku sejarah termasuklah

buku teks dan bahan-bahan daripada internet mengenai maklumat yang diperlukan.

2. Kaedah penyelidikan pusat sumber

Kami juga telah membuat rujukan daripada beberapa buah buku ilmiah, akhbar dan

majalah di Pusat Sumber sekolah yang telah banyak membantu kami dalam

menyiapkan kerja kursus ini.

3. Kaedah analisis

Semua data dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber telah

dianalisis terlebih dahulu. Segala maklumat adalah tepat, tidak berlaku

percanggahan dan pemalsuan fakta tentang agama dan kepercayaan di negara kita.
HASIL KAJIAN

1. Agama-agama di Malaysia
2. Perayaan-perayaan utama di Malaysia
3. Rumah-rumah Ibadat Di Malaysia

1. AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA
Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi, negara kita mempunyai kaum yang

pelbagai. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara kita ialah kaum Melayu, Cina dan

India. Di Sarawak, terdapat beberapa suku kaum pribumi seperti kaum Iban, Bidayuh,

Kayan, Kenyah, Penan dan sebagainya manakala di Sabah pula penduduk aslinya terdiri

daripada Bajau, Sungai, Rungus, Kadazandusun dan sebagainya.

Oleh itu, melalui kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia ini, maka agama-

agama yang dianuti juga adalah pelbagai. Dalam kajian ini, hanya membincangkan 5 agama

utama yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia.

a. Agama Islam

Agama Islam merupakan agama rasmi di negara kita. Kebanyakan penganut agama Islam

di Malaysia adalah terdiri daripada kaum Melayu. Namun begitu, agama Islam juga dianuti

oleh sebahagian daripada kaum-kaum yang lain.


SENARAI KANDUNGAN

1. Prakata 1
2. Penghargaan 2
3. Objektif Kajian 3
4. Kaedah Kajian 4
5. Hasil Kajian 5
6. 1. Agama-agama di Malaysia 5
7. 2. Perayaan-perayaan Utama di 8

Malaysia
8. 3. Rumah-rumah Ibadat di Malaysia 11
9. Rumusan 14
SEKOLAH KEBANGSAAN KONGSI, BALIK PULAU

FOLIO SEJARAH

AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI


MALAYSIA

NAMA GURU : EN. ASSRUDI BIN MUSA


KELAS : 6 BESTARI
KETUA KUMPULAN : NURUL HUSNA BINTI YUHEZRI
AHLI KUMPULAN : NURUL WAHIDA
NURUL ANIS NAJIHA
AINA SYAZWANI
CHE NUR SYAZWANI
NUR SITI FATIMAH

PENGHARGAAN

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan syukur kami

panjatkan. Dengan ini, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat dalam membantu kami menyiapkan dan mejayakan Folio Sejarah

ini.

Pertama, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami

yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan untuk menjalankan kajian ini.
Terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Sejarah kami, iaitu Encik

Assrudi bin Musa yang telah banyak memberi kami tunjuk ajar dan bimbingan dalam

merancang dan melaksanakan Folio Sejarah ini. Tidak lupa juga kepada rakan-

rakan lain yang sama-sama membantu.

Harapan kami agar Folio Sejarah yang telah disediakan ini akan dapat

dikongsi bersama dan memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih.

PRAKATA

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya maka Folio

Sejarah ini telah dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Dalam menyediakan Folio Sejarah ini, pelbagai cabaran dan rintangan

yang perlu dihadapi, namun dapat diatasi dengan bijak sebelum dapat menghasilkan

folio ini. Berkat kesabaran dan usaha serta kerjasama daripada rakan-rakan, maka
folio ini telah berjaya disiapkan. Folio ini menerangkan mengenai agama dan

kepercayaan yang terdapat di negara kita, iaitu mengenai agama-agama yang

dianuti oleh masyarakat Malaysia memandangkan negara kita terdiri daripada

masyarakat majmuk. Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi negara,

agama-agama lain juga bebas dianuti di negara kita kerana negara kita merupakan

sebuah negara demokrasi.

Selain itu, dibincangkan juga mengenai perayaan-perayaan utama

yang disambut di negara kita mengikut agama yang dianuti. Kebiasaannya,

perayaan-perayaan utama di negara kita akan diraikan bersama dengan

mengadakan rumah terbuka dan budaya ziarah-menziarahi di antara satu sama lain.

Di samping itu juga, kajian ini juga memberi tumpuan kepada rumah-rumah ibadat

yang terdapat di negara kita mengikut jenis-jenis agama yang dianuti.

You might also like