You are on page 1of 9

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul Belajar melalui Bermain: prinsip 3. Bidang: Pendidikan Awal


utama kurikulum pendidikan awal Kanak-kanak
kanak-kanak

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku setebal 113 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis yang arif dalam dunia pendidikan iaitu
Dr. Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali. Dr. Sharifah mempunyai pengalaman luas dalam bidang
pembangunan kurikulum. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Penulis Aliza Ali pula kini bertugas di Universiti Tunku Abdul Rahman sebagai
pensyarah pendidikan awal kanak-kanak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang latihan guru
prasekolah swasta dan pembangunan bahan pendidikan awal kanak-kanak.

Buku ini mempunyai sebelas (11) bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan bab-bab
tersebut ialah bermain adalah fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain, hubungan bermain
dengan perkembangan domain, jenis-jenis permainan, bermain daripada perspektif teori,
kurikulum berasaskan pendekatan bermain, bermain dalam konteks pendidikan, guru sebagai
pelaksana pengajaran dan pembelajaran melalui bermain,

ruang pembelajaran, bahan dan alat permainan dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan.Belajar
melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-
kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka
dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Aktiviti bermain akan menggalakkan
kanak-kanakmenguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Pendidikan awal kanak-kanak

- Belajar sambil bermain


- Penguasaan bahasa melalui permainan bahasa

- Perkembangan kemahiran fizikal melalui permainan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberikan panduan kepada pendidik sama ada yang terlibat dengan pendidikan awal
kanak-kanak mahupun guru sekolah rendah malah boleh digunakan oleh ibu bapa dalam
memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak. Maklumat di dalam buku ini sesuai dijadikan
panduan kepada pendidik untuk melaksanakan aktiviti belajar melalui permainan. Fitrah kanak-
kanak yang suka bermain sambil belajar telah diterapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak
dapat membantu kanak-kanak untuk membiina minda mereka disamping menyediakan merek
untuk alam persekolahan sebenar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:


1. Nama Guru

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan


2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Positif

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku motivasi keibubapaan ini ditulis oleh pakar motivasi terkenal negara, Dato Dr HJ Mohd
Fadzilah Kamsah dengan kerjasama Hj Muhammad Zakaria dan Husna Hassan.

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam
iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-
anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik
anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor
keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.

Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.

buku ini turut menyelitkan cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang
menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan
untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita
menjadikan anak-anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Penerapan nilai positif dalam mendidik anak-anak

- Pegangan agama yang teguh dapat membantu seseorang individu itu untuk menempa
kejayaan yang cemerlang dalam hidupnya

- Memberi panduan dan petunjuk kepada ibu bapa dan juga guru dalam membimbing
anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-
pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru
2. Judul Sinergi Dalam Pengurusan Sekolah 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurusan sekolah yang
cemerlang. Ia juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang
penting kepada negara. Sekolah menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran,
separa mahir dan staf biasa. Selain dari itu, buku ini juga banyak membincangkan tentang
peranan pengetua, pentadbiran, guru-guru, para pelajar, kakitangan seokongan dan juga ibu
bapa sebagai satu pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang. Buku ini juga menyentuh
dengan lebih mendalam mengenai tajuk-tajuk utama seperti pengetua sebagai peneraju
kecemerlangan sekolah, pasukan pengurus kecemerlangan, guru-guru sebagai penduduk
kecemerlangan, pelajar sebagai penunjuk aras kecemerlangan dan ibu bapa sebagai rakan
kongsi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Peranan seorang guru dalam mewujudkan sekolah yang cemerlang

- Nilai kerja berpasukan bagi membentuk satu pasukan yang efisien dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab masing-masing di sekolah

- Pengetahuan dan panduan tentang pengurusan sekolah dari semua peringkat; pengetua,
guru, kakitangan sokongan, ibu bapa dan pelajar

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop dan peranan guru dalam pengurusan
sekolah kearah sekolah cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

3. Bidang: Amalan
2. Judul Maaf Cakap
Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:


6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur
itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin akan kehilangan seorang
saudara.
‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir. Setiap kali merenung
kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu jugalah adalah
kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai. 
Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia. Disampaikan secara
berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Memperbaiki teknik menegur kesilapan manusia


- Sabar
- Memahami situasi di tempat kerja
- Mengawal emosi ketika menegur
- Menggunakan Bahasa yang mudah difahami
- Mengawal tingkah laku ketika amarah
- Tidak ego/ buang ego

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menepati situasi seorang guru untuk menegur kesilapan anak-anak didiknya.

Menggunakan bahasa yang sesuai dengan keadaan dan situasi semasa.

Mengawal emosi ketika guru marah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Menjadikan suasana bilik darjah/ makmal/ bengkel sentiasa kondusif dan ceria untuk anak-anak
mendapatkan/ mempelajari ilmu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul Sedekah Agar Hidup Lebih Berkat 3. Bidang: Amalan & Nilai

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini dikarang dengan menyatakan ayat suci Al-Quran dan Hadis yang Sahih sebagai
pendorong kepada pembaca untuk terus beramal tanpa rasa ragu. Di samping itu, buku ini
banyak mengupas tentang ganjaran yang akan diterima bagi mereka yang bersedekah dan
teguran bagi mereka yang tidak bersedekah. Dalam pada itu, pembaca juga dapat menghayati
maksud dan pengertian sebuah nilai kehidupan yang lebih baik dalam rumpun manusia yang
pelbagai taraf dan pangkat untuk dikongsikan bersama rezeki yang diperolehi agar lebih diberkati.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Saya mendapati buku ini dengan jelas mencoretkan antologi ayat-ayat Al-Quran tentang zakat,
infaq dan sedekah yang amat penting diketahui bagi mereka yang bekerja samada penjawat
awam atau swasta. Sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Ali' Imran ayat ke 134 maknanya
"(iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya) samada di waktu lapang mahupun sempit, dan orang
yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang
berbuat kebajikan".

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Selaku pendidik dan penjawat awam di sekolah, banyak tugas dan perkara yang dilaksanakan
samada melibatkan rakan setugas dan juga klien iaitu murid dan para ibu bapa mendorong
seseorang guru untuk lebih bersedia mencurahkan tenaga, masa dan harta sekalipun. Melalui
buku ini, banyak mendorong saya selaku guru untuk lebih bermotivasi dalam menghalalkan
segala yang diberi dan lebih sikap terbuka untuk siap sedia memohon maaf mahupun memaafkan
pihak lain. Di samping itu, menyedarkan saya bahawa setiap tugas hendaklah dilaksanakan
dengan kesungguhan dan berkongsi hasil titik peluh bersama insan lain terutama pihak yang lebih
memerlukan dalam masa yang mendesak mahupun lapang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

You might also like